Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, June 9, 2010

Duhai Umat Islam - Adakah Kau Lupa???



kembalikan kegemilangan perjuangan Islam di bwh 1 perjuangan.. hapuskan perjuangan2 mengikut bangsa yg memecahkan wilayah Islam kepada negara2 bangsa..

Perjuangan bangsa inilah yang memecahbelahkan umat islam didunia.Dahulu bangsa arab bersatu di bawah satu naungan khilafah.Tapi apabila dijajah, mereka telah dipisahkan dengan membangkitkan semangat berpuak-puak(bangsa).Akhir
nya terbentuklah negara2 arab yg dahulunya berada di bawah satu naungan.

Sedar atau tidak, Inilah strategi licik lagi terancang negara2 penjajah kafir dalam melumpuhkan gerakkan islam. Menubuhkan gerakkan bangsa bukan hanya dapat merealisasikan cita2 mereka, malahan dapat mengembangkan pengaruh mereka dengan mudah. Oleh yang demikian, kita sebagai umat islam harus sedar akan permasalahan ini. Membangkitkan semula gerakkan islam adalah wajib dan melumpuhkan gerakkan bangsa adalah sunat untuk kita perjuangankan.

Dalil2 kenapa kita wajib menentang perjuangan bangsa. Antaranya :

1)Dalam hadith yang agak panjang baginda melarang umat Islam dari mengikut faham racialisme, kebangsaan sempit dan kekabilahan. Menurut Redaksi Fatwa Islam Online:

Baginda Rasulullah pernah mencela faham asabiah yang keji itu dengan mengatakan: Tinggalkan amalan berkenaan kerana dia tengek atau busuk.

2)Dalam Sunan al Nasai diriwayatkan hadith berikut ( Hadith 4046):

“Siapa yang berjuang di bawah panji-panji buta (sesat), berjuang kerana motif Asabiah; marah kerana dorongan Asabiah maka kematiannya adalah (atas landasan) jahiliah.”

3)SABDA RASULLULLAH S.A.W..:
"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah(kebangsaan),bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

4)Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud:
"Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Jenaka Dari Malaysia Berkenaan Isu Serangan Israel


Malaysia cadang dakwa Israel ke ICC

KUALA LUMPUR 6 Jun - Malaysia akan mencadangkan kepada Turki yang sembilan rakyatnya dibunuh komando Israel semasa kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara ke Gaza diserang Isnin lalu supaya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Gesaan ini terkandung di dalam usul khas yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen esok, seperti dipetik dari laman web Parlimen, www.parlimen.gov.my. Statut Rome ICC merujuk kepada tindakan untuk membicarakan dan menghukum individu yang telah melakukan pembunuhan kaum dan jenayah antarabangsa yang kejam.

Usul itu bagi mengutuk tindakan komando Israel menyerang kapal Mavi Marmara dan membunuh sembilan aktivis kemanusiaan dari Turki dengan berpuluh-puluh lagi cedera di samping menahan beratus-ratus anggota bantuan tersebut termasuk 12 orang dari Malaysia. Sembilan aktivis Turki yang terbunuh dalam serangan komando Israel ke atas kapal bantuan menghala ke Gaza telah ditembak sebanyak 30 kali dengan lima daripada mereka maut akibat tembakan di kepala. Keputusan bedah siasat menunjukkan kebanyakan mangsa dihujani peluru 9mm dengan sebahagian besarnya dari jarak dekat. Komando Israel menyerang flotila kapal bantuan yang mahu menghentikan sekatan laut ke atas Gaza pada Isnin lalu. Perdana Menteri dalam pembentangannya itu juga menggesa negara-negara lain untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi merujuk situasi akibat serangan tentera rejim Zionis Israel ke ICC. Selain itu, melalui pembentangan usul tersebut esok, Najib juga akan menggesa negara-negara lain mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sumber: Utusan Malaysia 07/06/10


Jenaka Dari Malaysia?

Amat malang apabila para pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini tidak mengambil penyelesaian yang diberikan oleh Islam bagi menyelesaikan setiap isu yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu perkara, para pemimpin umat Islam hari ini lebih rela merujuk masalah yang mereka hadapi kepada institusi kufur. Sedangkan dalam masa yang sama mereka mengaku beriman kepada Allah SWT dan RasulNya. Firman Allah SWT:

”Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”.
[TMQ An-Nisaa’ (4) : 60].

Apakah para pemimpin sekular ini menyedari bahawa merujuk sesuatu isu umat Islam kepada badan kufur seperti ICC adalah sebenarnya suatu perkara yang cukup hina dan suatu tindakan bunuh diri politik yang cukup memalukan. Apa yang nyata, para pemimpin sekular hari ini masih terus mengharapkan badan kufur taghut seperti ICC bagi menyesaikan masalah yang mereka hadapi sedangkan Islam sebagai suatu cara hidup yang telah dijamin kesempurnaannya telah menurunkan suatu cara hidup yang lengkap dan penjelasan bagi setiap perkara. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang paling besar semuanya telah diperjelaskan oleh Islam.

Telah terlampau banyak bukti yang boleh kita paparkan betapa Israel selama ini tidak pernah tunduk kepada desakan badan-badan dunia. Israel tidak akan pernah menghiraukan sebarang bentuk kecaman dan bantahan dari seluruh dunia. Apakah Najib tidak pernah peduli dengan kisah ketegasan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam membela nyawa dan darah umat Islam? Sabda Rasulullah SAW: ” Rasulullah SAW bersabda: "Bagi Allah, hancurnya bumi beserta isinya adalah lebih ringan dibanding terbunuhnya seorang Muslim". Di dalam al-Quran, Allah SWT juga menegaskan bahawa tindakan membunuh seorang manusia tanpa ada alasan yang haq berarti seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Firman-Nya:

”Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya." [TMQ Al-Maidah (5) : 32].

Rasulullah SAW juga tidak sekadar melafazkan kata-kata semata-mata, tetapi membuktikannya dalam bentuk tindakan. Salah satu dari tindakan baginda dalam merealisasikan kata-katanya adalah ketika ada seorang Muslim yang syahid dibunuh oleh orang-orang Yahudi di pasar Bani Qainuqa'. Lelaki Muslim ini terbunuh kerana membela seorang wanita Muslimah yang diperleceh kehormatannya di pasar Yahudi itu. Rasulullah SAW bersikap tegas dalam menyelesaikan isu tersebut di mana seluruh penduduk Yahudi Bani Qainuqa' diusir dari kota Madinah kerana telah melakukan pengkhianatan. Ini merupakan bentuk penghargaan Islam terhadap nyawa manusia dan perlindungan ketua negara terhadap rakyatnya.

Sudah terang lagi bersuluh. Tidak ada solusi lain lagi untuk menyelesaikan masalah kebiadaban Israel ini kecuali jihad fi sabilillah. Seharusnya, sebagai pemimpin umat Islam, Najib menyerukan jihad ini. Bukannya terus menerus ’berjenaka’ dengan cadangan kosong, berulang-ulang kali, setiap kali Israel mengganas.

sumber- jebbat.blogspot.com

Bangunan Parlimen Baru - Kroni siapa la dapat projek nih!


Teman hanya sekali pernah masuk ke Bangunan Parlimen..
Masa Sekolah rendah.. lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur!
Masa tu teman dan kawan-kawan dapat masuk ke dalam Dewan Rakyat beb..
Teman siap dapat duduk di kerusi Ahli Parlimen teman waktu itu..
Ahli Parlimen Tg Malim, Loke Yuen Yow.. perrgghh!!

So, teman tak tau la apa kondisi bangunan Parlimen la ni..
yang sampai nak kena buat Parlimen baru nih!
Hmmm.. ke nak kena habiskan duit negara secepat mungkin sebelum Kerajaan BN dihumban jauh-jauh oleh rakyat!

sunsnake 09062010

Parlimen Baru RM800 Juta Di Putrajaya?

KUALA LUMPUR: Kabinet telah mempertimbangkan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai bangunan warisan.

Perkara itu diputuskan oleh Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengenai kos dan tempoh memulihara dan menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

Nazri berkata, bangunan Parlimen yang baru itu akan memberi lebih keselesaan di samping memenuhi pertambahan Ahli Parlimen pada masa ini.

Jawapan bertulis itu sebenarnya mengatakan Kabinet telah memutuskan untuk mempunyai bangunan baru di Putrajaya, namun Nazri ketika ditanya di lobi Parlimen mengatakan Kabinet masih lagi mempertimbangkan untuk memindahkan bangunan itu.

Beliau berkata, keputusan akhir akan dibuat hanya selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji perkara berkenaan.

Parlimen sedia ada dibina pada September 1962 berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Bangunan tersebut yang bernilai RM18 juta ketika itu merupakan idea Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Kompleks Parlimen itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bangunan utama yang mempunyai bangunan tiga tingkat dan bangunan menara 18 tingkat.

Antara kedua-dua bangunan itu mempunyai dewan perhimpunan negara iaitu Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Negara (Senat).

Sumber - mStar

Kuasa APCO semakin jelas kelihatan di Malaysia!


Hm.. banyak logiknya hujah Nik Amar ini..
Memang semakin jelas kuasa APCO kepada Kerajaan Malaysia walaupun sering dinafikan oleh Najib dan konco-konconya!
Ye laa.. siapa nak mengaku berak tengah jalan dow??

Pada teman, Najib inilah Perdana Menteri malaysia yang paling banyak buat flip-flop!
Melebihi Pak Lah beb!
Umum sesuatu lepas tu bila tengok rakyat bangun melawan, terus declare
belum muktamad! Start dari nak naikkan harga minyak..
lesen jual gula.. GST.. la ni judi sukan pulak??

hmm.. mengapa la makcik-pakcik UMNO Felda tak nampak-nampak!
Apsal la budak-budak rempit tak tahu?? hehehe
sunsnake 09062010

Trend Anti Islam Cuba Dikembang, Apco Disyaki Sebagai Dalang

Pas melahirkan kebimbangan atas trend anti-Islam yang ditunjukkan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN).

Exco Kelantan, Nik Mohd Amar Abdullah mengesyaki trend anti-Islam ini dipengaruhi persekongkolan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan firma rundingan antarabangsa, Apco Worldwide.

Nik Mohd Amar berkata Umno menunjukkan sikap anti-Islam secara terang-terangan seperti meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd semenjak Najib menerima khidmat nasihat dari Apco Worldwide.

Kegelinciran moral pimpinan Umno membimbangkan Pas kerana ia bermakna gagasan pemerintah sedia menghalalkan cara asalkan kesinambungan politik dikekalkan, termasuklah keengganan untuk bertindak ke atas kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Gaza.

"Apabila serangan tentera Yahudi ke atas kapal Mavi Marmara, apa kenyataan balas Najib? Apa sikap kerajaan Malaysia? Langsung tidak mengutuk serangan berkenaan, cuma dia menyambut (sukarelawan) yang balik (dibebaskan) bagi mengambil kesempatan atas isu berkenaan.

"Ini buktikan sebenarnya tidak mahu menyokong gerakan Islam, ditambah lagi dengan meluluskan lesen judi, berbeza dengan Lim Guan Eng yang langsung tidak terima judi apabila bertindak mengisytiharkan secara terbuka Pulau Pinang tidak akan mengeluarkan lesen judi bola.

"Hanya UMNO luluskan judi berkenaan seperti yang diumumkan Awang Adek Husin baru-baru ini," katanya.

Nik Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussein sebelum ini yang berkata pemberian lesen judi sukan kepada syarikat milik hartawan Tan Sri Vincent Tan adalah atas dasar keprihatinan kepada isu sindiket judi haram.

Berita Penuh

Obama: Pembohong besar yang masih dipercayai oleh pemimpin negara umat Islam


Dunia Islam belum yakin dengan Obama

KAHERAH: Setahun selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyampaikan ucapan bersejarah kepada dunia Islam, mesej perdamaian yang dinyatakan beliau terus dikaburi pandangan bahawa sokongan negaranya kepada Israel tidak akan berubah.

Di sebalik pertelagahan berprofil tinggi dengan Israel mengenai pembinaan penempatan Yahudi, Obama tidak bersedia atau tidak mampu menggugat persepsi sokongan padunya untuk Israel, kata penganalisis.

Hakikat ini terbukti dengan reaksi berhati-hati yang ditunjukkan Washington dalam peristiwa serangan ke atas misi bantuan ke Gaza, Ahad lalu.

“Sikap Amerika mengesahkan kepada dunia Arab bahawa Obama tidak berupaya menukar dasar Amerika di wilayah itu secara dramatik.

“Wujud dua pendapat di dalam perkara ini. Pertama, Obama mungkin jujur dan akan menunaikan janjinya ketika berucap di Kaherah, bagaimanapun pada masa yang sama beliau berpandangan cetek. Reaksi yang ditunjukkan pentadbiran Obama dalam perkara ini menyerlahkan hakikat bahawa kedudukan beliau hanyalah satu retorik,” kata penganalisis dari Pusat Kajian Politik dan Strategi Ahram, Imad Gad.

Ketua Pemerhati Negara Arab yang beribu pejabat di Paris, Antoine Basbous, berkata keadaan ini menjadikan Washington kelihatan tidak ubah seperti ‘bapa pembaptisan antarabangsa’ bagi Israel, di sebalik langkah pentadbiran Obama untuk mengurangkan ketegangan dalam hubungan dengan negara Islam.

Ia termasuk keputusan menggugurkan terma ‘perang ke atas keganasan’ dan sokongan Washington ke atas perjanjian pencegahan kuasa nuklear yang tidak memasukkan dan tidak mengisytiharkan senjata nuklear Israel. – AFP

Sumber: Berita Harian 04/06/10

Pembohong besar yang masih dipercayai oleh pemimpin negara umat Islam

Ucapan Obama di Kaherah satu ketika dahulu adalah hakikatnya satu pembohongan besar, setelah kita boleh memperhatikan perkara-perkara berikut:

i). Tidak ada usaha untuk membebaskan tahanan Guantanamo yang masih perlu dibuktikan bahawa mereka terlibat di dalam keganasan dan menutup penjara tersebut.

ii). Penambahan operasi ketenteraan di wilayah Pakistan dengan memberikan dana besar kepada tentera Pakistan untuk memerangi umat Islam yang telah mengakibatkan berjuta-juta menjadi pelarian di lembah SWAT.

iii). Membuat pengeboman menggunakan pesawat kendalian jauh (drone) dengan alasan untuk memerangi Taliban di sempadan Pakistan dan Afghanistan tetapi telah mengakibatkan beratus-ratus orang awam terbunuh.

iv). Dengan kerjasama tentera NATO, ratusan orang awam terkorban di Afghanistan, dengan alasan memerangi Taliban.

v). Masih menyokong Israel dan dalam ucapannya selalu menyatakan komitmennya terhadap keselamatan dan
keamanan rantau tersebut, namun menutup sebelah mata banyak konflik di sana, seperti konflik penempatan haram Yahudi di wilayah yang diduduki oleh Israel.

Telah nyata sekali pembohongan Obama, namun para pemimpin negara umat Islam masih mempercayai janji-janji palsunya dan terus sanggup menjemputnya melawat negara masing-masing dan melayannya seperti sahabat akrab. Rujuk Sautun Nahdhah edisi 213 keluaran 26 Mac 2010, sempena lawatan rasmi Obama ke Indonesia

sumber - jebbat.blogspot.com

Kutukan Dunia - Adakah Israel peduli?


"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani". Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar"
Surah Al-Baqarah, Ayat 111

sunsnake 08062010

2 lagi mayat pejuang Palestin ditemui

09/06/2010 2:53am

GAZA 9 Jun - Dua lagi mayat pejuang Palestin yang ditembak oleh tentera laut Israel dalam sebuah bot di perairan Genting Gaza kelmarin di temui semalam, menjadikan jumlah mangsa pembunuhan kejam pengganas tentera rejim zionis Israel dalam serangan itu meningkat kepada enam orang.

Ketua perkhidmatan kecemasan di Genting Gaza semalam berkata, mayat kedua mangsa itu didapati terdampar di pantai. Empat mayat lagi telah ditemui kelmarin.

Menurut jurucakap kumpulan Briged Syahid Al-Aqsa yang merupakan sayap pejuang bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, kesemua mangsa sedang dalam misi latihan. -Melayau

Ketua Pemuda PAS Selangor ditahan Polis Israel!

Polis kita..


Polis deme...

4 ditahan sebelum ceramah 'Yahudi & Judi'

Jun 9, 10
2:08am


Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

Berita Penuh

Kriket Antarabangsa di Tanjung Malim!

Masa teman dok ambil angin kat Proton City Tanjung Malim ahad baru ni.. Teman merasa sungguh bertuah kerana berkesempatan menonton satu perlawanan kriket bertaraf Antarabangsa! Maunye idakk!! Bukan rakyat Malaysia yang main kira taraf Antarabangsa la tu ye tak?? wakakaka!

Perlawanan diantara 2 pasukan kriket ini disaksikan lebih ribuan penonton yang berbilang bangsa! Wah! mudahnya mereka mencari glamour! Ada melayu, ada cina, ada india, ada bangla malahan myanmar pun ada yang menonton perlawanan mereka!

Sama-sama kita saksikan dibawah!! hadoiii!



Sape nak layan game macam ni.. datang la Proton City! hua hua hua!

Nyinggah ke Proton City

Masjid Proton City ni wehh!!

Haaaa.. kali ni teman nak promote skit tempat teman nih..
Apa lagi kalau bukan Tanjung Malim / Slim River!!
Aaa?? tak tau tempat ni??
hmmm.. kenal Adun Behrang si Jamal Posmen?
haaa... tau pun!! wakakakaka!

Salah satu tempat menarik disini adalah Tasik Proton City...
ok lahhh.. buat jalan-jalan petang-petang amik angin..
buang angin pun bulehhh!!

Ada jogging track buat yang nak berjogging...
Ada taman permainan kanak-kanak yang agak terhad..
Ada tasik buat melepak.. budak2 UPSI pun ada gak yang berkayak kat sini..
Ada Bangla yang menjadikan tasik ni port main kriket! wakakaka!

So, kesimpulannya.. kot-kot lalu kat Tg Malim ni..
Nyinggah la kat sini.. dekat jee..
Tuju je ke Kilang Proton Tg Malim..
belakang tu jeee... GPS sudahhh!!!

sunsnake 09062010
Syahdu tak view nih!! hehehe


View dari taman permainan kanak-kanak




Keseluruhan air tasik dialirkan kesini...


Rumah besor tu teman dah book! tapi book kat pakcik jaga tu je laaa!!


Siap ada pintu gerbang ke pelantar atas air..


Dilarang memancing disini!!! Buat penuh kotak rokok je!




Ada jambatan tuhh!!! Sempoii!


Dari anak sungai inilah air tasik ini datang.. err.. ke longkang?? aduhhh!



Bekas area polo air.. kot??


Wehhh!! jangan dekat benor dengan gigi ayor tuh!! dah senja nihhh! moh balik!!