Malang sungguh nasib golongan ilmuwan Islam didalam UMNO..
Dapat kita lihat sejak dahulu..
Tokoh-tokoh yang hebat ilmu Islamnya..
Ustaz Firdaus misalnya..
Bekas Imam Besar Masjid Negara..
Seorang yang sangat teman 'ikon'kan sedari kecik teman mengenalinya melalui media TV..
Dimana beliau sekarang di dalam UMNO?
Adakah sebelum nyaris-nyaris melaksanakan Judi Bola hari tu..
Ada Kabinet Najib meminta pandangannya?
Dan yang paling malang, beranikah mereka bersuara menentang segala bentuk tindakan UMNO yang jelas salah dari segi Syara'?
Dan apabila mereka tidak berani, jadilah mereka sekadar 'balaci' yang hanya akan digunakan apabila UMNO terpaksa menghalalkan perbuatan mereka!
Sesungguhnya Ilmu Islam ini sangat luas melampau logik akal manusia!
Didalam UMNO, golongan 'ustaz' ini tidak lebih sekadar Tukang Baca Doa diawal mahupun diakhir majlis sahaja!
Didalam UMNO, golongan 'ustaz' ini tidak lebih sekadar akan diminta bersuara apabila keadaan terdesak!
Sedangkan sepatutnya, golongan ini adalah mereka yang sepatutnya diletakkan diatas sekali!
Sebagai rujukan awal dan rujukan akhir sebelum sesuatu tindakan atau keputusan dibuat sesuai dengan tingginya ilmu Islam yang mereka miliki!
Jarang-jarang kita dengar golongan agamawan ini menjadi pimpinan tertinggi didalam UMNO, malahan seolah-olah tiada!
Bahkan golongan yang dikenali dengan rasuah,tabiat buruk dan pelbagai masalah pula yang semakin dijulang tinggi. Sebegitu ramai pimpinan UMNO yang ada sekarang bergelumang dengan rasuah didalam pemilihan parti yang lepas dan ini disahkan oleh pihak penyiasat UMNO sendiri! Itu rasuah didalam parti, yang diluar parti? Wallahua'lam...
Oleh itu, sangat wajar golongan agamawan di dalam UMNO merenung kembali siapakah mereka dihati UMNO sebenarnya...
sunsnake 29092010
JK munajat royalti: Ulama muda seperti 'balaci' Umno |
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment