Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, August 15, 2010

kalaulah UMNO ada di Zaman Baginda...


semalam teman dok layan Siaran Langsung Solat Tarawih daripada Masjidil Haram..
Allahuakbar! Betapa hebatnya suasana!

Antara yang sangat menarik perhatian teman adalah apabila melihat kesatuan manusia atas nama Islam dan bukan bangsa mahupun negara!

Paling nyata semasa Imam membacakan doa qunut..
Terpapar di kaca tv, sekumpulan makmum menadah tangah sambil menitiskan airmata!
Yang menjadi hebatnya didalam kumpulan itu ada arab, ada orang putih, ada orang India, ada orang cina dan terselit pakcik melayu!
Kesemua mereka menadah tangan sambil menitiskan air mata!
Allahuakbar! Maha Suci Mu Ya Allah!
Tergambar bagaimana kejayaan Rasulullah SAW menyatukan pelbagai bangsa atas nama Islam di Madinah lalu menubuhkan negara Islam Madinah.
Di situ ada orang Arab, ada Bilal dari Afrika, Shuib Ar-Rum dari Italy, ada Salman Al-Farisi orang Parsi dan pelbagai bangsa lain termasuk golongan bangsa Yahudi yang hidup aman damai dibawah pemerintahan Islam!

hmm.. Kalaulah ada UMNO masa tu.. agak-agak apa nasibnya?
Itu UMNO.. kalau PERKASA.. lagilah mengarut!
sunsnake 15082010