Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, February 20, 2010

Menteri Borek, Pengarah Agensi Kerajaan rintik!


Malaysia, Pengeluar anak Zina No.1 Asia Tenggara la lepas ni?

Aduhh!!
Ni lah dia yang kita bimbangkan..
Bila si Bodoh dapat jawatan..
Bila si Jahil dapat kuasa..
Bila keluar statement bangang macam ni.. klik Sini dan Sini
Maka akan berterusanlah arahan si bangang tadi..

Bahaya betul..
Kalau berterusan macam ni.. Sama-sama la kita tunggu bala daripada Allah SWT!
Harap-harap bala hanya menimpa atas bumbung Mahligai PM di Putrajaya
dan atas bumbung rumah Menteri bangang ni!

p/s: Maaf, ayat teman agak kasar.. dah tak mampu berlembut dengan kebangangan 'beliau-beliau'!

sunsnake 20022010



LPPKN mahu bina pusat penempatan bayi luar nikah

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) merancang membina sebuah pusat untuk menempatkan bayi-bayi luar nikah bagi mengelak kemungkinan kematian akibat dibuang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, ia adalah antara pelan pihaknya dalam menangani gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.

Menurutnya, di luar negara, pusat-pusat berkenaan sudah lama diwujudkan dengan identiti ibu dan bapa bayi berkenaan dirahsiakan.

''Kita perlu menerima hakikat bahawa gejala hamil luar nikah tidak akan berhenti. Lebih baik kita mencegah daripada lebih banyak nyawa bayi tidak berdosa ini terkorban,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Konsultatif Kajian Pelan Strategik Kependudukan Kedua (KPSK-2) Siri Dua di sini semalam.

Pada forum berkenaan, dua kertas kerja dibentangkan bertajuk Analisis Sektoral oleh pakar dalam bidang kependudukan dari Amerika Syarikat (AS), Dr. Vasantha Kandiah dan pakar Kesihatan Reproduktif oleh pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Tey Nai Peng.

Minggu lalu, beberapa kes pembuangan bayi berlaku iaitu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Alor Setar, Kedah dan di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka.

Aminah seterusnya mengulangi gesaan supaya Kementerian Pelajaran memperkenalkan subjek pendidikan seksual di sekolah sebagai usaha menangani masalah sosial berkenaan.

Menurutnya, masalah itu juga berpunca daripada kerapuhan institusi keluarga pada masa kini.

"Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin tingkah laku anak-anak yang baik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aminah memberitahu, kira-kira sejuta rakyat negara ini berhijrah ke luar negara dari Julai 2008 hingga Disember 2009 untuk mencari pekerjaan.

Katanya, situasi itu amat membimbangkan kerana mereka yang terlibat merupakan golongan yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi.

sumber - melayau

Kalo Ambo Jadi MB, haaa.. Baru leh ko royalti!


Aduhhh!
Nok kato dia buke ore kelate..Soh! Dio ore kelate!
Nok kato dio ore KL tok leh! Sebak dio kecek kelate!
Lain kalo dio kecek luar!
Parlimen dio pun Jeli.. Semuo ore tau dio ore kelate..
Pengerusi Amenu Kelate lagi!! Ko doh tuka ore lain?

Abehh?? Kalo doh soh dio ore kelate..
guano lagu ni dio kecek?
Dio tokse kelate dapak pitih royalti pulok?
Tok ke pelik??
Nak kato dio takut Tok Guru kebah pitih..
doh lebih 20 tahun.. sesen pun Tok Guru tokse amik!
Maloh Tok Guru potong lagi hok gaji dio bule-bule beri ke Kerajae Kelate..
Pelik nate ni.. kecek serupo dia ore KL??

Hahahaah!..
OK tak teman 'kecek kelate'?
Ada macam Kucin nak berkokok??

hahaha

sunsnake 20022010

Mustapa terus ulangi Kelantan tiada hak terima royalti
Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Feb 20 — Dalam ceramah balas yang diadakan di sini malam tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengulangi pendirian kerajaan persekutuan bahawa Kelantan hanya berhak menerima wang ihsan, bukannya royalti.

“Royalti yang disebut pada ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV bulan lalu tak betul kerana hakikat sebenar tidak ada royalti, yang ada ialah bayaran tunai.

"Itu pun sekiranya disahkan betul-betul ada minyak atau gas,” kata Pengerusi Umno Kelantan ini di sini malam tadi.

Pada 28 Jan lalu, bekas pengerusi dan pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah dalam ceramah yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaaan Gegar berkata, negeri itu berhak menerima royalti petroleum lima peratus.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

berita penuh

Awas PAS, UMNO guna Islam sebagai perangkap la ni!

Sebatan: PAS diminta waspada tidak diperangkap Umno

KUALA LUMPUR, Feb 20 — Ekoran pelaksanaan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam awal bulan ini, ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berharap partinya tidak terperangkap dengan isu ini yang sedang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan mereka lebih ke hadapan dalam menonjolkan agenda Islam.

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata, Umno yang sangat tertekan untuk meraih sokongan rakyat kini menggunakan isu ini untuk menunjukkan mereka komited dengan Islam.

“Malaysia ditanggapi umum, khususnya media Barat sedang mengalami proses Islaminisasi yang serius. Saya melihat ada semacam perhitungan politik di sebalik penonjolan perkara (hukuman sebat) ini.

“Kita jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran dan tindakan mereka (Umno-BN) ini,” kata beliau dalam tulisannya.

Negara ada undang-undang dan mengamalkan apa yang dikatakan pelaksanaan undang-undang yang selari iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah, kata beliau.

Oleh itu jelas beliau, PAS berpendirian segala bentuk undang-undang Syariah dan sistem perundangan yang diperuntukkan mesti dilaksanakan secara telus dan adil terhadap sesiapa jua yang melakukan kesalahan, tanpa mengira kedudukan dan jantina serta tidak berlaku pendakwaan dan pensabitan secara berpilih.

Pelaksanaan hukuman sebatan ke atas mereka berhubung kesalahan persetubuhan haram mencetuskan pelbagai dengan ada yang menyokong dan membantah.

Ada pertubuhan bukan kerajaan menyifatkannya sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tindakan tidak perikemanusiaan manakala Dewan Muslimat pula berpendapat hukuman sebatan itu wajar dimaklumkan kepada umum sebelum dilaksanakan.

Dzulkefly, bekas pengarah unit dasar PAS menambah, sebelum seorang pesalah itu dijatuhi hukuman menurut undang-undang Islam, ia harus melalui proses pengadilan yang benar-benar adil dan telus bagi mengelakkan kesilapan dalam menjatuhkan hukuman.

“Orang yang dibicarakan itu mesti mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya. Biar cukup bukti dan lunas-lunas prosedur yang betul baru boleh kenakan hukuman.

“Ini diam-diam, tiba-tiba jatuhkan hukuman dan buat pengisytiharaan,” katanya.

Dzulkefly juga memberitahu PAS bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat menuntut agar kerajaan tegas dalam membasmi segala perbuatan jenayah yang melanggar prinsip Islam dan undang-undang seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa, yang semakin berleluasa.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa yang paling mustahak bagi pandangan PAS adalah terus membersihkan negara dan menentang segala amalan kerajaan selama ini khususnya kezaliman yang bertentangan dengan Syariah, dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang bersih adil dan telus,” katanya.

Oleh itu katanya tidak timbul PAS nak menandingi Umno secara “Islamisasi” hal-hal ranting sementara perkara besar dan pokok termasuk hal akidah dan pemerintahan serta kebebasan institusi-institusi kritikal negara terus tempang dan pincang.

Beliau turut menegaskan, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam perlu didahului oleh suasana sosiopolitik yang baik dan adil, di mana keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dikecapi oleh rakyat seluruhnya.

Dalam konteks negara ini kata Dzulkefly, kerajaan haruslah memastikan kebajikan dari segi kos sara hidup, pekerjaan, taraf pendidikan rakyat terpelihara dan rakyat tidak terlalu terdedah dengan pelbagai maksiat dan kemungkaran yang semacam dilindungi.

“Semua agama, kaum dan budaya bencikan perkara yang merosakkan dan memudarat anak bangsa mereka.

“Sebelum datangnya sesuatu hukuman itu, kerajaan harus menitik beratkan semua aspek dalam kehidupan rakyat,” kata beliau lagi.

Rosmah -"Jangan Bagi Najib Marah!!!"

Hehehehehehe..
hehehehehe..
hehehehehe..
(Maaf! itu je yang mampu teman komen!)

sunsnake 20022010

Rosmah nafi 'tangan ghaib' di belakang Najib
Feb 20, 10 7:00am
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyangkal persepsi bahawa beliau adalah 'tangan ghaib' di sebalik keputusan dan tindakan yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Saya pun pernah dengar tentang (persepsi) itu, tapi ia bukan sesuatu yang saya berasa sensitif kerana ini bukan perkara yang betul.

"Boleh jadi saya ni bising sikitlah, bak kata orang putih saya gregarious... saya suka kepada kawan-kawan, Datuk Najib ni boleh jadi dia 'reserve' sikit.

"Tapi tidak semestinya kalau Datuk Najib itu reserve saya yang buat keputusan... jenis saya kalau saya tak puas hati saya cakap, tapi bila habis habislah, saya tak simpan dalam hati," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia kendalian BernamaTV di Wisma Bernama semalam.

Rosmah berkata walaupun Najib seorang yang tidak banyak bercakap tetapi beliau tidak harus dipandang rendah.

"Saya selalu bagi tau kepada mereka jangan 'underestimate' Datuk Najib, dia memang tak marah tapi jangan bagi sampai dia marah, kalau dia marah itulah tahap tiada maaf bagimu.

"Datuk ni memang tak cakap banyak tapi apa yang berlaku di sekelilingnya dia simpan dalam kepala. Kalau saya betul pun dia tegur kalau saya tak betul pun dia hentak kaki, saya takut," katanya.

Rosmah berkata beliau bertindak sebagai rakan baik suaminya dan sentiasa memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada perdana menteri.

"Apa yang mustahak saya dan Datuk Najib mempunyai hubungan yang rapat di mana kami juga berbincang kalau ada masalah, kami juga ketawa dan kami juga suka bergurau sebab adalah penting untuk beliau sebagai seorang pemimpin tidak terlalu stres.

"Jadi bila dia balik ke rumah kita tengok televisyen bersama, keluar makan bersama, 'in short we are best friends' (pendek kata kami adalah sahabat karib)," katanya.

Beliau berkata sebagai isteri, beliau sentiasa menjaga keperluan suaminya di rumah seperti makan minum, pakaian dan kesihatan.

"Bila dia (Najib) ada di rumah saya takkan keluar rumah melainkan saya ada program yang lain. Saya juga pastikan Datuk Najib sihat dengan bersenam di
gimnasium.

"Selain itu, saya pastikan beliau tidak akan runsing iaitu beliau tidak akan fikirkan perkara remeh temeh kerana beliau seharusnya fokus segala pemikirannya kepada rakyat dan negara," katanya.

- Bernama

Lepas ni debat PR hantar Dr. Agus aje dah cukup!

Aduhhh..
Apa la jawapan dari manusia-manusia UMNO ni..
Yang exco Wanita UMNO ni pulak langsung! 'jammed' takleh nak jawab soalan Dr. Agus!

Yang Dato' sorang tu.. dah tersangkut dengan komen sendiri..
"Sejak dulu lagi Melayu di Pulau Pinang telah dipinggirkan!"
kahkahkah!
Bila Dr. Agus tanya balik "Bermakna sejak dulu zaman BN memerintah lagi melayu telah dipinggirkan Dato'?"
"err..err..er.." kah!kah!kah!

Tengok jambul Exco Wanita UMNO tu pun teman dah berdekah gelak! Na'uzubillah!

sunsnake 20022010





Hal Judi pun Surat Khabar Malaysia menipu!


Aduhh!!
Pecah perut teman tergelak depan PC tadi!!

Selalu dalam ceramah terutama Abang Mat Sabu..
"Suratkhabar utama Malaysia ni yang boleh percaya, keputusan judi nombor ekor je!"

oppssss!! Bang mat! Nombor ekor pun salah lapor dah sekarang nih!!

Memang betul kata Zaid Ibrahim.. paper utama Malaysia la ni sama level dengan tisu tandas!
"Mapiau' pun salah!!! aduhhh!
Tergelak Mat Pet KL yang dok jual mapiau kat traffic light tuh!

hahahaha
sunsnake 20022010