Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 22, 2010

PRK Hulu Selangor (105) Bapak Munafik nak turun!!!


Kalau dah berjanji.. tapi mungkiri apa nama dia??
Bukan Munafik? haaaa!! ni bapak munafik turun malam nih!!
Sib baik teman kat Hulu Bernam!! iDak mau gak turun dengor ceramah BN nihh!!
sunsnake 22042010

Dr M mungkir janji, berkempen di Hulu S'gor
Apr 22, 10 2:23pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Mahathir pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu. "Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya. Namun hari ini, beliau mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam. Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas. Mahathir adalah bekas perdana menteri pertama yang menyertai kempen pilihan raya BN. Sebelum ini, Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk parti Semangat 46 pada sekitar 1990.

Pada pilihan raya Ahad ini, calon BN P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

PRK Hulu Selangor (104) Selamat tinggal Bukit Sentosa!


Dikala sahabat-sahabat semua membaca coretan ini.. teman mungkin sudahpun berada di dalam komuter menuju ke Tg Malim! waaaa...! macam dolu-dolu lak berkirim surat!
Zaman internet ni, belum bangun dari kerusi ni pun dah beratus orang baca posting kita! wakakaka!

InsyaAllah, mulai petang ni teman akan 100% full time di Rumah Pemuda PAS Pusat di Felda Gesir, Hulu Bernam. So, nak cari teman, cari disana ye? ni pun jap lagi nak gerak ke Stesen Komuter Serendah, gi Tg Malim, adik teman dah kompom bagi pakai motor EX5 dia untuk digunakan sepenuhnya 2-3 hari nih! timo kasih la dik oiii! Kereta teman bik mama nak pakai gi ngajar! motor Modenas Ducati teman tu tak berani teman nak bawak! Hari tu bawak gi Penamaan Calon KKB pun tersengguk-sengguk on the way balik! Itu yang nak bagi Dugong Darat pinjam tuh?? huikkkkk!!! Nggak boleg dong! bisa berkechai! huhuhuhuh Jangan marah ye dugong darat!

Bermakna teman tak dapat nak update blog buat 2-3 hari nih!

Silap-silap kita jumpa balik hari Isnin.. berbicara tentang kemenangan ataupun kekalahan!

Doakan keselamatan semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat!

sunsnake 22042010

PRK Hulu Selangor (103) Jentera PR WAJIB mula berhati-hati!



SMS warning yang terman terima daripada Ali Bagan Utama malam tadi menyedarkan teman dari 'overlooked' pasal keselamatan nih!

Sibuk giler dengan arrangement aktiviti ceramah kelompok dan ziarah, terus terlupa nak ambik tahu hal lain.. Alhamdulillah Bahagian Keselamatan PAS Hulu Selangor senantiasa memantau dan membuat tindakan sekiranya perlu setakat ini.

Sama-sama kita berdoa agar puak-puak 'penyangak' UMNO-BN tidak berjaya menggangu ketenteraman dan kedaulatan undang-undang negara ini!
sunsnake 22042010

WARNING kepada para petugas Pakatan Rakyat

oleh ali :

Salam Hulu Selangor. Sebenarnya den dapek kontek dari kenkawan UMNO dari Seremban dan Rasah. Dari mulut mangkuk-mangkuk ni, pemimpin diaorang dah endorse untuk membuat provokasi macam kek Bagan Pinang. Den sudah pun kontek budakbalun untuk amik langkah berjaga-jaga. Dengan Dugong den tak sompek nak bercakap kredit nset den abis. Kredit nset abis mengumpat pasal Kamalanathan menipu kelayakan akademik dio. Ha Ha Ha. Padan muko den.

Objektif bikin provokasi

Di sini, jiko ikut pengalaman di Bagan Pinang, UMNO akan membuat provokasi di kawasan-kawasan ramai petugas-petugas PAS dari pantai timur macam Kelantan dan Terangganu. Apo objektif UMNO bikin provokasi ni bai? Ado 2 objektif terbesar. Den masih ingat lagi tulisan pasal objektif yang ditulis dekat whiteboard dalam bilik gerakan UMNO di Bagan Pinang. Objektif-objektif itu ialah :

1] Menakutkan para pengundi yang tinggal di luar kawasan dari balik mengundi pada hari mengundi. Ingat, di Hulu Selangor ado 30% pengundi yang tinggal di luar kawasan.

2] Tangkap gambar dan video petugas-petugas PAS yang memulakan pergaduhan dan sebarkan ke internet. Ingat objektif mereka sebarkan ke internet. Sebar pada media massa dah jatuh nombor 2. Tapi tetap sebar jugak.



Langkah-langkah perlu oleh petugas PR

Di entri ini, den perturunkan balik ingatan-ingatan den pado petugas-petugas Pakatan Rakyat semasa kehangatan provokasi pemudo UMNO dan Pekida semasa di Bagan Pinang 6 bulan yang lalu.

Dari sumber dalaman, kejadian pemuda Pas dipukul petang semalam dan malam tadi serta beberapa kekecohan yang berlaku semalam rupanya telah dirancang oleh mereka.

Maka disini petugas-petugas Pakatan perlu mengambil langkah-langkah berikut:

1] Pastikan dalam grup saudara mempunyai kamera. Jika ada videocam lagi bagus.

2] Pastikan mobile phone anda sentiasa berada disisi dan mempunyai kredit.

3] Jangan mulakan apa-apa provokasi dan bertindak sebagai pendamai. Dari pihak mereka, mereka sedaya upaya membuat provokasi kepada petugas pakatan supaya petugas pakatan memulakan pergaduhan dan tumbukan. Itu objektif mereka.

4] Terus mulakan sesi fotografi kepada sesesiapa yang memulakan provokasi atau mereka-mereka yang mahu mencetuskan pergaduhan ditempat anda.

5] Terus kongsikan gambar-gambar tadi kepada bloggers Malaysia yang berdekatan dengan anda. Kita mempunyai ratusan bloggers disetiap upu.

6] Juga kongsikan cerita dan maklumat kejadian tadi kepada bloggers Malaysia tadi. Maklumat anda tadi akan terus disiarkan dilaman web supya dapat dikongsi oleh semua orang dan disebarkan.

7] Jangan melakukan tindakan dan perbuatan berseorangan. Lakukan dalam grup.

Kepada bloggers Malaysia,jangan segan memakai tag anda. Ia amat penting supaya anda mudah dikenali oleh para petugas pakatan.

Doakan supaya tiada kejadian buruk berlaku.Kepada Allah kami bergantung harap. [link]

* Den harap sangat jangan ado yang sebarkan sms jihad macam kek Bagan Pinang. Sms tu sebona eh yang bikin panas lagi. Bondo patut dah cool tapi panas balik dengan sms jihad tu. Bingai. Jangan lakukan kebodohan yang samo di Hulu Selangor. Den mintak tolong sangat. Korang tak tahu apo yang den hadapi di Bagan Pinang. Pliss, tolong jangan nakal bai.

PRK Hulu Selangor (102) Jentera BN penuh penyangak!

Teman setuju sangat dengan apa yang penulis ni kata!

sunsnake 22042010

Penyangak-penyangak kempen Hulu Selangor

oleh - Suflan Shamsuddin (MalaysianInsider)

22APRIL — Di beberapa bahagian kawasan Hulu Selangor, jelas kelihatan lebih banyak poster gambar Datuk Zaid Ibrahim yang di tukarkan supaya kelihatan seolah-olah beliau meminum arak, daripada gambar Presiden mahupun calun BN untuk kawasan itu.


Di kawasan-kawasan di mana kebanyakan penduduk terdiri daripada orang-orang Melayu, asas kempen BN adalah untuk memfitnahkan Zaid dengan cara membesar-besarkan isu yang beliau pernah meminum arak dan mempunyai saham dalam beberapa kuda lumba.


Di sebaliknya, kempen Zaid berlandaskan kepada keperluan perubahan, baik di kawasan tersebut ataupun di negara amnya. Beliau memang tidak dapat membawa hadiah-hadiah daripada kerajaan Persekutuan, tetapi beliau menjanjikan satu perhubungan yang lebih erat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.


Yang paling mustahak, kempen beliau berteraskan menuntut keadilan, ketulusan dan akauntibiliti dalam urusan kerajaan. Dan tidak ada sesiapapun yang meragui kejituan sifat dan prinsip beliau di dalam aspek ini.


Fikirkanlah sekiranya Zaid kalah, dan analisa menunjukkan yang orang Melayu memilih calun BN. Sudah tentunya kesimpulan yang akan timbul ialah orang Melayu sanggup menolak seorang calun pemimin Melayu/Islam yang berkaliber di taraf negara, yang memegang prinsip dan moral yang lurus dan luhur, dan yang mungkin dapat membawa kepada pembaharuan yang positif untuk negara; dan sebaliknya memilih calun di mana janji kempen yang dibuat bergantung kepada kuasa naungan di dalam Umno/BN, dan tidak langsung ada kena mengena dengan mempromosikan demokrasi ataupun keadilan, ataupun melawan korupsi atau penyalahgunaan kuasa.


Kenapa? Oleh sebab Zaid adalah orang Islam dan beliau telah mengakui (tidak seperti ramai pemimpin Umno) yang beliau melakukan beberapa perkara yang telah beliau dituduh lakukan.


Ini akan jelas menunjukkan kesongsangan nilai pengundi-pengundi Melayu/Islam disebabkan kempen penyangak-penyangak yang secara diam-diam disokong oleh mereka-mereka yang berkuasa. Ini membuktikan bagaimana satu dosa yang secara relatifnya kecil dalam Islam dapat dijadikan faktor perhitungan yang paling besar sehinggakan jihad murni untuk meruntuhkan sistem kepimpinan yang korup, penuh dengan pencurian, nepotisma dan penyalahgunaan kuasa ditenggelamkan, mungkin seperti yang dikehendakki oleh mereka-mereka yang berkuasa.


Keputusan sebegini begitu jiji pada orang Islam/Melayu yang berakidah. Ini akan mengesahkan kepada orang-orang bukan Islam, iaitu kaum kita (yakni orang Melayu Islam) tidak berdaya melihat di luar daripada prejudis sempit kita, dan mencapai cita-cita imperatif keadilan sosial Islam yang lebih penting seperti yang dituntut oleh agama.


Tetapi bukan itu sahaja. Perkara ini akan juga menjadi tamparan hebat kepada calun BN itu sendiri. Di sebabkan kegiatan penyangak-penyangak tersebut, beliau tidak akan dapat memperakui kejayaan kempen beliau berasaskan kepada satu pertarungan yang bersih berasaskan isu-isu yang benar-benar mustahak kepada pengundi. Dan jikalau beliau menang, kredibiliti mandat beliau akan terus dihantui dengan berbagai tandatanya.


Semua ini mungkin berlaku, oleh sebab penyangak-penyangak ini diberikan peluang untuk memainkan peranan dalam proses demokrasi. Penyangak-penyangak ini memalukan dan mengeji kebijaksanaan dan kematangan orang-orang Melayu, memalukan dan memusanahkan kredibiliti calun BN, dan merampok sistem demokrasi negara Malaysia.


Saya harap pengundi-pengundi di Hulu Selangor, terutamanya pengundi-pengundi Melayu, akan dapat melihat penipuan penyangak-penyangak ini, dan membezakan apa yang racun dan apa dia yang sebenarnya penawar.


Saya harap orang-orang Melayu akan menyedari betapa mustahaknya kita ajar secukup-cukup sipenyangak penyangak ini supaya jangan berani memalukan kaum kita lagi dengan cuba menyongsangkan prioriti nilai kita.


Cuma ada satu cara untuk membuktikan kesemuanya ini. Dan caranya adalah supaya kita tentukan kekalahan yang cukup kental kepada kempen penyangak-penyangak tersebut. Itu saja cara untuk mengajar mereka.


* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

PRK Hulu Selangor (101) Zaid berjudi? UMNO sah Tokey judi!!


Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.

Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari

Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.

Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.

Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.

Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)

Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).

Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

PRK Hulu Selangor (100) Kamal calon UMNO menipu degree!


Makin lama makin banyak penipuan yang keluar dari mulut calon UMNO nih!
Nasib baik tempoh kempen seminggu! Kalau sebulan mau berbakul-bakul dia menipu terutama melayu-melayu Hulu Selangor nih! Lagi hebat!

Palanivel menipu lepas jadi Ahli Parlimen, Kamal+alan+nathan ni menipu masa jadi calon lagikk!!
Nasib la korang rakyat Hulu Selangor kalau ditakdirkan dapat mamat ni jadi YB!

sunsnake 22042010

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication. The Australian university, however, has no records of him ever going there.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

The Barisan Nasional (BN) candidate was asked to comment about his over-dependence on Umno leaders to win the by-election race and how he was seemingly willing to sacrifice the community’s struggles by kowtowing to his Muslim leaders.

This, Kamalanathan was told, was illustrated once when he kissed the hand of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and when he promised to deliver Hulu Selangor as a “gift” to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Since being named as a candidate, he has also defended Malay rights group Perkasa, a move that earned him plenty of criticism.

A shocked-looking Kamalanathan immediately replaced his smile with a frown and quickly defended his move.

“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,” he exclaimed, looking miffed when asked at an unplanned press conference in Ladang Kerling near here. (READ MORE HERE)

It looks like he lied about not kissing the hand of the Deputy Prime Minister. What else did he lie about?

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication (http://www.malaysianmirror.com/nationaldetail/6-national/37008-kamalanathan-takes-on-zaid). The Australian university, however, has no records of him ever going there. (http://www.ecu.edu.au/)

A phone call was made to the university and they confirmed that they have no records of Kamalanathan.

It appears like Kamalanathan never studied there so he needs to clarify and prove his educational background.

Is this yet another lie?


sumber - RPK