Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, September 25, 2010

Bukti Khir Toyo Pejuang Melayu Tulen!

Rumah Ketua Pejuang Melayu UMNO!


Iskk!!
Kerajaan PR Selangor ni tak habis-habis!
Memang pengkhianat negara!

tengok masa zaman Pejuang-pejuang Melayu UMNO memerintah dulu..
Rilek je UMNO bagi Syabas naikkan harga air..
Apa ada hal?
Dah perjanjiannya macam tu?
Kerajaan Pejuang Melayu UMNO nak buat macam mana?
Kerajaan Pejuang Melayu UMNO tak dapat nak buat apa-apa..
Sebab semuanya dah ada dalam perjanjian!

Sekarang..
Kerajaan PR sibuk nak nafikan hak Syabas!

Syabas nak naikkan harga air sebab ini adalah untuk Agama, Bangsa dan negara!
takkan Khalid Ibrahim tak faham-faham?
Kenapa dulu khir Toyo leh faham?
Sebab Khir Toyo adalah pejuang Melayu tulen!
Khir Toyo sanggup tinggalkan rumah teresnya untuk tinggal di rumah Banglo bernilai Rm24 juta lebih!!

Bukankah itu pengorbanan??
Takkan Khalid Ibrahim tak sanggup?

Nak kena Armand PERKASAK buat demo depan SUK pulak ke?
Demi Agama,Bangsa dan Negara!!!
wakakakak!!
sunsnake 25092010

SYABAS tuntut pampasan RM308 juta dari S'gor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut bayaran "pampasan" M308 juta dari kerajaan Selangor kerana mendakwa dihalang daripada menaikkan tarif air di Selangor.
SYABAS membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin. Katanya, syarikat tersebut menuntut pampasan itu kerana mendakwa mengalami kerugian kerana keengganan kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi. "SYABAS pada masa yang sama mengugut untuk mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian," tegas Faekah dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak gentar dengan tuntutan SYABAS itu.

Berita Penuh

Ali Rustam Gila 'Funfare"

Baik buat roda nih! ala untung maaa!!!


Dulu masa teman kecik-kecik..
Kalau ada 'Funfare' kat Pekan Slim..
Selalu ayah teman bawak.. bersama dengan adik-adik..
Dulu takde kereta.. jadi ayah teman hantor naik motor kami adik beradik sikit-sikit..
Kalau dah tau malam tu ayah nak bawak gi Funfare.
Sepanjang siang sanggup duk diam dalam rumah!
Suka gilerr!! takut terjatuh ke apa ke kalau main kat luar..
takut tak dapat gi!

Sekarang ni dah takde dah!
Kalau ada pun memang teman tak nak bawak anak-anak pergi..
Sebab apa?
Sebab banyak cabang lain hiburan untuk anak-anak..
dulu lain laa.. itu aje yang havoc pun!

emmm.. yang si Ali Rustam giler Spinning Wheel ni apahal?
Selangor yang kaya-raya pun tak layan benda-benda ni..
Melaka yang miskin pulak sibuk!!
Kot ye pun nak tingkatkan jumlah tourist..
ini je ke idea yang ada?
Aduyai!! siapa pulak la dapat kontrak nih!
sunsnake 25092010

Eye on M'sia: Belajar dari kesilapan, kata PAS

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam diingatkan supaya belajar dari kesilapan dahulu sebelum meneruskan cadangannya untuk membeli sebuah roda gergasi baru dari Cina yang berharga RM7 juta.
Ketua Penerangan PAS Bukit Katil Melaka, Yusof Wahab berkata kerajaan negeri sepatutnya belajar dari kesilapan dahulu di mana Eye On Malaysia yang dibawa dari Kuala Lumpur akhirnya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. "Sudahlah ia membazirkan duit rakyat jutaan ringgit, kini Eye On Malaysia yang menjadi lambang kegagalan kerajaan negeri tambah menyakitkan mata rakyat Melaka. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengulangi kesilapan lalu dengan membeli sebuah lagi Eye On baru?

Berita Penuh

Plat No Pun Nak Di'Mak Bapak'Kannya!


Hok aloh...
Teman heran betul..
Punya la sialnya MCA nie..
Plat nombor pun nak di'ekslusif'kannya..

Kalau betul-betul terjadi..
Kompom la JPJ dah jadi hakmilik makbapak depa punya!
Kompom la...

aduyaiiii...
Macam ni punya kes pun ada!!
Ingatkan CT Nurhaliza je gila nak bid no plat!

kalau dah kaya macam tu laaa..

errr.. plat ABB takde sapa nak bid ke? (Aku Budak Balun)!!!
wakakaka!
sunsnake 25092010

NGO: Plet MCA harus terbuka kepada orang ramai


Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf ''MCA'' yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA mendapat bantahan dari beberapa pertubuhan bukan kerajaan meskipun ia belum dilaksanakan.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman, berkata setiap parti mahupun mana-mana pertubuhan dan persatuan tidak wajar mempunyai nombor pendaftaran kenderaan yang tersendiri untuk menentukan kedudukan mereka. "Saya tidak setuju dengan nombor pendaftaran kenderaan untuk MCA itu, ia patut terbuka kepada semua (orang ramai) seperti biasa dengan tiada diskriminasi untuk mana-mana pertubuhan atau kedudukan mereka termasuk pekerjaan seperti doktor atau apa saja," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Berita Penuh

Mahkamah Pengkhianat??


Ciss!!!
Tergamak Mahkamah melepaskan pemfitnah pejuang bangsa ini!
Bukankah Rosmah itu ikon pejuang tulen melayu!
Bukankah Rosmah itu '1st Lady' Malaysia?
Malahan lebih tinggi daripada Raja Permaisuri Agung lagaknya!
Bukankah Rosmah itu lebih mulia daripada Queen Elizabeth?
Bukankah Rosmah itu sangat mulia hinggakan tidak perlu menutup aurat jika masuk ke Masjid?
Bukankah Rosmah itu ibu kepada anak-anak Najib yang juga Bapa 1Malaysia?
Bukankah Rosmah itu sentiasa benar melainkan tiada yang tidak benar belaka?
Bukankah Rosmah itu sangat sopan dan sangat cakna kepada kanak-kanak!

Dah tu?
Mengapa mahkamah sanggup melepaskan mereka yang memfitnah 'Maha hebat' ini?
Sungguh zalim mahkamah tersebut!

Yang benar
-Pencacai UMNO seumur Hidup"

wakakakakak!!
sunsnake 25092010

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM). Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan. Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Berita penuh

Bro Zunar Memang Terbaekkk!!

Respect giler teman kat Bro Zunar nih!!

Adakah ini satu 'gimmick' untuk launching buku terbaru??
Sebelum ni ramai gak yang tak berapa tahu pasal buku baru bro Zunar nih..
Tapi disebabkan 'publisiti' mahal daripada Polis yang sangat efisien nie..
terus meletup launchingnya!

Terima kasih buat Polis Malaysia yang maintain 'keras' terhadap PR..
Jangan lupa siasat balik kes Banting tu ye?
Jangan tiba-tiba senyap lak lepas nih!!

sunsnake 25092010


Pelancaran Cartoon-o-phobia dapat sambutan

Beberapa jam sebelumnya, polis menangkap kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque - yang lebih dikenali sebagai Zunar - dan merampas lebih 60 nashkah karya terbarunya - Cartoon-o-phobia.

Namun buku itu tetap dilancarkan seperti yang dijadualkan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di bawah pemerhatian polis.

Kira-kira 10 anggota polis berkawal di luar dewan dan mereka
meletakkan kon polis bagi menutup laluan masuk utama menuju ke tempat letak kereta.

Berita Penuh

Sah! Nizar Pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara!


Rasanya itulah yang ayat yang bersarang dalam sanubari Ibrahim Ali dan Armand PERKASAK sekarang ni bila terbaca statement DS Nizar nih!!

Wakakakak!
Woi Mahathir..
Kamu nak melayu jadi macam anak-anak kamu ke yang sampai tahap beli syer kilang arak?
Kamu nak melayu jadi macam anak-anak kamu ke yang liberal macam Sister In Islam tu?

Doktrin 'Hanya UMNO sahaja membela melayu' kamu tu..
Dah nak disimpan di Muzium dah..
UMNO itu sendiri dah nak dihumban jauh-jauh oleh rakyat Malaysia..
Sekali la dengan MCA,MIC dan segala jenis parti perkauman BN tuh!

Di Sabah & Sarawak ada beratus parti-parti perkauman yang perlu dibersihkan!
Percayalah.. parti perkauman tidak akan kemana..
Malahan.. negara tidak akan stabil keamanan antara kaumnya..
La ni antara kaum aman tapi tidak stabil!
Bila-bila masa leh jadi rusuhan kaum..
Kalau UMNO,MIC dan MCa memerintah lagi 10 tahun pun!
Inilah jadinya!

Hanya Islam yang mampu memberi keamanan dan kestabilan dalam isu perkauman..
Sebab semua kaum leh jadi Islam!

hmmm..

by the way..
Layak ke Mahathir ni cerita pasal melayu?
melayu ke dia? wakakakak!
sunsnake 25092010

Umno bukan Melayu hilang kuasa, kata Pakatan
Sep 24, 10 4:25pm


Menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Katanya, dakwaan Mahathir yang disiarkan di laman sesawang Umno-online, satu kenyataan bersifat perkauman. "Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.
Berita Penuh