Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, September 29, 2010

Hakim Pun Kena Hasut Ka Dato' Maslan?

Gelap.. segelap kasutnya!!!


Tahniah, Syabas dan Hebat!
Itu je yang teman leh ucapkan buat para peneroka yang sangat-sangat berani membuat tindakan menyaman Felda ni..

Bukan senang peneroka-peneroka ini nak buat keputusan ambil tindakan saman Felda nih!
Terlalu hebatnya cabaran dan risiko yang terpaksa mereka tempuh!
Lebih-lebih lagi tekanan pimpinan Felda a.k.a UMNO setempat!
Kompom!!!

Yang dah Berjaya.. Alhamdulillah.. gunakanlah hak kamu itu sebaik-baiknya!
Yang belum berjaya.. Berusaha dan jangan lupa pertalian dengan Allah SWT!
Kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu!

Jangan mengadu kat Ahmad Maslan!
Dia kan Ketua Kegelapan UMNO Malaysia!!!

Kalau ikut dia.. semua penghasut!!
Mungkinkah hakim mahkamah tinggi Kuantan ni pun mangsa hasutan?

err.. kalau Peneroka dihasut menyaman Felda,
siapa pula yang hasut Felda? UMNO? ke Ahmad Maslan?
Wakakakaka!!!

sunsnake 29092010

Peneroka menang lagi kes saman Felda

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.


Berita Penuh

Ahmad Maslan dakwa peneroka dihasut saman Felda

ALOR GAJAH 27 Sept. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

Berita Penuh

0 comments: