Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 22, 2010

Banyak benor ke gaji MB Negeri Sembilan wehh?


Bila timbul kes-kes macam ni.. teman akan teringat mendiang Teoh Beng Hock..
Sebab RM2500 punya pasal.. nyawanya terkorban!
sebab RM2500 punya pasal... jasadnya dihumban!

Nyawanya terkorban sebab kes beli bendera Malaysia!
Jasadnya dihumban sebab kes beli Jalur Gemilang!

Sedangkan di negeri sebelah..
RM10 juta punya pasal..
Yilleekk!! Poccik!! Tarapa!

RM10 juta bro! Diulangi RM10 juta!!
Bukan untuk beli Bendera Malaysia.. Tapi ntah untuk apa?
Kalau untuk apa pun? apa sebab nak seludup-seludup?
errrr.. banyak benor ke gaji MB Negeri Sembilan tu??
ke nak kena tanya Isa Samad? wakakaka!
sunsnake 23062010

Menteri Kewangan Didakwa Lindungi Kes Penyeludupan Wang Haram Menteri Besar NS

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook kesal jawapan Menteri Kewangan seolah-olah melindungi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung dakwaan penyeludupan wang RM10 juta ke United Kingdom pada Mac 2008.

Sebalik dalam jawapan kepada soalan lisan Anthony Loke, Kementerian Kewangan hanya memberitahu bahawa Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram serta membatalkan lesen pengurup terbabit.

"Saya menerima jawapan bertulis terhadap pertanyaan tersebut yang mengatakan Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan menyerbu dan memulakan siasatan terhadap pengurup-pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram.

Berita Penuh

0 comments: