Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 22, 2010

Banyak benor ke gaji MB Negeri Sembilan wehh?


Bila timbul kes-kes macam ni.. teman akan teringat mendiang Teoh Beng Hock..
Sebab RM2500 punya pasal.. nyawanya terkorban!
sebab RM2500 punya pasal... jasadnya dihumban!

Nyawanya terkorban sebab kes beli bendera Malaysia!
Jasadnya dihumban sebab kes beli Jalur Gemilang!

Sedangkan di negeri sebelah..
RM10 juta punya pasal..
Yilleekk!! Poccik!! Tarapa!

RM10 juta bro! Diulangi RM10 juta!!
Bukan untuk beli Bendera Malaysia.. Tapi ntah untuk apa?
Kalau untuk apa pun? apa sebab nak seludup-seludup?
errrr.. banyak benor ke gaji MB Negeri Sembilan tu??
ke nak kena tanya Isa Samad? wakakaka!
sunsnake 23062010

Menteri Kewangan Didakwa Lindungi Kes Penyeludupan Wang Haram Menteri Besar NS

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook kesal jawapan Menteri Kewangan seolah-olah melindungi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung dakwaan penyeludupan wang RM10 juta ke United Kingdom pada Mac 2008.

Sebalik dalam jawapan kepada soalan lisan Anthony Loke, Kementerian Kewangan hanya memberitahu bahawa Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram serta membatalkan lesen pengurup terbabit.

"Saya menerima jawapan bertulis terhadap pertanyaan tersebut yang mengatakan Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan menyerbu dan memulakan siasatan terhadap pengurup-pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram.

Berita Penuh

Kerajaan Mongolia Pengkhianat Melayu!!!


Ciss!! Tergamak Kerajaan Mongolia luluskan bantuan tuh!!
Tergamak mereka nak mendakwa Razak Baginda!!
Bukankah Razak baginda ni kawan baik Najib Presiden UMNO?

Pengkhianat sungguh sesiapa yang berani menyentuh Presiden UMNO ini!
Sama macam khianatnya Anwar bila kaitkan Presiden UMNO ini dengan Altantuya!
Sama macam khianatnya Anwar bila kaitkan Presiden UMNO ini dengan APCO!

Presiden UMNO adalah manusia Agung! Tiada cacat celanya selagi dia Presiden UMNO!
kalau dah Mantan.. aaahhh itu lain cerita!

sunsnake 22062010

Keluarga Altantuya dapat bantuan Mongolia
Jun 22, 10 3:47pm

Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu akhirnya berharap mereka akan mendapat keadilan apabila saman sivil ke atas kerajaan Malaysia, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, dan dua pembunuhnya akan dibicarakan di mahkamah.

Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah mendapat pengesahan daripada kerajaan Mongolia bahawa mereka akan membayar RM70,000 sebagai wang jaminan dan kos perundangan sebelum kes itu dibicarakan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Mongolia yang meluluskan permohonan saya dan membuat keputusan berperi-kemanusiaan untuk membantu keluarga saya,” kata Shaariibuu dalam satu kenyataan melalui peguamnya Munkhsaruul Mijiddorj di Ulaanbaatar.

"Sekarang, saya bangga, anaknya mempunyai sebuah negara yang dipanggil Mongolia," katanya.

Berita Penuh

Nasir Safar manusia bersih! - Hishamuddin


"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).-Hishamuddin..

Hasil siasatan Polis? kalau ikut hasil siasatan polis, Altantuya pun takde rekod masuk Malaysia!! Altantuya masuk Malaysia guna parachute, lompat dari kapal terbang Mongolia! Landing kat Dataran Merdeka!

Aduyaii!!!
sunsnake 22062010

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak terbabit
Jun 22, 10 3:09pm

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Berita Penuh

Bukti Malaysia akan bankrap 2019


Tu laa.. kan Menteri UMNO dah cakap..
Malaysia akan bankrap lagi 9 tahun..
Korang rakyat tak nak dengar!!

La ni Zahid Hamidi dah bagi bukti ni haa..
Tak caye lagi?? Subhanallah!! Jangan jadi bebal sangat duhai rakyat Malaysia!!

Percayalah....

p/s: dah 12 kali pilihanraya umum di Malaysia ni.. harap jangan kena patuk lagi dengan ular yang sama untuk kali ke-13!
sunsnake 22062010

Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion

Jun 22, 10 7:52pm

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun. “Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis. Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013. -malaysiakini

UMNO Parti Kebenaran! - Pengarah IKIM


“Saya percaya beliau(Dr. Asri) menyertai Umno untuk menegakkan kebenaran dan keadilan seperti mana yang disuruh dalam agama.-Ketua Pengarah IKIM

Wakakakaka!
Menegakkan kebenaran dengan berdiplomasi dengan judi?
Menegakkan kebenaran dengan melantik syarikat Israel sebagai penasihat negara?

Kalau inilah tahap kepala otak Ketua pengarah IKIM ni, teman pun rasanya leh pegang jawatan tuh!! Walaupun teman 4 thanawi pun takde!!

aduyai.. inilah dia golongan ulama' UMNO..
nak sebut haram pun payah..
nak sebut halal pun payah.. jadi "HALAM' lah jawabnya!
sunsnake 22062010

KP Ikim: ‘Apa hak kita halang Asri masuk Umno?’

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan percaya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempunyai sebab tersendiri untuk menyertai Umno dan semua pihak perlu menghormati keputusan itu.

“Itu hak beliau (Asri) untuk menyertai mana-mana parti dan apa hak kita untuk menghalangnya.

“Setiap orang boleh berfikir dan membuat keputusan. Jadi kita perlu menghormatinya,” kata beliau pada sidang media sempena Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia: Ke Arah Pemurnian Kefahaman di sini hari ini.

Nik Mustapha berkata apa yang penting adalah tujuan Asri menyertai Umno.

“Saya percaya beliau menyertai Umno untuk menegakkan kebenaran dan keadilan seperti mana yang disuruh dalam agama.

“Jadi kalau beliau percaya Umno boleh membawanya ke arah itu kita tidak boleh menghalangnya,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Asri dijangka menyertai Umno, Jumaat ini bersama kira-kira 100 ulama lain yang boleh membantu Barisan Nasional (BN).

Asri pula berkata masih belum membuat keputusan akhir lagi. - MalaysianInsider

Sivakumar - Kalu dah Hakim ada nama Patail!


hmm.. sepatutnya Sivakumar bila dah terlihat ada nama Patail dalam list Hakim-hakim yang nak dengar kes ni.. patut dah tarik diri dah.. wakakaka!

Heran betul teman.. macam tu punya perangai, macam tu punya heret.. macam tu punya hayun!
Pun Mahkamah noleh bagi kebenaran lagi!!

Makna kata, lepas ni, kalau ada mana-mana pihak tak suka dengan Speaker.. boleh lah heret macam tu aje! Mula-mula bersidang sesama sendiri.. lepas tu heret Speaker keluar.. sorok dalam stor!!

Hmm.. Pandikar Amin & Junaidi.. standby..
sunsnake 22062010

Speaker lawan speaker: Rayuan Sivakumar ditolak
Jun 22, 10 5:47pm
Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri. Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar. Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan. Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing. Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Berita penuh