Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, February 22, 2010

Mereka berjaya kami butakan! - Najib


Malangnya rakyat Sarawak terutama yang tinggal dikawasan pedalaman..
Maklumat melalui media baru khasnya dari Pakatan Rakyat semacam 'mustahil' untuk sampai.
Pastinya UMNO-BN menguasai 100% pemikiran mereka disamping sogokan kebendaan yang agaknya semacam lumrah bila tiba pilihanraya!

InsyaAllah, bersabarlah rakyat Sarawak terutama pendokong-pendokong parti-parti bukan BN.
Semoga Allah SWT memberi jalan yang tak disangka-sangka dalam usaha kita memerangi kezaliman UMNO-BN.
sunsnake 22022010

PM: Pembangkang tak mampu saingi BN di Sarawak
Feb 22, 10 4:14pm
Pembangkang tidak dapat memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang kerana sikap pengundi di negeri ini yang mempunyai penilaian berbeza semasa mengundi.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yakin keputusan pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan mempengaruhi sentimen atau sokongan pengundi kepada parti komponen BN Sarawak kerana rakyat mengambil kira isu setempat dan bukannya isu nasional semasa memilih calon mereka.

"Mereka (pengundi) lebih tertumpu kepada isu tempatan dan antara jadi pertimbangan ialah pembangunan luar bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan elektrik luar bandar bernilai RM5.8 juta di Rumah Radin, Lachau Ulu, Lachau di Sri Aman hari ini.

Najib berkata, BN
Sarawak mampu membawa kesinambungan pembangunan luar bandar di negeri kerana ini terbukti melalui pelbagai program pembangunan yang dibawa sejak dulu lagi.

Parti komponen BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).

Di dalam pilihan raya DUN Sarawak pada 2006, BN Sarawak memenangi 62 kerusi dengan kerusi selebihnya dimenangi oleh calon Bebas, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Ketika ditanya sama ada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ada berbincang dengannya mengenai tarikh pilihan raya DUN Sarawak akan datang, Najib secara berseloroh berkata: "Jika saya bincang pun, saya tidak akan beritahu anda."

Mengenai rancangan pengabungan PRS dan SPDP yang pernah disuarakan oleh kedua-dua pemimpin parti komponen BN Sarawak itu sejak 2006 tapi sehingga kini masih belum menjadi kenyataan, Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan kepada BN Sarawak untuk membuat keputusan.

"Apa yang difikirkan sesuai oleh BN Sarawak akan diterima oleh kami (BN) di peringkat pusat," katanya.

Mengenai kenyataan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN akan mengalami nasib sepertimana pada pilihan raya umum 2008 pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata kenyataan itu cuma retorik politik yang kosong.

"Saya serah kepada rakyat, tidak akan mendabik dada, saya akan tumpu buat kerja bela rakyat Malaysia di mana saja," katanya.

- Bernama

Dimana UMNO sesuai dikuburkan?




UMNO ajak berdebat?? Tuiihh!

Geli urat perut teman bila baca yang Pemuda UMNO Pulau Pinang
ajak Lim Guan Eng berdebat!!
Woit!! Korang suruh bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang lembut macam pondan tu Hishamuddin jawab pelawaan debat bekas Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub dulu!!

Dah sampai jadi bekas Ketua pemuda parti dahh dua-duanya.. Hishamuddin boleh pulak buat-buat lupa??

Teman dah naik hilang ayat dah nak gambarkan betapa terdesak, haru-biru, kelam-kabut, mati akal, hilang punca dah UMNO sekarang ni.. Agaknya macam tu la bila diambang sakaratul maut ye?

Serba tak kena! By the way? dimana nak dikuburkan UMNO ni nanti?
InsyaAllah.. semoga mereka kembali ke jalan yang lurus..

sunsnake 22022010

Tolak debat - DPMMPP, Umno dianggap bacul
Feb 22, 10 5:59pm
Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat',” katanya.

sumber-malaysiakini

Saiful CIFU + bloggers sesat UMNO = Kantoi!




sumber - MiLo SuaM

sunsnake 22022010


Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta supaya menyiasat satu blog yang mendakwa mempunyai bukti penipuan orang yang menuduh Datuk Seri Anwar meliwatnya iaitu Saiful Bukhari Azlan.

Blog itu, milosuam.blogspot.com memaparkan perbualan antara seorang blogger, Papagomo dengan Saiful Bukhari melalui facebook.

Berikut adalah rakaman perbualan melalui facebook yang disiarkan oleh blog Milosuam itu.

Kembara Amal Semarak Hijau di Sg. Tengi!


20 hb Februari 2010.

Bersempena dengan aktiviti 'Kembara Amal -Semarak Hijau" 2010 anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, beberapa aktiviti di seluruh Dun Hulu Bernam telah diadakan disepanjang 19,20 & 21 Februari 2010.

Dun Hulu Bernam telah dipilih sebagai Dun pertama penganjuran aktiviti tersebut. Aktiviti dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam ini mengandungi beberapa program seperti majlis Sarapan Pagi bersama Rakyat, Pelancaran Alternatif Riding Club(ARC), Servis Motor Percuma, Cuci Kereta Percuma, Jamuan Rakyat, Pentas Pemuda dan pelbagai lagi yang diadakan diseluruh kawasan Dun Hulu Bernam seperti Kalumpang,Hulu Bernam, Ladang Changkat Asa, Sg Selisek, Gedangsa, Gesir, Soeharto, Sg. Tengi, Sg. Tengi Selatan dan SKC mengikut kemudahan dan keperluan masyarakat setempat

Bertempat di Dataran Desa Maju Sg. Tengi, telah berlangsung satu aktiviti kemasyarakatan dan informasi iaitu "Sarapan Pagi Bersama Rakyat" dan "Servis Motor Percuma sempena pelancaran ARC Hulu Selangor".

Majlis Sarapan Pagi dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor manakala aktiviti Servis Motor Percuma dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Bernam.

Beberapa rakaman peritiwa menarik sepanjang aktiviti tersebut.


Ucapan alu-aluan daripada Pengarah aktiviti hari tersebut.


"Selamat Datang ke Pusat Khidmat Masyarakat anda!"


Sedikit makanan untuk sarapan pagi bersama


Kaunter pendaftaran Ujian Lesen memandu juga turut disediakan oleh Agensi Swasta


"Servis Motor Percuma" pun bermula! Bagi pomen 'pekena' sebatang rokok dulu!


Pomen Veteran juga tidak mahu ketinggalan menunjukkan bakatnya!
Steady lah pakcik!! Takbirr!!


Sementara itu kaunter ujian memandu terus mendapat sambutan hangat!


Banner istimewa dari kami! hehehe


Pomen-pomen menunjukkan kehebatan masing-masing pada hari tersebut!
"jangan melotop udah moto pakcik tuhh!!"
-ujar seorang pakcik sambil makan nasi lemak!


Aduhhh.. spanar patah pulakk!!
pakcik ni welding ko skru tank minyak itam dia nih??


Lagi ketibaan motor-motor untuk diservis..
Sambil-sambil tuan motor leh pekena sarapan percuma dulu!! Alhamdulillah..


"Tak boleh jadi ni.. kena tengok sendiri gak.. kang betul-betul meletop motor aku dibuat dek budak-budak nih!!" - pakcik tadi lalu terus meng'usha' motor beliau...


Ketibaan team ARC Malaysia dari Sepang!
"apa lambat sangat bro??"
"Sorry bang, pagi ni angin sentimental datang lak..
so kitorang bawak slow jee.. maintain 80km/j je.."

"leh caye ke korang bawak moto ni kat highway 80km/j?? heeiii.."


Saudara Hanizam menunjukkan kemahirannya..
Bagaimana memandu dengan cara yang betul dan selamat.



"Ahhh!! Ko tepi sikit! biar aku pulak tunjuk kat mamat tu..
ingat dia bagus sangatt!!"
ujar Pakcik berkopiah belakang tu!


"uissshh!! baru semalam aku tukar brake pad motor ni..
apsal lak brek tak makan nih! time ni la pulak!!!"


"Walaupun brek aku tak makan, tapi dapat hadiah gakk!! ok la tuh!!"


"Ucapan penutupan majlis oleh Ketua Kampung, 'otaimer' Sg. Tengi!
Terima Kasih Ayahanda!


Konvoi Pemuda PAS Ampang turut hadir memberikan semangat!
Steady lah syeikhhh!!!


Anak Mude Geng Kite!


Sesi Wajib!
Bergambor sebelum balik
(Gambar ini juga telah disiarkan di Akhbar Sinar Harian edisi Selangor/KL 21.02.2010

sumber - PAS Zon Bukit Beruntung

Pertahankan Pusat Serenti, ia milik Melayu!!! -KJ



Melayu mesti Juara..


KUALA LUMPUR- Pemuda Ameno mahukan kerajaan mengambil langkah perlu bagi memastikan kedaulatan pusat-pusat serenti di seluruh negara terjamin. Ketuanya, Kairu Jamiludin berkata ini berikutan ada ura-ura pihak berkuasa untuk membuka kuota pusat itu kepada bukan Melayu.

"Pusat serenti adalah milik Melayu dan ia mesti dipertahankan. Kalau kita tidak membelanya, lama-lama kita akan terpinggir di bumi sendiri. Sebelum ini mereka (bukan Melayu) mahu masuk UiTM, kemudian mereka mahu sebut tuhan kita, sekarang mereka menuntut hak agar dapat masuk pusat serenti pula. Lepas ni siapa tahu mungkin baju Melayu di pakai mereka, mana boleh" tegas Kairu.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda Ameno akan melakukan apa sahaja bagi memastikan hanya orang Melayu berhak menjadi penghuni pusat-pusat serenti di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata pusat-pusat serenti sangat penting kerana ia adalah tunggak kerajaan Bee End di bawah konsep '1 Malaya', sekiranya orang melayu tidak lagi mengambil dadah, mereka akan berfikiran waras dan tentu tak akan menyokong Ameno lagi. Kita tidak akan biarkan ini berlaku" tegasnya.
Kairu juga berkata adalah suatu perkara yang tidak masuk akal jika mereka (penghuni pusat serenti) menyokong Pembangkang.


Ditanya apakah tindakan selanjutnya, Kairu berkata Pemuda Ameno akan memastikan tahap-tahap kecemerlangan pusat-pusat serenti di negara kita dipertingkatkan agar setanding dengan pusat serupa di luar negara termasuk menambah bilangan penagih serta memberi subsidi dadah kepada penghuni. Malah beliau sendiri berharap agar kerajaan negeri menambah bilangan pusat-pusat serenti selain kemudahan canggih dengan mengambil contoh yang dilakukan oleh Datuk Ali Rustam di Melaka demi kepentingan rakyat Melayu. Sesuai dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan.."

Beliau sebelum itu mengetuai Exco Pemuda Ameno mengadakan demonstrasi di depan pusat serenti Sungai Besi, dekat sini. Ketua Polis Daerah Petaling apabila dihubungi berkata polis tidak dapat mengambil tindakan kerana bilangan demonstran yang hadir hanya empat orang, sedangkan Akta Polis menetapkan tindakan hanya boleh di ambil bagi kumpulan yang berhimpun melebihi lima orang. - Utusan Meloya.


[di petik dari sebuah komik : isu dalam kartun] - telah di tokok tambah sedikit..

sumber

Rumah anak dara orang UMNO leh masuk tak?



Woitt!!
Aduhhh!!! 2-3 hari ni teman sibuk..
Tak sempat nak tulih2 dalam blog 'kecil' teman nih!

Tetiba terbaca hal paling remeh dan antara persoalan paling bodoh diantara yang terbodoh pernah UMNO persoalkan!!

UMNO - "Apsal kami tak boleh keluar masuk pejabat Ketua Menteri sesuka hati?" - Reezal Merican (dia ni melayu ko? namo ado 'ee' pulak?)

Lebih kurang itulah maksud mamat ni yang teman paham...

Nak maki ke idak ye? huufffffff!!! Tarik napas dalam-dalam..
Istighfar banyak2...

Alangkan pejabat Guru Besor pun cikgu-cikgu tak berani masuk sesuka hati..
Alangkan pejabat Kadhi Daerah pun kerani pejabat agama tak berani masuk sesuka hati..
Alangkan pejabat Masjid pun siak tak berani nak masuk sesuka hati..

INIKAN PULAK PEJABAT KETUA MENTERI!!!

Apsal la UMNO ni makin lama makin bengap?
Apsal la makin lama makin tak relevan pemimpin-pemimpin UMNO macam 'ee' ni?

isu sampah macam ni pun nak jadikan hal?
Isu 'Berarak Maulud Nabi' hari tu pun terus senyap kacang antu nih!

Nama pun pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,
nak jumpa ikut prosedur lah..
dulu Zaman Koh Tsu koon, ape? Pejabat tu jadi rumah tumpangan pemuda UMNO Malaysia ke?

awat la melayu tak sedaq lagi dengan kebodohan UMNO niee??

sunsnake 22022010

Larangan masuk pejabat KM arahan pentadbiran biasa
Feb 20, 10 5:22pm
Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini menjelaskan arahan melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangan pejabat itu daripada memasuki ruang pejabat ketua menteri di tingkat 28, Komtar adalah peraturan pentadbiran biasa.

Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Farida Hani M Yacob berkata arahan itu bukan bermaksud tidak membenarkan pelawat datang ke pejabat ketua menteri, tetapi sebaliknya ia bagi memastikan orang ramai tidak sesuka hati memasuki ruang pejabat itu.

"Jika dia (pelawat) nak jumpa pegawai tertentu contohnya nak jumpa saya, saya boleh bawa dia masuk ke ruang pejabat. Itu tidak ada masalah.

"Cuma kadang-kadang pelawat yang datang tak buat temu janji. Kita tak tahu apa urusan dan kita tak boleh benarkan orang sesuka hati keluar masuk pejabat Ketua Menteri," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa tingkat 28 dan beberapa tingkat yang lain di Komtar diwartakan sebagai zon larangan dan pelawat perlu mendapatkan pas pelawat daripada pengawal di tingkat tiga untuk pergi ke tingkat-tingkat berkenaan.

"Bukan bermaksud zon larangan itu kita tak bagi orang naik. Orang boleh naik dengan kebenaran iaitu setelah mendapatkan pas daripada pengawal di tingkat 3 dan selepas itu bolehlah pelawat itu naik ke tingkat 28 dan jumpa pegawai yang beliau ingin jumpa," katanya.

Semalam, Pemuda Umno menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melarang semua pelawat dan pegawai selain kakitangannya daripada memasuki ruang pejabatnya di tingkat 28.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata arahan yang dikeluarkan dalam satu memo bertarikh 28 Jan lepas itu menyukarkan orang ramai untuk membuat urusan secara terus di pejabat ketua menteri.

- Bernama