Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, July 17, 2010

PM Malaysia lemah giler!! - Ku Li yang cakap!

Hidup Ku Li!! wakakaka

sunsnake 17072010

Ku Li: PM tak wajar ketuai Perbendaraan, urusan dana lemah

July 17, 2010
Ku Li berkata Perdana Menteri tidak wajar memegang portfolio berasingan. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Masalah pengurusan kewangan membabitkan kerajaan dan beberapa agensi utama sejak kebelakangan ini berpunca daripada kelemahan elemen “check-and-balance” dan perdana menteri tidak wajar turut menyandang portfolio kewangan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan berkata, perdana menteri sewajarnya memfokus tanggungjawab sebagai ketua barisan Kabinet, tanpa memegang portfolio lain dalam jemaah menteri demi memastikan keseimbangan fokus.

Beliau khuatir kedudukan semasa di mana perdana menteri turut mengetuai Perbendaharaan, yang diamalkan sejak lebih sedekad lalu, boleh membuka laluan kepada elemen lemahnya elemen sekatan dan imbangan dalam pengurusan dana awam.

Sumber - MalaysianInsider

ADUN UMNO tolak Jawatan!!! Bior Betul??


Wakakakak!!
Selalunya dan resam UMNO..
Kalau pasal jawatan.. berbunuh-bunuh pun UMNO sanggup!

Tak caya tanya la bekas-bekas UMNO yang dah pencen..

Tapi kali ini ADUN UMNO ni tolak jawatan yang dioffer kepadanya!!
Perghh!! Ajaib!! Jelas ADUN UMNO ni 'Ikhlas"..

Kata hari tu nak pastikan Kerajaan Selangor didakwa atas segala macam penyelewengan??
Inilah peluang yang terbaekkk!!
Jadi Pengerusi PAC Selangor!!
Boleh bukak semua fail Kerajaan Negeri!!
Bolah check semua akaun Kerajaan Negeri!!

Boleh pulak tak nak? Pejuang Melayu kepala bana apa ADUN UMNO nih!!
sunsnake 17072010

Speaker: Adun tolak jawatan PAC gambarkan fikiran sempit BN

July 17, 2010

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyifatkan tindakan Adun Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari BN menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai berfikiran sempit kerana menolak kepercayaan diberikan dewan.

Teng Chang Kim berkata tindakan Shamsudin menolak usul yang membolehkan beliau dilantik memegang jawatan itu seolah-olah mengabaikan tanggungjawab rakyat.

Ini kali pertama DUN Selangor melantik wakil pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

“Usul ini adalah perintah daripada dewan jadi kalau beliau (Shamsudin) tidak terima jawatan tersebut, maka beliau telah mengabaikan tugas yang telah diberikan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun DUN tidak akan mengambil sebarang tindakan tetapi rakyat akan jelas bahawa Adun BN tidak mahu memikul tanggungjawab setelah mendapat sokongan penuh anggota dewan, tambah beliau.

Teng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shamsudin yang tetap dengan pendirian menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi PAC atas alasan ia hanya bermotifkan politik.

Berita Penuh

Undilah Dacing!!! Teman Sokong!!!

Tok Pa kata Kakitangan Kerajaan Makan gaji Buta?




"Kita harus lihat secara makro di mana antara lain kenaikan harga gula dapat mengekang ketirisan barangan kawalan itu ke negara jiran,"
- Tok Pa

Wah! Ini dah semacam menuduh Singapura dan Thailand bersalah jugak dalam kenaikan harga gula nih!! Wakakakaka!

Kalau macam tu.. betullah Agensi Kerajaan yang berkaitan dengan penyeludupan ni tak buat kerja!
Makan gaji buta!

Banyak sangat penyeludup yang kaya-raya sebab hasil seludup gula!
Mana pegi Kastam? KPDNHEP?? Polis??
Polis teman paham laa.. tengah sibuk monitor aktiviti Pakatan Rakyat!

Punya la teruk penyeludupan di Malaysia.. sampai kerajaan terpaksa naikkan harga gula!
Hampeh punya staff gomen! (kalau ikut kata Tok Pa laaa.)

Munasabah sangat la bayar RM77 juta kat APCO tuh?
Apa kerja depa? hampeh!

wakakakaka!

sunsnake 17072010

Menteri: Tak munasabah subsidi RM1 bilion untuk gula
Jul 17, 10 2:31pm

Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

"Kita harus lihat secara makro di mana antara lain kenaikan harga gula dapat mengekang ketirisan barangan kawalan itu ke negara jiran," katanya kepada media selepas merasmikan Sukan Antara Agensi Kementerian itu di Pusat Latihan Petronas di Bangi.

Beliau berkata demikian semasa mengulas program rasionalisasi subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi bagi harga gula yang diumumkan kerajaan Khamis lalu.

Berita Penuh

Mari Kita Cintai 1Malaysia!!! Hidup 1Malaysia!!!



Daulat Sultan Melaka? Aduyaiii!!

Sultan Melaka Yang Sebenar sedang menurun! Wakakaka!


Wakakakaka!!
Macam ni punya manusia pun ada??
Mengaku sebagai Sultan Melaka??
err.. agak-agak kalau teman bantai mamat ni...
kena tangkap dek Polis tak??
kang jadi macam 'penghina' Sultan Perak pulak kang!

Ayat ni yang best tuh!

“Saya telah menjadi Sultan sejak lima tahun lepas. Tapi tidak dibayar gaji mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,”

“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,”

Aduyaiii!!! Dia sendiri lantik diri jadi Sultan.. dia sendiri nak tak puas hati tak dapat gaji??

oooo..itulah puncanya yang sampai bersungguh mengaku Sultan ni..
Nak cari makan rupanya!! Cheh! Spesis UMNO betul!!!

Tapi ntah-ntah betul tak yang dia ni waris Sultan Melaka??
Hah! Kasi Goyang Khalil Yaakob!! Wakakaka!

sunsnake 17072010

Raja Noor Jan tuntut lagi takhta Kesultanan Melaka

July 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Selepas lima tahun Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah kembali mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan menuntut pengiktirafan Majlis Raja-raja menjelang ulang tahun ke-500 pencerobohan Portugis.

Raja Noor Jan pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005.

“Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan (gambar) yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya.

Berita Penuh

Maya Karin - Ada chance teman!!!


Buat Maya Karin.. bersabarlah..
Mungkin ada hikmah disebaliknya...
Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan yang Esa..
Perpisahan pun ditentukan olehNya..

Mungkin selepas ini ada pertemuan lain..
err.. mungkinkah dengan bloggerz dari Kampung Balun?? hik hik hik!

p/s: mungkin jugakkah anak perempuan bekas PM akan terpaksa set GPS balik untuk monitor suaminya!! wakakaka!
sunsnake 17072010

Maya Karin, suaminya sah cerai talak satu

July 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.

Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.

“Maya dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

-Malaysian Insider