Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, May 7, 2010

Deyy Obama, mau mari ka tarakk??

Punya la hebat Presiden US ni..
Hal dia nak turun layan World Cup ke idak pun jadi masalah besor!
Hal teman yang teringin sangat nak pergi tapi tak mampu ni cemane?

Sib baik la TV1 ada cover Siaran Langsung! Idak melopong la layan bini je kat umah!
hahahhaa!
FYI, teman memang takde Astro! tak mampu beb!

Bini teman bagi teman option.. pilih satu je katanye..
Nak ada Astro ke nak ada internet line?

Ek elehh!! Dia ingat teman ni Najib ke takut bini??
Cheiss!! Semangat malam lain laaa...

errr.. tak nak la astro.. abang nak line internet! leh berblogging!

hehehehe

sunsnake 07052010

SA police chief worried over Obama visit

May 7, 2010

United States President Barack Obama is causing concern to South African police ahead of the tournament, according to its national commissioner General Bheki Cele.

Barack Obama

Obama's possible visit to South Africa for the World Cup would be a major operation for the security forces in the country, but while 43 heads of state have provisionally confirmed that they would attend the tournament, the US President has yet to show his hand.

"One challenge is the American president who is coming, not coming, coming, not coming," Cele told Parliament's portfolio committee. "It is 50-50. Our famous prayer is that the Americans don't make the Second Round.

berita penuh

Teman merinduimu oh Mufti Perak!


Aduhhh!!
Kemanakah dikau menghilang duhai Tok Muftiku!
Sudikah kiranya dikau melangkah jauh sikit ke Selatan Negeri Perak nan indah ini!
Datang ke Slim River ataupun Tg Malim..
Akan ku usahakan langkah kakiku ini..
Menjadi hadirin kuliahmu nanti..

Terlalu banyak persoalan ingin ku ajukan pada mu!
Duhai Tok Mufti negeriku..
Seribu satu kemuyskilan ada didalam benak ku..
Pastinya jawapan dan tunjuk ajar mu sangat kudambakan..
Sangat ku impikan!
Sangat ku idamkan..

Kerana dikaulah Tok Mufti paling sensasi!
Paling hebat! Hingga disayangi oleh MB Perak DS Zambry Abd Kader!
Tingginya ilmumu.. melebihi angkasaraya!

Sudilah kiranya menjelaskan padaku perihal berita dibawah....
Apakah pendapatmu..
Adakah hukumnya harus?!!!

sunsnake 07052010

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
berita penuh

Awat keluarga dan kroni saya tak dapat offer??-Senator UMNO




‘Tak wajar pegang banyak jawatan’ Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, langkah itu amat penting bagi memastikan individu yang diberi amanah menerajui GLC dapat melunaskan tanggungjawab mereka secara fokus.

Sebagai contoh dakwanya, seorang tokoh korporat, Datuk Mohd. Bakke Salleh didapati memegang dua jawatan penting sekali gus iaitu sebagai Pengerusi Bank Islam dan CEO sebuah anak syarikat Felda.

Beliau turut mempersoalkan adakah individu berkenaan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat beberapa tugasan serentak sedangkan syarikat yang diterajui mereka membabitkan kepentingan awam.

berita penuh

YB UMNO kena psycho dengan Guan Eng terus melompat!


Sekonyong-konyongnya YB UMNO Penang ni meluahkan sikap sebenarnya iaitu Ultra-Malay dan penuh racist, tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng dituduh penyebabnya?

Bodoh mari dari mana melayu UMNO nih?

Lemah sangat ke jiwa dan mental kamu sebagai pemimpin UMNO Pulau Pinang sampai dengan mudah kena psycho dengan Guan Eng?

Ini ke pemimpin harapan melayu UMNO Pulau Pinang?
Patutla melayu Pulau Pinang jadi pengemis walaupun UMNO bukan main lama duduk dalam DUN!

Patutla sewaktu UMNO memenangi majoriti kerusi DUN Pulau Pinang, Gerakan jugak yang jadi Ketua Menterinya! Inikah perjuangan melayu UMNO Pulau Pinang?

Sudahlaaa.. sendiri punya lemah.. sendiri punya goyang.. sendiri punya kecut!
Lim Guan Eng pulak jadi punca?

habis? anak-anak kamu kat rumah tu siapa ayahnya?
sunsnake 07052010

BN juga tidak boleh terima kenyataan Azhar


Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata Azhar telah melahirkan kekesalannya terhadap kenyataannya itu. Beliau juga telah menarik balik kenyataannya itu dalam DUN semalam dan telah diterima oleh Speaker.

Dr Hilmi berkata, Azhar memberitahu jawatankuasa BN bahawa beliau telah diprovokasi sejak hari pertama sidang DUN, termasuk oleh ketua menteri sendiri dengan kenyataan yang berbaur perkauman yang serius.

Katanya, ia merupakan taktik Lim Guan Eng untuk mendapatkan keuntungan politik menjelang pilihanraya kecil parlimen Sibu. "BN Pulau Pinang ingin juga mengingatkan ketua menteri, Lim Guan Eng dan semua pihak supaya berhenti memainkan apa juga bentuk politik perkauman," kata Hilmi.

berita penuh

Bila 'Badut Politik' jadi Ketua Pengarah!

Ini la akibatnya apabila 'badut' dijadikan Ketua Pengarah Penyiaran!
Bangladeh kilang tempat teman kerja pun tahu betapa bangsatnya RTM dipergunakan sepenuh-penuhnya oleh UMNO!

Badut ni pun silap-silap lantikan politik! Sama macam Nordin Kardi Sintok!

Hingga ke saat ini pun! UMNO masih beranggapanrakyat Malaysia ni bodoh macam totok UMNO!

sunsnake 07052010


RTM nafi campurtangan politik dalam rancangannya
Mei 7, 10 11:16am
RTM menafikan berlakunya campur tangan politik dalam penentuan sesuatu program yang disiarkan di stesen kerajaan itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, RTM khususnya, Bahagian Berita Ehwal Semasa, tidak pernah menyekat petugasnya untuk berkarya secara objektif dan kreatif.

Katanya, dalam kenyataan media semalam, apa yang berlaku ialah Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM meminta penerbit membuat suntingan semula program berkenaan agar lebih mantap.

“Bagaimanapun penerbit berkenaan bertegas tidak mahu membuat suntingan semula sebaliknya menuntut agar diberikan arahan bertulis.

“Menjadi amalan RTM mengamalkan arahan lisan sebagai sebahagian daripada pentadbiran harian biasa tanpa perlu mengeluarkan arahan bertulis,” katanya.

berita penuh

Habis laaa Zaid Ibrahim!! Habis laaa!


Datuk UMNO sorang ni.. dia ingat semua orang macam dia..
Dia ingat semua orang gila pangkat macam dia!
Dia ingat semua orang gila gelaran macam dia!
Dia ingat semua orang gila kuasa macam dia!!

Hakikatnya, PR bukan gila kuasa, tapi nak merampas kuasa daripada orang gila!

Dulu UMNO Perak bersungguh mahukan gelaran Dato' Sri pada Hj Nizar ditarik balik sebab kononnya 'derhaka' pada Sultan Perak..
La ni UMNO Wilayah pulak meghoyan suruh lucutkan gelaran Datuk pada Zaid??

iskkk.. dia yang gila dunia..
sunsnake 07052010

Lucutkan gelaran Datuk

KUALA LUMPUR 6 Mei - UMNO Bahagian Cheras mencadangkan gelaran Datuk kepada Zaid Ibrahim dilucutkan kerana beliau begitu biadab terhadap Sultan Selangor dengan menghina dan mencerca titah baginda secara terbuka.

Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Zaid itu begitu keterlaluan dan seolah-olah menggambarkan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai seorang sultan yang tidak berpelajaran.

Tambah Syed Ali, ia juga secara tidak langsung memberi keaiban kepada kedudukan institusi raja-raja Melayu.

''Saya berharap anugerah Datuk yang telah diberikan kepada Zaid ditarik balik kerana dia sudah menderhaka kepada sultan.

''Zaid seolah-olah ingin memberitahu seluruh dunia bahawa raja-raja Melayu hari ini adalah warisan sistem feudal yang tidak cerdik serta tidak berpelajaran,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

berita penuh

PAS kini ada Dewan bukan Islam!! Allahuakbar!


Dewan Himpunan ganti Kelab Penyokong PAS

ALOR SETAR, 6 Mei: Status Kelab Penyokong PAS akan dinaikkan taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak lama lagi, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa. Menurutnya, tindakan menaikkan taraf kelab kepada dewan itu adalah ekoran sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

"Selain daripada itu ia juga adalah bagi menembusi sokongan pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Kelab ini juga telah diiktiraf sebagai entiti sayap seiring dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang sedia ada.

"Dengan pengiktirafan ini, maka ruang bagi bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti PAS atau sebagai aktivis adalah terbuka luas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Sehingga ini, katanya keahlian kelab itu telah mencapai jumlah 20,000 orang.
“Daripada jumlah ini, 70 peratus adalah masyarakat keturunan India manakala 20 peratus lagi adalah masyarakat Cina dan 10 peratus adalah mewakili kaum-kaum lain," katanya.

Mujahid berkata, PAS mengiktiraf peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh masyarakat bukan Islam terutamanya dalam kempen pilihan raya yang telah diadakan sebelum ini.

"Ketika ini mereka adalah ahli dewan dan bukannya ahli PAS,” ujarnya.
Namun begitu, jelasnya keahlian mereka tetap mendapat pengiktirafan perlembagaan parti.

Sehubungan itu, tambahnya pada masa depan perkara itu akan dibincangkan sama ada perlu atau tidak untuk mereka menjadi ahli parti.

"Bagi peringkat awal ini, maka PAS Pusat akan melantik pimpinan dan ahli jawatankuasa DHPP sebelum ia diserahkan kepada ahli sendiri untuk membuat pemilihan kepimpinan mereka. Ia juga akan dipantau dari segi perjalanan, aktiviti dan program sebelum DHPP ini mampu bergerak sendiri," ujarnya lagi.

JANGAN JADI "UNTA BUTA"

Ketika berkunjung ke luar negara atas urusan rasmi, saya berpeluang bertemu dengan rakan bisnes dan tokoh korporat syarikat ternama. Di samping mencari peluang bisnes, pelaburan dan usahasama, kesempatan kerap juga saya gunakan untuk bertukar-tukar pandangan.

Satu pengalaman ketika berkunjung sebuah negara Arab masih segar dalam ingatan saya kerana berkait rapat dengan cabaran hebat yang dihadapi umat Islam hari ini.

Dalam kunjungan ke Kuwait sekitar hujung 1990an, saya diraikan dalam satu majlis makan tengah hari anjuran sebuah badan korporat ternama Kuwait. Di situ saya bertemu dengan seorang tetamu berketurunan Jerman yang memeluk Islam beberapa tahun sebelumnya.

Dalam perbualan kami, beliau ditanya bagaimana dan kenapa memilih Islam sebagai pegangan hidup. Jawapan diberikan cukup memeranjatkan. Dengan nada tegas dan serius beliau menjawab:”Not because of the Muslims!” (bukan kerana umat Islam!)

Beliau berasal daripada keluarga Katholik yang kuat beragama. Sebagai anak muda yang dahagakan kebenaran dan berminat mencari makna dan pengertian hidup sebenar, beliau tidak senang dengan kontradiksi yang jelas terdapat dalam ajaran agama serta pegangan hidup yang diwarisi dari keluarganya sebelum ini.

Sebagai seorang bekas duta Jerman yang telah berkhidmat di seluruh dunia, termasuk di beberapa negara Islam, beliau berpeluang berinteraksi dengan ramai orang tanpa mengira bangsa, kedudukan ekonomi, latarbelakang budaya dan agama yang berlainan.

Katanya, jika dilihat kepada kehidupan rata-rata umat Islam yang miskin, daif, rendah budaya dan akhlak, cetek ilmu, kotor dan tidak teratur, tidak akan terlintas di hati beliau untuk memeluk Islam.

Namun, beliau bersyukur kerana menemui kebenaran Islam dari sumber lain. Setelah dewasa, beliau membaca lebih 200 buku mengenai semua jenis agama dan falsafah hidup. Beliau paling bersyukur kerana mampu membaca Al Quran dan memahami maksudnya. Tegasnya, tanpa mengenali Al Quran dan kalau hanya melihat kepada keadaan kedaifan umat Islam hari ini beliau tidak langsung akan tergerak untuk mendekati Islam.

Hakikatnya kini, rata-rata kehidupan umat Islam masih daif, miskin, menderita dan melarat, rendah tahap pencapaian ilmu, budaya dan tamadun, yang menyebabkan bukan saja umatnya, malah agamanya yang tinggi dan suci mulia itu dipandang rendah oleh orang lain.

Sekalipun terdapat negara Arab dan negara Islam lain kaya raya, malah lebih kaya daripada sesetengah negara Barat, kekayaan tidak langsung dirasai oleh golongan besar masyarakat dan tidak berupaya membela nasib majoriti umat.

Laporan Projek Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan bagi setiap lima orang di dunia Arab kini, dua daripadanya miskin dan melarat dengan pendapatan tidak sampai AS $2 (RM6.80) sehari. Ia jelas menunjukkan kedaifan dan keadaan hidup sebahagian besar bangsa Arab berbanding imej kemewahan dan persepsi kekayaan orang lain terhadap mereka.

Laporan juga menyatakan kerajaan negara-negara Arab kelihatan tidak berupaya menyelesaikan masalah cabaran hidup yang dihadapi majoriti penduduknya. Menjelang 2020, UNDP menganggarkan dunia Arab perlu menyediakan 50 juta peluang kerja untuk generasi baru remaja Arab yang akan dewasa.

Dengan kedudukan politik, ekonomi, bisnes dan korporat Arab yang bergolak dan kini semakin bercelaru, tuntutan itu dikatakan mustahil. Jelas negara Arab tidak bersedia berubah dan membawa pembaharuan dalam sistem kehidupan mereka.

Andainya benar kajian UNDP ini, keadaan umat Islam, khasnya di dunia Arab dijangka bertambah buruk. Kita boleh menjangka bahawa keadaan kemelaratan umat Islam seperti yang dikatakan oleh duta Jerman Muslim tadi tidak akan ada penghujungnya. Andainya ini berlaku, bermakna seluruh dunia Islam akan terus tergugat kestabilannya, bergolak, berkonflik serta semakin tidak menentu kedudukan umatnya.

Ini membawa implikasi besar terhadap kehidupan umat di seluruh dunia lebih-lebih lagi apabila diambil kira keadaan umat Islam di negara-negara lain seperti Afrika, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, India, Asia Tenggara dan Asia Tengah serta barat China yang masih menantikan pembelaan. Masalah ini sangat membimbangkan kerana Islam dengan tegas dan dari awal mengingatkan umatnya menerusi sebuah hadis Rasulullah SAW bahawa kefakiran membawa kepada kekufuran. Mugkin kemiskinan dan kefakiran berpanjangan inilah punca utama umat Islam berkonflik sesama sendiri, sehingga kini berlaku pembunuhan di dalam masjid sekalipun.

Lebih membimbangkan hakikat umat Islam, termasuk di beberapa negara Arab yang kaya-raya, terdapat sikap dan minda yang hanya akan menambahkan kegawatan dan kecelaruan.

Dalam penulisan sebelum ini, saya pernah menyarankan umat Islam supaya tidak “membabi buta“ dan berebut-rebut menciplak sistem ekonomi Barat yang berteraskan kapitalisme rakus dan tamak. Dalam konteks bangsa Arab pula, jelas sekali mereka perlu mengelakkan diri mereka daripada menjadi “unta buta” - berebut-rebut membina sistem ekonomi dengan menciplak bulat-bulat kaedah sistem kapitalisme rakus dan tamak itu.

Malangnya, inilah yang kita saksikan berlaku di kebanyakan negara Arab dan negara Islam lain (termasuk Malaysia sendiri). Lihat sahaja keghairahan negara-negara Islam memburu tempat dan nama dengan membina bangunan pencakar langit sebagai simbol pencapaian dan ikon kejayaan ekonomi mereka di mata dunia. Menara kembar KLCC di Malaysia boleh disifatkan sebagai mencerminkan aspirasi yang sama. Bangunan pencakar langit telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh dunia Islam.

Keghairahan membina shopping mall, pusat-pusat hiburan, gedung-gedung dan prasarana industri disaksikan di mana-mana. Semua ini mencerminkan peniruan atau penciplakan gaya hidup mewah dengan budaya membeli-belah sebagai ciri utamanya, iaitu budaya materialistik, cenderung menunjuk-nunjuk yang akhirnya menggalakkan hidup keterlaluan kebendaan, individualistik, gemarkan pembaziran, asyikkan hiburan, hedonisme dan nafsu-nafsi.

Di Dubai, kesan dan impak sikap “unta buta” ini jelas sekali kelihatan. Dubai pernah disanjung tinggi sebagai antara kota Arab paling ke depan khasnya dalam pembangunan berlandaskan amalan kapitalis Barat.

Kebelakangan ini, setelah dunia dilanda krisis berpunca daripada kelemahan ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat, (dikatakan akibat kerakusan dan ketamakan pemimpin korporat dan bank Amerika), ekonomi Dubai turut terjejas teruk.

Dunia bisnes masih meneliti sejauh mana krisis Dubai ini akan membawa kesan terhadap sistem ekonomi global. Paling menakutkan ialah andainya sektor bisnes dan korporat Dubai muflis, ianya akan turut menumbangkan beberapa bank besar di peringkat global dan merosakkan seluruh sistem. Pinjaman besar-besaran ini telah Dubai gunakan sebelum ini untuk membina beratus bangunan dan kompleks pencakar langit, membina prasarana termasuk lebuhraya 12 lorong, membina pulau-pulau buatan manusia, lengkap dengan rumah dan bangunan paling mewah untuk dibeli jutawan dan bilionair seluruh dunia.

Pencapaian Dubai sungguh luar biasa dan menakjubkan. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan Dubai akan menjadi punca keruntuhan sistem ekonomi global, atau setidak-tidaknya mengakibatkan kegawatan berpanjangan, merosakkan sistem dengan membawa impak negatif terhadap semua negara. Semua ini akhirnya akan memburukkan lagi keadaan penduduk di negara-negara miskin dan negara Islam khasnya.

Atas dasar inilah semakin banyak kritikan dilemparkan terhadap Dubai dan pendekatan negara Arab sepertinya yang seolah-olah telah membawa sikap “unta buta”, berlumba-lumba memburu kemewahan ekonomi menggunakan kekayaan hasil minyak pemberian tuhan dengan pelaburan yang sangat menjolok mata dan diragukan manfaatnya.

Sesungguhnya banyak yang tidak kena dengan cara umat Islam dan Arab menggunakan harta kekayaan mereka. Mereka berebut-rebut menandingi, melebihi dan mendahului Barat sedangkan cara Barat yang angkuh dan rakus itu sendiri selama ini tidak disenangi oleh semua orang lain dan jelas tidak selaras dengan anjuran Islam yang tegas menganjurkan ditegakkan keadilan dan dimakmurkan muka bumi. Islam juga sangat tegas menganjurkan supaya jangan dibiarkan harta kekayaan berputar cuma di kalangan orang kaya sahaja dalam masyarakat dan semua yang fakir dan miskin diberi hak untuk menuntut bahagian mereka daripada semua harta kekayaan ini.

Semua umat Islam tidak akan senang melihat Dubai lebih mengutamakan penciplakan gaya Barat, misalnya seperti yang dipamerkan menerusi papan-papan iklan gergasi dan slogan angkuh dan materialistik. Contoh-contoh terdapat pada kata-kata: “Selamat datang ke segala-galanya – Welcome to everything”; “Di mana membeli-belah satu gaya hidup – Where shopping is a lifestyle”; “Segala-galanya boleh – Where everything is possible”; dan “Tanpa had dan halangan – Be unlimited” jelas mempamerkan nilai yang sebenarnya tidak serasi dengan jiwa Islam!

Andainya tidak diawasi, sikap ”unta buta” ini diumpamakan kekayaan yang boleh membawa kepada kekufuran!’.

Majalah The Economist yang diterbitkan di London baru-baru ini menyifatkan fenomena Dubai sebagai “satu empayar yang dibina atas pasir … satu monumen kerakusan besar dan angkuh dan menjolok mata tidak berkelangsungan”.

Akhbar itu melihat Dubai sebagai “Planet Dubai”, iaitu satu “monumen kepada sikap berlebihan melampau, satu berhala konsumerisme – a monument to excess, a temple of consumerism” dan sebagai “satu hasil besar perahan daripada kapitalisme semasa – a super-sized distillation of present-day capitalism”. Sungguh membimbangkan.

Dalam keadaan dua daripada setiap lima umat Islam kelaparan, tergamak pula yang kaya di kalangan mereka ghairah melayani selera dan memuaskan nafsu mengikut anjuran kerakusan dan keserakahan Barat. Terdapat juga di kalangan jutawan dan bilionair Arab yang sanggup berlumba melabur berbilion dolar membeli kelab bola sepak Inggeris – dan tidak berlumba untuk membuat kebaikan (fastabiqul khairat) seperti yang dianjurkan oleh Islam!

Jika dibiar berleluasa dan dicontohi pula negara Islam maju yang lain, apakah nasib masa depan umat Islam? Apakah sikap seperti ini harus dibiarkan menguasai suasana hingga mengakibatkan umat Islam berpecah dan hilang kepercayaan sesama sendiri? Apakah harus dibiarkan mereka menggelapkan dan mengaburi pandangan orang bukan Islam terhadap agama Islam?

Akhirnya kita terpaksa menerima dan bersetuju dengan pendirian bekas duta Jerman Muslim tadi.

Kita harus berbuat sesuatu segera mengelakkan situasi di mana bukan Muslim lain yang tidak cekal dan tidak besar jiwa sepertinya hilang minat dan terpesong daripada menemui kebenaran dan kesucian Islam serta menikmati rahmat sebagaimana yang dijanjikan kepada semua umat manusia cuma kerana kelemahan dan ”kebutaan” kita sendiri.

Muhammad Ali
9 Disember, 2009