Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 29, 2010

Hamba Abdi Yang Diswastakan!

Syok lagi jadi anak menteri!! Pergi mampos la swasta ke gomen!!!

Ada satu syarikat pembuat peralatan automotif..
Anak syarikat konglomerat automotif dan industri berat yang sangat besar!
Kalau teman sebut kompom anak teman yang kat sekolah pun tahu!

Kilangnya besar gila..
Area Shah Alam.. dekat sangat dengan Proton..
Bisnes kencang giler dengan syarikat pembuat kereta nasional 1 & 2..
Kencang giler!!

Gaji basic untuk operatornya ialah RM450 sebulan!!!
Hilang akal!!
Campur OT bagai nak mampus dapat lah RM1000 sebulan!!

RM1000 sebulan??
dok Shah Alam??
Macam tak masuk akal pulak!

Usahkan dah berkeluarga..
kalau bujang pun masih tak masuk akal!!

RM450 sebulan dow!!

Bangla cleaner kat opis teman ni pun leh dapat RM1000 sebulan!!
Cleaner tuh!!
Ada lebih baik keje cleaner kat opis teman daripada keje kilang tuh!!

Kalau kilang kicap mungkin teman leh consider..
ini kilang besor!!

ISO pebagai!!

hmmm.. 100% melayu pulak golongan operator nye..

Hidup Melayu!!!
sunsnake 29092010

Gaji minimum: MEF tak mahu campur tangan kerajaan tentukan gaji swasta

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menegaskan pihaknya tetap dengan pendirian tidak akan menerima dasar gaji minimum sama sekali, yang buat pertama kali kelihatan menerima “lampu hijau” daripada kerajaan dalam usaha menaikkan pendapatan pekerja sektor swasta.

Sehubungan itu, persekutuan tersebut meminta kerajaan tidak campur tangan dalam menentukan paras gaji sektor swasta negara ini.

“Di sektor awam membabitkan kakitangan awam, kerajaan boleh menentukan paras gaji tetapi kami berpendapat soal gaji sektor swasta, kerajaan tidak harus campur tangan... kerajaan tidak wajar menentukannya.

“Biar gaji pekerja-pekerja sektor swasta ditentukan oleh faktor pasaran,” kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pada 2007 kerajaan menaikkan gaji pekerja sektor awam antara 7 hingga 35 peratus, yang membolehkan pendapatan minimum kakitangan awam mencecah RM1,200 sebulan.

Berita Penuh

Hakim Pun Kena Hasut Ka Dato' Maslan?

Gelap.. segelap kasutnya!!!


Tahniah, Syabas dan Hebat!
Itu je yang teman leh ucapkan buat para peneroka yang sangat-sangat berani membuat tindakan menyaman Felda ni..

Bukan senang peneroka-peneroka ini nak buat keputusan ambil tindakan saman Felda nih!
Terlalu hebatnya cabaran dan risiko yang terpaksa mereka tempuh!
Lebih-lebih lagi tekanan pimpinan Felda a.k.a UMNO setempat!
Kompom!!!

Yang dah Berjaya.. Alhamdulillah.. gunakanlah hak kamu itu sebaik-baiknya!
Yang belum berjaya.. Berusaha dan jangan lupa pertalian dengan Allah SWT!
Kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu!

Jangan mengadu kat Ahmad Maslan!
Dia kan Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!!!

Kalau ikut dia.. semua penghasut!!
Mungkinkah hakim mahkamah tinggi Kuantan ni pun mangsa hasutan?

err.. kalau Peneroka dihasut menyaman Felda,
siapa pula yang hasut Felda? UMNO? ke Ahmad Maslan?
Wakakakaka!!!

sunsnake 29092010

Peneroka menang lagi kes saman Felda

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.


Berita Penuh

Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

ALOR GAJAH 27 Sept. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

Berita Penuh

Koh Tsu Koon? Gerakan?? Apa tu?

Ada nampak Gerakan dan Tsu Koon kat bawah jambatan tuh???


Lohhh...
Teman ingatkan dah takde dah dua nama ni..
Maklumlah.. di Pulau Pinang..
Jelas.. hanya UMNO je yang tinggal memekak-mekak..
Siap fitnah-fitnah bagai kepada Kerajaan negeri..

Kalau tak silap Bro ni yang jaga KPI kan?
wakakakak!

Ada ke orang nak dengar cakap lu apek??

Itu cina-cina Penang pun sudah humban lu masuk laut bawah Penang Bridge!!
Lu ingat UMNO punya olang mau layan lu punya cakap ka??

Makan loti loo!!!

sunsnake 29092010

Koh: Jangan bertindak keterlaluan dalam isu kaum, agama

KUANTAN, 29 Sept — Rakyat diingat agar tidak bertindak keterlaluan dan mengikut perasaan ketika tercetus masalah melibatkan kaum dan agama bagi menjaga perpaduan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata masalah pasti timbul apabila wujud kepelbagaian masyarakat namun rakyat perlu bijak menanganinya.

Berita Penuh

Isu BTN: Pemuda Gerakan mahu Hamim dilucut jawatan

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pemuda Gerakan menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman, perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Setiausaha Agungnya Dr Dominic Lau berkata kenyataan yang dibuat Hamim adalah tidak berasas dan keterlaluan.

“Saya mahu supaya beliau (Hamim) dilucutkan jawatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai tidak tahu matlamat sebenar konsep 1 Malaysia.

“Kenyataan yang dibuat beliau secara terbuka telah merendahkan orang Malaysia bahkan ia bertentangan dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita Penuh

Pemuda MIC janganlah bodoh macam pencacai!

Wakakaka! Bangangnya pemuda MIC!!!


Aduyai!!.
Ape benda la pemuda MIC ni.. jangan bangang sangat!
Kalau bangang.. jangan cerita kat orang! diam-diam suddeyy!

Sejak merdeka lagi Biro Tata Negara ni kerja dia bakar api perkauman..
Pada mereka bangsa selain melayu di Malaysia ni semua nak jahanamkan melayu!
(Apsal depa tak maki Tunku yang setuju dengan Jus Soli?)

1Malaysia tahu siapa di belakang BTN ni kalau tidak UMNO!
Dan satu Malaysia tahu UMNO ni parti Asobiyah yang langsung tak berkehendak kepada Islam walhal mengaku Islam!

Inilah akibatnya apabila menjulang bangsa melebihi Islam!
Hinggakan bangsa yang bukan Islam jadi menyampah dan meluat kepada Islam itu sendiri!
Walhal yang bangang melayu UMNO bukan Islam!

sunsnake 29092010

Kenyataan rasis: Pemuda MIC mahu KSN ambil tindakan tegas ke atas pegawai kanan awam

PUTRAJAYA, 29 Sept — Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru anggota Biro Tata Negara (BTN), yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain.

Setiausahanya C. Sivarraajh berkata kenyataan yang dikeluarkan pegawai awam seolah-olah mencerminkan imej sebenarnya pentadbiran negara yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Berita Penuh

Siapalah ulama' di hati UMNO...


Malang sungguh nasib golongan ilmuwan Islam didalam UMNO..
Dapat kita lihat sejak dahulu..
Tokoh-tokoh yang hebat ilmu Islamnya..

Ustaz Firdaus misalnya..
Bekas Imam Besar Masjid Negara..
Seorang yang sangat teman 'ikon'kan sedari kecik teman mengenalinya melalui media TV..
Dimana beliau sekarang di dalam UMNO?

Adakah sebelum nyaris-nyaris melaksanakan Judi Bola hari tu..
Ada Kabinet Najib meminta pandangannya?

Dan yang paling malang, beranikah mereka bersuara menentang segala bentuk tindakan UMNO yang jelas salah dari segi Syara'?

Dan apabila mereka tidak berani, jadilah mereka sekadar 'balaci' yang hanya akan digunakan apabila UMNO terpaksa menghalalkan perbuatan mereka!

Sesungguhnya Ilmu Islam ini sangat luas melampau logik akal manusia!

Didalam UMNO, golongan 'ustaz' ini tidak lebih sekadar Tukang Baca Doa diawal mahupun diakhir majlis sahaja!
Didalam UMNO, golongan 'ustaz' ini tidak lebih sekadar akan diminta bersuara apabila keadaan terdesak!

Sedangkan sepatutnya, golongan ini adalah mereka yang sepatutnya diletakkan diatas sekali!
Sebagai rujukan awal dan rujukan akhir sebelum sesuatu tindakan atau keputusan dibuat sesuai dengan tingginya ilmu Islam yang mereka miliki!

Jarang-jarang kita dengar golongan agamawan ini menjadi pimpinan tertinggi didalam UMNO, malahan seolah-olah tiada!
Bahkan golongan yang dikenali dengan rasuah,tabiat buruk dan pelbagai masalah pula yang semakin dijulang tinggi. Sebegitu ramai pimpinan UMNO yang ada sekarang bergelumang dengan rasuah didalam pemilihan parti yang lepas dan ini disahkan oleh pihak penyiasat UMNO sendiri! Itu rasuah didalam parti, yang diluar parti? Wallahua'lam...

Oleh itu, sangat wajar golongan agamawan di dalam UMNO merenung kembali siapakah mereka dihati UMNO sebenarnya...

sunsnake 29092010

JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno

Pengganjur munajat royalti Rakyat Kelantan hari ini menyelar keras tulisan seorang ulama muda Umno - yang berpendapat salah menetapkan angka, masa dan tempat bagi berdoa - memperlihatkan mereka seperti "balaci" parti itu dalam melawan tindakan yang tidak sealiran. "Diharapkan ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki Umno, dan mahu menjadi penegur Umno," kata jawatankuasa misi tersebut. Semalam, Fathul Bari Mat Jahya menulis dalam kolumnya di Malaysiakini bahawa menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul. Graduan hadis daripada Jordan dan Madinah itu berkata sekiranya rakyat Kelantan merasakan hak mereka dirampas, doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.

Berita Penuh

Khairy Jamaludin - Wira Buruh Bergaji Rendah!!!

KJ - Siapalah aku disisinya! wakakakak!


teman tak pasti ada tak si KJ ni bawak isu 'Gaji Minimum' ni ke Parlimen..
Selaku ahli parlimen daripada Bn yang pastinya akan diberi ruang seluas-luasnya oleh Speaker Yang Mulia.. Apalah perlunya dia nak memekak atas forum awam?

Nak cari modal publisiti murahan ke?

Oh ya! lupa pulak.. dia bukan ahli Kabinet Dapur Najib..
Setiausaha Kementerian pun tak layak!!!
Aduyaiii!! Kesian menantu abah!

sunsnake 28092010

Gaji minimum: Pemuda BN, MTUC berganding cari ‘semangat politik’

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pemuda Barisan Nasional (BN) bergandingan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) – dilihat julung kali menjalin kerjasama – menganjurkan forum umum gaji minimum bagi mencari kata sepakat yang boleh memanfaatkan kira-kira lima juta pekerja berpendapatan rendah.

Bagaimanapun kedua-dua ikatan politik dan pertubuhan bukan kerajaan ini menolak daripada melihat kerjasama itu dari sudut politik menjelang pilihan raya umum ke-13, tetapi yakin boleh memberi “tekanan politik” agar dasar gaji minimum meliputi semua sektor pekerjaan menjadi kenyataan.

Penganalisis melihat jumlah pekerja itu sebagai komponen yang signifikan dalam daftar pengundi yang boleh mencecah 12 juta orang menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua wakil MTUC dan Pemuda BN sudah mengadakan perbincangan minggu lalu mengenai kerjasama bersejarah ini.

Pemuda BN mewakili komponen 13 parti politik manakakala MTUC pula mempunyai sekitar 140 kesatuan gabungan yang aktif mewakili 500,000 ahli.

“Nampaknya, kami dan MTUC mempunyai kesamaan dalam matlamat dalam isu ini.

“Jadi, kami harap dapat menghasilkan tekanan politik untuk memastikan gaji minimum diperkenalkan,” kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Berita Penuh

Habis la Nurul Izzah!!! habisssss!!!


Habis la Nurul Izzah ni..
Paling-paling lewat petang nanti tercongok la Armand Ketua Pemuda PERKASA dan macai-macainya melolong-lolong depan opis YB nih!!
Siap bawa speaker lagi!!

Mesti antara ucapannya
"Kamu Nurul Izzah adalah pengkhianat kepada agama bangsa dan negara!!"
"Kamu Nurul Izzah tidak layak bercakap tentang PTPTN ni, ini adalah hak milik orang Melayu!!!"
"Kamu Nurul Izzah lebih baik diam! Kalau kamu berani mari turun ke bawah bersemuka dengan kami!"
"Kamu Nurul Izzah tidak layak jadi YB.. Nasib baik Shahrizat kalah kalau idak dah tentu kamu tak jadi YB!! Shahrizat ada lah Srikandi Melayu sebenar!!!"

wakakakak!!

Buat YB Nurul Izzah.. kalau datang si Armand ni karang.. mudah aje nak setelkan...
Minta tolong Akak PKR yang di Tropikana tu datang..
Setel!! Kompom tunggang-langgang berok ni berambus!!!!

sunsnake 29092010

Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Berita Penuh