Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 5, 2010

Penipu dan Kena Tipu!

Kelab bekas penipu-penipu rakyat!

Kerajaan BN penuh dengan....

1. MENTERI-MENTERI YANG JADI PENIPU

2. MENTERI-MENTERI YANG KENA TIPU

3. MENTERI-MENTERI YANG BODOH SOMBONG

4. MENTERI-MENTERI YANG PANDAI ANGGUK

5. MENTERI-MENTERI YANG PANDAI MENGAMPU




Menteri yang menipu dan menteri yang kena tipu sebenarnya sama taraf (pengkhianat), sepatutnya sama-sama kena hukum, Sama-sama kena masuk mahkamah, sama-sama kena dakwa. .

Yang menipu,.. cerdik. Yang kena tipu,... bodoh. Kalau dua-duanya cerdik penipuan tak akan berlaku !

Dalam kes menipu ni, ia saling memerlukan. Sama juga dengan Rasuah. Mesti ada pemberi rasuah dan penerima rasuah. Maka kedua-dua harus dihukum.

Dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang. Sepatutnya menteri yang dah kena tipu, sah lah menteri itu bodoh!.

Kenapa Kabinet Malaysia masih memerlukan menteri yang bodoh ?

Dr.Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan dituduh menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah bagi projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet sekarang adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

Kalau dakwaan ini benar, kerajaan Najib patut malu, kerana hasil dari penipuan itu kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara dan rakyat amatlah besar. Kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mestilah bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Adalah tidak bermarwah jika tak mahu meletak jawatan !

Tun Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku mesti juga bertanggung jawab. Saya cadangkan Tun patut berhenti. Tun patut keluar ! Keluar dari UMNO walaupun untuk kali kedua !... Kemudian bertaubat ! diatas semua kekejaman, kezaliman dan kerakusan yang telah Tun buat selama dalam UMNO.

Penulis : rahimothman 8/2010

Kalau dah Kepala Negeri Haram..


Beberapa bulan lepas company teman nak buat satu projek..
nak buat pondok berbumbung untuk dijadikan tempat berehat para pekerja..

Kos dalam RM10K.. tapi rasanya ada 4-5 kali meeting baru budget tu diluluskan!
Tapi bagus jugak banyak kali meeting sebab setiap meeting semua pihak yang terlibat termasuk wakil pekerja dapat memberikan pendapat..

Kalau ikut pihak pengurusan.. rekabentuk macam ni..
tapi setelah dapat pendapat daripada wakil pekerja.. rekabentuk diubah balik untuk memberikan keselesaan yang terbaik buat para pekerja yang banyak memberi sumbangan buat syarikat..

Alhamdulillah.. dengan budget sebanyak itu.. beberapa buah 'pondok' rehat pekerja berjaya dibuat.. dan yang seronoknya, semua pekerja berpuas hati dengannya.

[Heran gak, kalau jumlah yang hanya RM10K pun banyak kali meeting baru lulus.. Kerajaan haram UMNO-BN Perak yang diketuai oleh Kepala Lanun Hitam ni boleh luluskan RM80juta hanya beberapa jam bersidang! Sial punya UMNO!]

sunsnake 05082010

Sidang Perak sekadar cop mohor lulus RM80 juta
Ogos 5, 10 10:19am

DAP mahu kerajaan negeri Perak mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minimum persidangan dewan negeri supaya badan perundangan itu tidak lagi dijadikan sekadar cop mohor atau 'rubber stamp' semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.

Setiausaha DAP Perak,, Nga Kor Ming yang juga ADUN Pantai Remis melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan negeri, Selasa lalu yang hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan membabitkan RM80 juta wang rakyat. “Kerajaan negeri BN juga gagal memberi peluang berbahas yang mencukupi kepada ahli-ahli dewan...adalah tidak masuk akal bahawa persidangan dewan yang begitu penting hanya berlangsung satu hari sahaja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dua hari lalu, sidang DUN Perak meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan negeri itu mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.

Berita Penuh

Hebatnya Gadis Melayu! Apa anda rasa?


Inilah gaya Gadis melayu la ni.. ntah depa paham ke idak maksudnya?
Amat malanglah kalau depa paham!

Inilah hasilnya kelak!

Apa pendapat sahabat semua?

sunsnake 05082010