Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 8, 2010

MCA lagi Harbi Daripada DAP!

Nak tikam sapa tu Bro? Tikam Soi Lek ke? Wakakaka!


Perghhh!!!
Teman tak sangka sungguh!!!
MCA ni dah berpuluh tahun duk dalam Barisan Nasional!!
Sejak zaman PERIKATAN lagi!!
Sejak zaman Cap Kapal Layar lagi!
Malangnya.. dah 53 tahun duk berkawan dengan UMNO!
Sikit abuk pun tak faham lagi pasal Ketuanan Melayu!
Pasal Islam lagi jauhhh lahhh!!!

So, apa komen PERKASA neh?
apa komen PEKIDA neh??
apa komen Pemuda UMNO neh!!

Lawyer UMNO si Hasfarizam(Hasan Mentalon 25%)...
tak nak sumbatkan Chua Soi Lek ni ke ISA ke?!

Wakakakakaak!
Ghuyup isu DAP kafir Harbi!
MCA lagi harbi daripada segala yang harbi!

sunsnake 08122010

Hisham dakwa ramai kecewa pendirian Soi Lek di konvensyen BN

December 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Berita Penuh

DAP Tak Faham Islam! Cisss!!!

Aduhhh!! Zaman Firaun pun dah ada sunat ni wehh!!


Cisss!!
Kurang ajar punya DAP!!
Dah la anjur Khatan beramai-ramai!
Buat kat Masjid pulak tuh!!!

DAP ni tak tau ke Khatan ni milik orang Islam!
Milik Ketuanan Melayu!!
Cisss!!! DAP tak bersunat!
yang bersunat hanya melayu!!
Melayu ini bangsa paling mulia di dunia!!
Kalah ajaran Yahudi beb!

Dulu masuk masjid!
Ni dah anjurkan berkhatan pulak!!
Mengapa DAP ni susah sangat nak faham aaa??

Ini last warning..
Aku nak DAP ni ingat betul-betul dalam hati dia!
Khatan adalah milik mutlak Ketuanan Melayu!!

wakakakakaka!
sunsnake 08122010

DAP Anjur majlis Berkhatan..

DAP mencipta sejarah dengan menganjur dan menaja Majlis Bersunat beramai-ramai di Masjid Al Munawarasah di Taiping pada minggu ini. Langkah dan tindakan merentasi kaum ini sekaligus membuktikan tohmahan UMNO-BN bahawa DAP "anti Islam,anti Melayu" semuanya adalah fitnah dan pembohongan belaka.

Di tanahair kita, seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, hak semua kaum dan masyarakat berbilang budaya perlu diberi pengiktirafan dan penghormatan yang adil dan saksama supaya memupuk budaya politik baru yang menentang perkauman - Say No To Racism, this is the time now!


Berita Penuh

SPR - Baik buat AFUNDI! Adehhh!!




Teman betul tak faham la dengan SPR nehh..
Makin lama makin jelas bias dan bangang...
Makin lama makin jelas berpihak dan penakut!

Seolah-olah gaji mereka bulan-bulan dibayar oleh duit poket Najib sendiri!
Aduyaiii!!
Seolah-olah Allah SWT langsung takde kena mengena dengan kehidupan mereka!

Idea nak tambah lagi golongan yang kena Undi Pos ni betul-betul tak masuk akal!
Sepatutnya undi pos itu dihapuskan!
Polis dan tentera tiada masalah nak keluar mengundi pada hari mengundi pun!
Bukan ada komunis nak halang pun!
bukan ada tentera jepun nak tembak pun!

Serius teman cadangkan agar Gerakan BERSIH 2 patut dilancarkan sesegera mungkin!
Nampaknya SPR ini semakin hanyut dalam mimpinya...
Hanyut dalam fantasinya!
Fantasi bercumbu dengan UMNO di Putrajaya!

sunsnake 08122010

Semua rakyat jadi pengundi pos

Fadhil Osman

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos.

DPPWP berpendapat, menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional ini menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat.

DPPWP menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan UMNO-BN. Cadangan SPR seakan mahu menambah lagi jangka hayat pemimpin UMNO-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan UMNO-BN dalam PRU ke 13?

Sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat. Apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka?


Berita Penuh

Ketuanan UMNO, Kehambaan Melayu!



Mahathir Pengkhianat Melayu?


Cheisss!!
Tergamak Che Det mempersoalkan rancangan Menteri UMNO nak beli jet baru?
Bukankah UMNO ini satu-satunya parti yang mampu membela melayu!
Bukankah UMNO ini satu-satunya parti yang menegakkan Ketuanan Melayu?
Maknanya.. Setiap pemimpin UMNO ini adalah Tuan..
Dan yang bukan pemimpin UMNO adalah hamba!
So, Mahathir ini bukan pemimpin UMNO lagi!
Dia dah jatuh ke tahap hamba!
So? mana mungkin seorang hamba mempersoalkan tindakan Tuannya?

Dalam kes ni Tuan Melayu Zahid Hamidi plan nak beli jet baru..
So, ikut sahajalah! Mana boleh membangkang kata-kata Tuan!
Kalau bangkang jugak, maka jadilah seperti Anwar Ibrahim.. Wan Azizah..
Siap diseru agar mereka ini disumbatkan ke penjara dengan ISA lagi!
Ini semua kerana apa? kerana Tuan-Tuan melayu ini marah!
Kerana Kedaulatan Melayu ini sebenarnya hanya untuk Tuan-Tuan Melayu ini sahaja!
Melayu-melayu yang bukan Tuan hanya layak menanti RM50 setiap kali nak pilihanraya!
T-shirt lambang dacing sehelai.. kalau nasib baik dapatlah Vest BN..
Kalau nasib baiklahhh...

So, peringatan teman buat Che Det..
Kamu dah bukan pemimpin UMNO lagi..
Nak jadi perwakilan UMNO di PWTC pun dah tak layak!
So, kamu sekarang dah jadi hamba bukan tuan!
So, jangan melawan! ikutkan sahaja kata-kata tuan kita!
wakakakakak!!! bangang punya melayu!
sunsnake 08122010

Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru. Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru. "Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29. “Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.

Berita Penuh

Mulianya Hati Khir Toyo!


Setelah dirinya didakwa di Mahkamah atas tuduhan Rasuah, Khir Toyo akhirnya mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dun Selangor. Sangat lunak dan manis bunyinya! Sesuatu yang sangat jarang dilakukan oleh sejarah politik Malaysia! Kali ini Khir Toyo membuktikan ketelusan dirinya sebagai ahli politik! Syabas!

Teman menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau dan mendoakan agar keadilan akan tertegak didalam kes ini. Sama ada beliau bersalah atau tidak, biarlah mahkamah menentukan walaupun skrip kisah ini semacam telah dapat dibaca!

Selepas ini, jangan ada lagi hujah-hujah mengatakan pimpinan UMNO tidak bertanggungjawab! Kerana bukti telah pun tertulis dengan isu Khir Toyo ini! Selalunya apabila terjadi kes meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab seperti sering berlaku di Jepun, kini Malaysia juga sudah ada pemimpin yang setanding dengan Jepun! Wakakakaa!
sunsnake 08122010

Khir Toyo maklum Speaker, Najib lepaskan jawatan ketua pembangkang

December 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengemukakan surat letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor hari ini, demikian disahkan oleh Speaker DUN Teng Chang Khim.

Surat pemakluman difakskan kepada Teng dan juga kepada Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Najib Razak pada pukul 11.20 pagi.

Bagaimanapun Teng memberitahu The Malaysian Insider bahawa bukan beliau yang akan menentukan siapa yang bakal mengambil alih jawatan itu.

“Ia tiada kaitan dengan saya. Secara tradisi, pemilihan ketua pembangkang adalah urusan pihak pembangkang. Mereka hanya perlu memaklumkan kepada saya siapa yang dipilih,” katanya.

Berita Penuh

Air Selangor - 1 dalam Jutaan Misteri UMNO!

Makcik UMNO ni pun tak tau apa perjanjiannya!


Teman melihat isu air Selangor ini sangat-sangat unik dan sebenarnya bakal menjadi pembuka jalan pembongkaran kepada beratus ribu malahan mungkin jutaan kes-kes perjanjian pelik-pelik antara Kerajaan negeri UMNO-BN dan pelbagai sektor baik swasta mahupun semi-government.

Selama ini kita tidak tahu pun apakah isi perjanjian antara Kerajaan yang memerintah dengan pihak yang terlibat. Contohnya dalam isu air Selangor ini, perjanjian antara Kerajaan Negeri UMNO-BN sebelum ini tiada siapa pun yang tahu! Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja! Semua perjanjian tersebut diletakkan di bawah pelbagai akta antaranya Akta Rahsia Rasmi(OSA). Bayangkan, perjanjian yang mengarut dan disimpan didalam poket mereka dengan mengunakan akta yang mereka sendiri cipta! Wah! Satu perancangan dan tindakan yang hebat!

Teman membayangkan jua andaikata Kerajaan Selangor masih lagi kekal dibawah pemerintahan Kerajaan UMNO-BN selepas PRU12 dahulu, bermakna sehingga ke tarikh artikel ini ditulis jugalah tidak ada sesiapa yang mengetahui akan perjanjian yang diluar logik akal ini! Syukur kepada Allah SWT yang sudi memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat bagi membuka jalan membongkar kezaliman UMNO-BN!

Teman juga membayangkan, bagaimana pula sekiranya PR dapat menguasai negeri-negeri yang jauh lebih miskin daripada Selangor tetapi kerajaan negeri tersebut kelihatan sangat 'mewah' berbelanja! Cuba sama-sama kita bayangkan apa akan berlaku sekiranya PR berjaya menguasai Melaka? Wah! Sangat kasihanlah kepada pimpinan PR Melaka yang akan menjadi Ketua Menteri kelak! Mungkin cabarannya lebih hebat daripada apa yang sedang dialami oleh Ustaz Azizan di Kedah! Kerajaan PR Kedah sekarang ni terpaksa berhempas-pulas memperbaiki segala 1001 kerosakan dan hutang piutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan UMNO-BN Kedah yang terdahulu! Sangat menyeksakan berbanding apa yang dialami oleh Lim Guan Eng di Puau Pinang dan Nizar di Perak sedikit masa dahulu.

Kesimpulannya, perubahan amat perlu dilakukan oleh rakyat setiap negeri yang diperintah oleh Kerajaan UMNO-BN ini. Hanya dengan cara itu sahajalah segala kezaliman dan penyelewangan yang sedang tersimpan rapi dibawah akta-akta mengarut itu akan terbongkar! Amatlah mustahil kita mengharapkan Kerajaan Negeri-negeri UMNO-BN ini akan insaf dan membuka segala isi perjanjian mereka! Ibarat mengharapkan Israel menyerahkan kembali tanah Palestin!

Lihatlah bagaimana perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan PLUS yang menjadi alasan saban tahun untuk menaikkan harga perkhidmatan lebuharaya! Sedangkan apakah isi perjanjian itu pun dihalang daripada dilihat oleh rakyat! Bukankah sudah jelas?

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada rakyat Malaysia untuk membuat perubahan secara nasionalnya pada PRU yang akan datang!
Hidup Rakyat!
Hidup Keadilan!
Tumbang Kezaliman!
Takbir!

sunsnake 08122010

S'gor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS


Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu. Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Berita Penuh