Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 20, 2010

Karpal Singh Buat Hal Lagii!


Teman cuma terfikir..
Kalaulah Karpal Singh ni tiba-tiba kata..
Saya setuju dengan Negara Islam dengan syarat, ianya diubah melalui Perlembagaan..
Mau semua bloggers UMNO menangis 40 hari 40 malam!!
Wakakakaka!!

Kekuasaan Allah itu seluas langit dan bumi!
Malahan lebih luas dari itu! Maha Luas!!

Segala-galanya berkemungkinan dengan keizinanNya..

Teman berdoa agar didalam isu ini, sesuatu boleh dicapai oleh kesemua pimpinan tertinggi parti.

Allahuakbar!

Persoalannya... apa pencacai UMNO nak jawab nehh??
sunsnake 20122010

Isu negara Islam PAS boleh dibincang, kata Karpal
December 19, 2010

KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu ‘duri dalam daging’ dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan ini berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Di akhir ucapan itu, Karpal, 70, yang menggunakan kerusi roda diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen.

Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.

“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.

Berita Penuh

Benarkah Dun Tenang 'tenang' Menanti Petugas PR?

Perasan tali merah kat lengan kiri dia?...
kita jumpa di Tenang! itu gamaknya sound mamat nih!!



Teman mengucapkan takziah buat kaum keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, YB Dun Taha yang meninggal dunia baru-baru ini.. Al-Fatihah..

Secara tiba-tiba teringat akan apa yang pernah berlaku di Bagan Pinang semasa PRK tempoh hari..
Pada teman ada persamaan antara Tenang dan Bagan Pinang iaitu kedua-dua adalah tempat yang totok UMNO dan negerinya juga totok UMNO!

Teman masih kemas menyimpan bagaimana brutalnya pemuda-pemuda UMNO/BN yang memakai lilitan merah di lengan menendang dan menghentak dengan helmet kereta-kereta yang dinaiki oleh penyokong PAS yang lalu di hadapan Bilik Gerakan Induk BN di Port Dickson!
Kereta Iswara salah seorang rakan teman turut menjadi mangsa dihentak dengan helmet! Habis kemik pintu belakang! Sebab apa? kereta dia ada sticker PAS.. adehhh!
( la ni member tu dah beli alza baru.. ada bran ke agaknya dia nak bawak ke Tenang? wakakaka!)

Buat pemuda Pakatan Rakyat terutamanya Pemuda PAS.. Awas! Kehadiran kamu di Dun Tenang bukan semudah di Galas, bukan semudah di Permatang Pasir.. Jauh lebih mudah seperti di Bukit Gantang! Malahan teman meramalkan ianya akan lebih ganas daripada Bagan Pinang!

Jangan lupa peristiwa Markaz Induk Pemuda PAS diserang oleh berpuluh orang pemuda BN yang mabuk dengan parang dan pedang! Jangan lupa!
Sesungguhnya jerat tidak pernah melupakan pelanduk!

Dalam keadaan Johor merupakan antara negeri yang semakin hebat penerimaan PAS dikalangan rakyatnya..
Sangat mustahil membayangkan yang UMNO akan memberi laluan mudah!
Sangat mustahil!

sunsnake 20122010

Calon PAS wakili Pakatan di Tenang
Harakahdaily
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.

"Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini.

Berita Penuh


Mazlan dan Felda bergema di Dewan Millenium
Zulkifli Sulong


Isu Felda sekali bergema di persada politik negara apabila Pengerusi Anak, Mazlan Aliman menjadikan peneroka Felda dan anak cucu mereka sebagai pihak yang perlu diperjuangkan.

Apa yang dikatakan oleh Mazlan penting kerana selain mempersiapkan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum, konvensyen kali ini juga perlu mempersiapkan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor.

Pilihan raya kecil ini perlu diadakan ekoran kematian Adunnya, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini.

Ucapan Mazlan penting kerana di Dun Tenang, lebih 3,000 pengundinya adalah peneroka dan penghuni tiga kawasan Felda di dalam Dun tersebut.


Berita Penuh

Suwey Daaa!! Terjumpa Katak Pulakkk!!



Adehhh...
Semalam ntah apa suwey la dalam hidup teman..
Teman dok follow ayah teman bawak budak-budak kompang ke suatu tempat di Slim River,
tanah tumpah darah teman!

Oklah.. memang biasaklah... musim-musim kenduri kawin nie..

Sedang teman port kat luar ramai-ramai menantikan rombongan pengantin sampai..
Tetiba teman terlihat suatu kelibat yang sangat dikenali!

Mamat ni keluar dari tempat makan diiringi oleh isterinya..
Sambil mengeluarkan sesuatu dari poketnya.. Rokok..
Lalu terus mengge'chek' lighter menyalakannya..
Fuhhh!! Berkepul asap keluar dari bibir hitamnya!

Sambil tu sempat menghulurkan salam pada orang ramai yang lebih syok makan daripada layan dia!
Ada jugak yang kelam kabut nak bersalam dengan mamat ni..
Maklumlah.. YB!

Teman hanya memandang dari jarak 20m darinya..
Dan sekejap lagi dia akan lalu depan teman..

Dan nah! dia betul-betul lalu depan teman tapi jauh laaa..

Tiba-tiba! adrenalin teman rasa membuak!
Semangat ganas bak serigala muncul ntah dari mana!
Teman terus menerkam mamat tuh dan memberikan satu penerajang di perutnya!
Lalu satu penumbuk padu tepat dirusuknya!
Dan disusuli dengan hikmat pelempang dengan kasut yang hebat di pipinya!

Wakakakaka!
Itu hanya mimpi dan angan teman je laaa..
Mamat tu berlalu depan teman slumber menuju ke kenderaanya..
Wah!! Hilux Hitam!
Banyak duit mamat nehhh!!
Dulu bukan main sengkek dan rentung!

Itulah dia manusia yang terkenal dengan pengkhianatan kerna duitnya!
Itulah dia manusia yang terkenal dengan kegilaannya kepada duit!
Itulah dia manusia yang akan disimpan didalam lipatan sejarah Malaysia sebagai pengkhianat sebenar dalam perjuangan rakyat!.. Simpan selamanya!

Itulah dia Jamal Behrang!

sunsnake 20122010