Pas pada keseluruhannya hanya mengadakan kempen dikalangan ahli Pas sahaja dan tidak pernah berubah. Kita sepatutnya telah lama sedar bahawa penyokong Umno tidak membaca akhbar Harakah, tidak hadir ceramah Pas, tidak faham Islam, kurang pendidikan, IQ rendah, tidak minat politik, berjiwa penakut, menghadapi masaalah hidup, sangat sedikit menggunakan internet dan kalau ada pun, tidak melawat blok politik.
Inilah hakikat penyokong Umno dan jumlah mereka adalah cukup besar. Pas seolah-olah tidak pernah berusaha dan tidak berminat untuk menarik sokongan orang Umno.
Menyedari hal ini, pada pilihan raya 2008, saya cuba menghubungi semua Perhubungan Pas Negeri termasuk Sabah dan Sarawak berpandukan email dan nombor fax dalam laman web Pas Pusat untuk memberi cadangan cara berkempen tetapi amat mengecewakan. Kebanyakan email tidak berfungsi bila menggunakan telefon dan fax, talian telefon dan fax telah ditamatkan perkhidmatan seperti contohnya Pas Kedah. Beginikah strategi Pas untuk menawan Malaysia.Kesemuanya hanya tiga negeri yang dapat dihubungi. Ada yang menggunakan fax dari rumah saya. Saya menghubungi Harakah daily tapi tiada respon, kerana mereka lebih berminat menyiarkan keburukan Umno untuk tatapan orang Pas.
Saya pernah tinggal di England pada tahun 1995 ditempat agak pendalaman iaitu di Cotton End, Bradford. Waktu itu berlaku konflik di Bosnia. Oleh kerana TV dan akhbar utama menyebelahi kerajaan, orang Islam dan aktivis hak asasi manusia menggunakan akhbar tempatan untuk Bandar Bradford yang sedikit bilangan muka suratnya, harganya murah tetapi dibeli oleh ramai orang. Hampir setiap keluaran mereka menulis dan secara terang menyatakan Perdana Menteri dan Baginda Queen terlibat dalam pembunuhan rakyat Bosnia. Akhirnya Britain yang pada mulanya menyokong, telah membantah pembunuhan rakyat Bosnia. Mereka berjaya kerana pandai memilih media untuk mempengaruhi rakyat dan pemimpin Britain.
Antara cadangan saya pada Pas ialah menyediakan risalah berbentuk subversive (perang saraf) sekadar sehelai kertas yang boleh diedar melalui masjid selepas sembahyang jumaat, diletak dalam kotak pos dirumah-rumah atau diletak pada viper kereta jika hampir dengan pilihan raya. Risalah subversive ialah berupa penerangan tentang sesuatu tetapi sebenarnya ialah kempen untuk Pas secara tak nampak. Cara ini sahaja message Pas akan sampai kepada penyokong Umno.
INGATLAH, untuk menambah sokongan, Harakah, ceramah, seminar, segala aktiviti yang berlangsung sekarang, blog politik seperti blog ini, tidak memberi guna langsung untuk menarik sokongan Umno. Seminar di KL pada hari ini hanya untuk menyelesaikan perselisihan pendapat dalam Pas dan bukan untuk menarik sokongan orang Umno atau orang atas pagar.
Selepas penamaan calon 2008, saya bercekang mata menulis contoh risalah, dan saya cuba mana-mana yang dapat saya fax atau email tapi mereka langsung tidak respon, tandanya tidak berminat atau menganggap saya hanya menyibuk atau rosak fikiran seperti Prof Aziz Bari. Tetapi hasilnya PR menang kerana ORANG BUKAN MELAYU MENGUNDI PAS dan UNDI MELAYU TIDAK BERTAMBAH. Sekarang, apakah strategi untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu atau menambah sokongan Melayu ? Jawapannya, cara yang berkesan masih TIADA.
NYANYIKANLAH LAGU SEDIH UNTUK PAS DAN PAKATAN RAKYAT.
Dibawah ini saya sertakan contoh risalah subversive yang saya tulis.
APAKAH ITU SEKULAR.
Sekular bermula di Eropah sewaktu Eropah diperintah oleh pehak gereja(golongan agama). Oleh kerana agama Kristian telah diubah kandungannya mengikut kehendak paderi, pemerintahan gereja sangat zalim, ribuan telah dihukum bunuh, menyekat perkembangan sains dan lain-lain ilmu agar gereja terus berkuasa. Sekular direka oleh golongan pekerja untuk keluar dari pemerintahan golongan agama dimana paderi berkuasa hanya keatas hal gereja sahaja dan urusan lain seperti pemerintahan, undang-undang, perekonomian, pendidikan dan lain-lain urusan hidup adalah direka sendiri oleh manusia.
Pemerintahan Islam sepenuhnya bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW , khulafa' Ar-Rashidin, Umawiyyah, Abbasiah hingga bangsa Tar-tar apabila beberapa cubaan memisahkan agama dari kehidupan tetapi gagal. Ratusan tahun Islam menjadi kuasa dunia dan Eropah telah berputus asa untuk mengatasinya. Sehinggalah Islam berjaya dipisahkan dari kehidupan (Islam separuh) menyebabkan orang Islam melalui keturunan mulai merempat. Selepas itu apabila setengah negara Islam dijajah dan diperintah oleh Eropah, fahaman sekular telah diperaktikkan dinegara-negara Islam sepertimana yang dilakukan keatas agama Kristian. Apabila Inggeris mula memerintah Malaya, sistem sekular ini telah diperaktikkan dan tidak diubah hingga kehari ini.
Islam adalah agama sebenar yang dijamin oleh Allah akan kekal tidak berubah hingga keakhir zaman. Jika kita berpandukan Al-quran dan sunnah dalam menentukan cara hidup adalah terjamin tiada kezaliman seperti berlaku pada agama Kristian pada zaman dahulu, bahkan akan mencapai kejayaan dan kegemilangan jika pemerintahan Islam diperaktikkan. Kalau pemerintahan Kristian tidak sesuai kerana kitab bible nya telah diubah dalam banyak bentuk, Islam pula adalah berlainan kerana tidak diubah dan sesuai untuk mana-mana zaman.
Sekular bererti kita memperaktikkan Islam dalam urusan ibadat sahaja dan urusan kehidupan yang lain adalah direka oleh manusia tanpa merujuk Al-quran. Beberapa bahagian kandungan Al-Quran contohnya seperti surah Al-Imran ayat 19(tentang akidah), surah Al-Nisa ayat 59 (tentang undang-undang perlembagaan), surah Al-Baqarah ayat 188(bidang sosial), surah Saba' ayat 15 (bidang politik) dan lain-lain surah yang diperintah Allah untuk menjalani kehidupan ini adalah ditolak oleh pemerintah.
Sekular dibina diatas dasar pemisahan agama dan negara . Undang-undang, sistem pendidikan, sistem ekonomi, direka mengikut fikiran manusia. Ini menyebabkan berlaku menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Islam adalah syariat yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Fikiran manusia janganlah dicuba-cuba untuk mengatasinya. Pemerintahan secara Islam tidak ada tolok bandingnya dan akan dapat diterima semua manusia termasuk yang bukan Islam dimana kehidupan akan aman, damai, maju dan disegani seperti di zaman pemerintahan Islam dahulu.
Sistem sekular (Islam separuh) akan melahirkan pemimpin yang jahil dan bodoh yang memerintah mengikut kehendak musuh-musuh Islam untuk menghapuskan kecintaan rakyat kepada Islam dan menggantikan kepada kecintaan dan semangat yang lain (kebangsaan, kebendaan,hiburan dan lain-lain.).Kejahilan dan kebodohan pemimpin sekular akan melahirkan peradaban manusia yang rosak, moral dan akhlak mereka runtuh dan juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia.
Di Malaysia, pehak pemerintah telah berusaha keras untuk mengekalkan sistem sekular. Penceramah agama hanya boleh menyentuh tajuk-tajuk tertentu sahaja. Khutbah Jumaat mesti ditapis. Usaha keras melalui TV , akhbar, Program Khidmat Negara dan lain-lain dilakukan agar ajaran agama tidak dipraktikkan dalam kehidupan dan secara halus berusaha agar golongan muda menjauhi masjid dan takut kepada Islam. Sukatan pelajaran sekolah diolah supaya sekular dikekalkan seperti mana semasa penjajah dahulu. Ilmu tentang jihad dan perkara-perkara yang membatalkan syahadah (membatalkan Islam) tidak boleh diajar atau dibincang dimana-mana tempat. Ilmu secara mendalam tentang cara menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan sunnah seperti tempat orang rasuah hanya di neraka, riak, bakhil, dengki, kaedah berjiran dan lain-lain yang menyebabkan seluruh amalan kita terbatal tidak diberi keutamaan. Kita diajar tentang sembahyang, zakat, puasa, haji dan perkara yang membatalkannya sahaja.
INGATLAH ISLAM TIDAK BOLEH DITEGAKKAN TANPA MEMERINTAH NEGARA.
Sekularisma merupakan kufrun bawwahu (kekufuran yang nyata). Menerima kekufuran dan meredhainya hukumnya KUFUR dan SYIRIK yang keluar dari agama Islam.
INGATLAH DI AKHIRAT KELAK KITA BUKAN SAHAJA AKAN BERSAMA NABI KITA MUHAMMAD SAW TETAPI JUGA AKAN BERSAMA DENGAN PARA PEMIMPIN KITA SEMASA DIDUNIA. Jika pemimpin yang dilantik telah menghapuskan judi, kita yang melantiknya akan turut mendapat pahala. Jika pemimpin dilantik melakukan rasuah, kita akan ikut berdosa kerana kita yang melantiknya.
Kelantan telah memerintah secara Islam setakat mana yang tidak disekat oleh kerajaan pusat iaitu dari segi menghapus judi, arak, riba dan mempraktik pendidikan Islam di sekolah agama dan masjid-masjid, kebajikan kepada rakyat dan lain-lain. Rakyat Kelantan adalah peneraju dalam membekalkan modal Insan. Lebih kurang 40% dari seluruh pelajar IPTA dan IPTS adalah berasal dari Kelantan, selebihnya adalah kaum lain dan orang-orang Melayu dari negeri lain. Ekonomi Kelantan meningkat daripada tempat kedua terkebawah semasa pemerintahan BN kepada tempat keenam terkebawah, bermakna telah mengatasi lima negeri lain. Paras ini dijangka sedang menaik.
Sewaktu diawal penubuhan PAS, iaitu zaman Dato' Asri, sekular masih dikekalkan (memperjuangkan nasionalisma), tetapi ia berubah kearah perjuangan Islam sebenar di zaman TG Dato' Nik Aziz dan TG Dato' Hadi Awang. Adalah WAJIB semua orang Islam menyokong perjuangan Islam.Sesiapa yang menentang, menghina dan memperlekeh dalam apa jua bentuk sekalipun seperti percakapan, undi, media massa , contohnya semua yang terlibat untuk siaran TV bagi menyebarkan bahawa cara Islam akan gagal, Islam itu tidak sesuai, Islam itu `low class', memakai tudung kepala bagi perempuan tidak wajib adalah dianggap memerangi Islam yang hukumnya munafik yang bakal dicampakkan kedalam neraka tanpa hisab.
Janganlah kita berkehendakkan Islam selepas kita mati sedangkan didunia kita menolak Islam sebagai Addin. WALLAHHU`ALAM.
Contoh risalah lain:
SERTAI GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM DISELURUH DUNIA.
Kebanyakan negara-negara Islam diseluruh dunia masih diperingkat baharu terlepas dari belenggu penjajahan barat. Kesan dari penjajahan begitu mendalam. Ideologi sekular (pemisahan agama dari kehidupan) yang disemai oleh penjajah telah terlekat secara mendalam dalam fikiran rakyat negara yang dijajah. Mereka begitu mengagungkan apa sahaja yang dibawa oleh penjajah barat. Dari segi bahasa misalnya, bagi yang dijajah oleh Inggeris akan mengagungkan bahasa Inggeris, yang dijajah Belanda akan mengagungkan bahasa Belanda dan yang dijajah Sepanyol akan mengagungkan bahasa Sepanyol. Begitu juga cara berpakaian dan lain-lain cara hidup telah dipengaruhi secara mendalam. Jika ada negara yang dijajah Arab, tentunya mereka akan berpakaian cara Arab.
Golongan yang tidak terpengaruh ialah para bijak pandai bidang Agama Islam atau disebut Ulama yang tetap berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah nabi walau siapa pun yang menjajah mereka. Mereka ini merupakan super hero dan bergelar pewaris nabi yang tetap berjuang walau begitu kuat ditentang oleh golongan yang telah dipengaruhi sekular barat. Golongan yang paling kuat dipengaruhi sekular barat atau boleh dipanggil celupan barat ialah PEMERINTAH setiap negara yang dijajah. Oleh itu menjadi tugas yang amat berat kepada para Ulama kerana yang menentang mereka bukannya orang biasa tetapi para pemerintah negara masing-masing. Kembali kepada Islam sepenuhnya beerti orang Islam akan mencapai kejayaan secara menyeluruh. Inilah yang ditakuti oleh barat kerana jika hal ini terjadi, Islam akan kembali menjadi kuasa dunia seperti yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW hingga pemerintahan bangsa Tar Tar selama ratusan tahun. Pada waktu tersebut, orang barat telah berputus asa untuk mengatasi orang Islam dalam apa-apa bidang sekali pun.
KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA.
Secara ringkasnya dikemukakan beberapa peristiwa yang terjadi untuk menjadi renungan kita bersama.Bermula pada tahun 1965 apabila sekolah menengah Melayu diujudkan, sekolah agama menghadapi zaman gelap dan ada yang ditutup kerana ketiadaan pelajar. Pakaian pelajar perempuan disekolah menengah Melayu ialah skirt paras lutut dan yang lelaki seluar pendek iaitu dari tingkatan 1 hingga 5.Mulai tahun 1973 terdapat sebilangan kecil pelajar IPTA yang memakai tutup kepala dan mereka ini digelar `dakwah' kerana jenis tutup kepala yang menyerupai pendakwah Keristian(nun) yang belum pernah mereka lihat sebelum itu.
Terdapat satu peristiwa lucu dimana satu forum diadakan di UPM Serdang , dihadiri semua pelajar dan tiga ahli forumnya termasuk timbalan Naib Cancelor yang semuanya tidak tahu Islam. Tajuknya ialah `Rasional atau tidak pemakaian tutup kepala'. Antara kata-kata Timbalan Naib Cencelor yang tidak boleh dilupakan hingga kehari ini ialah DONT TORTURE YOUR SELF (Jangan menyusahkan diri) , katanya Islam itu tidak menyusahkan tanpa merujuk kepada Al-quran dan sunnah kerana mereka langsung tak tahu. Pada waktu itu terdapat guru besar yang memecat murid perempuan di sekolahnya hanya kerana memakai tudung, jadi hal ini bukan sahaja berlaku di Turki tetapi juga di Malaysia. Suasana sekarang telah berubah, sekolah Arab aliran sains dan sekolah Tahfiz sains untuk melahirkan para profesional yang berugama, sangat mendapat sambutan di Kelantan.
KEBANGKITAN ISLAM DI LUAR MALAYSIA
Mulai awal tahun 80an terdapat pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran ke USA dan UK mulai memakai tudung kepala. Antara peristiwa lucu ialah ada pelajar Inggeris yang memegang tangan pelajar Melayu dan terus mencium tangannya kerana menyangka ia adalah pendakwah Keristian (Nun). Ada juga yang berani bertanya `adakah nun sekarang ini boleh memakai tudung kepala pelbagai warna. Bila diberitahu bahawa mereka adalah orang Islam, mereka berkata `rupa-rupanya masih ada lagi orang mengamalkan agama pada masa ini'. Jadi inilah yang berlaku apabila Sekularisma dipraktikkan keatas agama Keristian.
Mulai tahun 80an tiada lagi syarahan agama Keristian di gereja pada hari Ahad kerana tiada sambutan. Paderi akan merasa gembira apabila ada majlis perkahwinan atau kematian kerana pada waktu itu sahaja gereja digunakan. Oleh kerana Keristian hanya tinggal nama di barat, mereka beralih ke negara membangun dan miskin agar Keristian tidak pupus. Ini juga bakal berlaku keatas orang Islam jika agenda Sekular diteruskan.
Tahun 80an juga menyaksikan hampir setiap universiti di Amerika mengadakan forum antara agama dan sambutannya amat luar biasa kerana perasaan ingin tahu tentang agama begitu mendesak. Diantara agama utama dunia iaitu Keristian, Islam, Buddha, Hindu dan Yahudi, kesemua hasil kesimpulan daripada forum tersebut merumuskan bahawa Islam adalah agama yang benar, ia dapat menjawab semua pertanyaan daripada peserta forum. Kesudahan forum amat memalukan ahli forum daripada agama lain kerana banyak soalan tidak
Oleh: hidup_akhirat