Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 3, 2010

Inilah Rahsia "Ketuanan Melayu"!! Bukti Kukuh!

Hidup Melayu!!! Hanya Kami Sahaja Yang Mampu Membela Melayu!!! Sial!



"Appaaaa??? Petrol 95 naik 5sen? Diesel naik 5 sen? Gula naik 20sen? Gas naik 5sen? Macam mana boleh jadi lagu tu? Takpalahh.. nak buat macam mana.. Kita WAJIB bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia... Kita kena sahut saranan Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib bahawa kita kena bersyukur.. Yang penting Ketuanan Melayu terjaga!!! Kalau tak dak duit kita pi minta kat Ketua UMNO Bahagian.. kompom dapat punya... Dialah Tuan kita sebenarnya.... bukan melayuuuu!!!"

Kata seorang ahli UMNO Piaww di sebuah kedai kopi di Bukit Beruntung Selangor...

Sial punya UMNO!

p/s:
jam 9.30 malm tadi..
beratus kereta berbaris di kesemua stesen minyak di kawasan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa Hulu Selangor.. hmmm..
Kesian rakyat Malaysia...
Sayu hati teman tengok wajah-wajah cemas mereka sambil
menunggingkan nozle ke tangki kereta...
Negara sendiri ada minyak tapi kena minta sedekah subsidi pada Kerajaan Malaysia!
Siapa yang undi siapa sebenaqnya nih??

sunsnake 03122010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Berita Penuh

Isu Syabas - Kerajaan Selangor Tak Tau Dek Untung!



Apa la Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor neh!
Bukan main lama UMNO mengetuai Kerajaan Selangor Darul Ehsan neh!
Sejak hari pertama Kemerdekaan lagi!

Rakyat Selangor hidup aman damai..
Bebas bergembira...
Sehinggalah Air Selangor diswastakan oleh Tun Dr Mahathir dalam era penswastaan lama dulu!

Kerajaan UMNO Selangor telah berjaya menswastakan air sehinggalah kita dapat lihat apa yang dapat dikecapi oleh Syabas kini!

Kemajuan Syabas itu adalah kemajuan melayu!
Kejayaan Syabas itu adalah kejayaan melayu!
Kehebatan Syabas itu adalah kehebatan melayu!

Jika jatuh Syabas... Jatuhlah melayu!
Jika tumbang Syabas... Tumbanglah melayu!!

Benar tak kata teman nih?
Tak benar?? mustahil!!
Jika tidak benar..
Masakan Kerajaan UMNO Selangor dahulu tergamak buat perjanjian yang langsung tak menguntungkan melayu?
Jika fitnah..
Masakan Kerajaan UMNO Selangor dulu sanggup mengkhianati melayu? Ketuanan Melayu?

Masakan Mat Taib sanggup mengkhianati melayu!
Masakan Abu Hasan Omar sanggup meneruskan pengkhianatan Mat taib itu?
Mustahil Khir Toyo tidak tahu akan perjanjian air dengan Syabas itu suatu jenis pengkhianatan kepada bangsa melayu!
Mustahil!!
UMNO ini adalah satu-satunya parti yang mampu menegakkan Ketuanan Melayu setegak-tegaknya!

Takkan sepanjang-panjang Mat Taib memerintah sampai la MB UMNO yang terakhir Khir Toyo tidak ada satupun MB Selangor yang dapat mengesan akan pengkhianatan ini?
Jika ianya suatu pengkhianatan lah..
Mana mungkin UMNO mengkhianati Melayu? Mustahil!
Hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah dan memastikan melayu terus terbela!

Bagaimana tidak sampai 3 tahun Khalid ni jadi MB, terus terbongkar?
Mengapa tidak sampai 3 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor..
Kerusi Pengerusi Syabas jadi panas!!
Kenapa hanya kini setelah berpuluh tahun mengaut keuntungan hasil perjanjian 'Amanah' dengan Kerajaan UMNO Selangor.. akhirnya kini baru segala sibuk?
akhirnya kini baru ada gerakan mahu mengubah perjanjian dengan Syabas?

hmmm... Lagi mahal rakyat kena bayar ke Syabas..
Semakin hebat "Ketuanan Melayu" pada UMNO Selangor agaknya....

sunsnake 03122010

Penswastaan air: Mengfaraidkan harta awam