Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, December 20, 2010

Benarkah Dun Tenang 'tenang' Menanti Petugas PR?

Perasan tali merah kat lengan kiri dia?...
kita jumpa di Tenang! itu gamaknya sound mamat nih!!



Teman mengucapkan takziah buat kaum keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, YB Dun Taha yang meninggal dunia baru-baru ini.. Al-Fatihah..

Secara tiba-tiba teringat akan apa yang pernah berlaku di Bagan Pinang semasa PRK tempoh hari..
Pada teman ada persamaan antara Tenang dan Bagan Pinang iaitu kedua-dua adalah tempat yang totok UMNO dan negerinya juga totok UMNO!

Teman masih kemas menyimpan bagaimana brutalnya pemuda-pemuda UMNO/BN yang memakai lilitan merah di lengan menendang dan menghentak dengan helmet kereta-kereta yang dinaiki oleh penyokong PAS yang lalu di hadapan Bilik Gerakan Induk BN di Port Dickson!
Kereta Iswara salah seorang rakan teman turut menjadi mangsa dihentak dengan helmet! Habis kemik pintu belakang! Sebab apa? kereta dia ada sticker PAS.. adehhh!
( la ni member tu dah beli alza baru.. ada bran ke agaknya dia nak bawak ke Tenang? wakakaka!)

Buat pemuda Pakatan Rakyat terutamanya Pemuda PAS.. Awas! Kehadiran kamu di Dun Tenang bukan semudah di Galas, bukan semudah di Permatang Pasir.. Jauh lebih mudah seperti di Bukit Gantang! Malahan teman meramalkan ianya akan lebih ganas daripada Bagan Pinang!

Jangan lupa peristiwa Markaz Induk Pemuda PAS diserang oleh berpuluh orang pemuda BN yang mabuk dengan parang dan pedang! Jangan lupa!
Sesungguhnya jerat tidak pernah melupakan pelanduk!

Dalam keadaan Johor merupakan antara negeri yang semakin hebat penerimaan PAS dikalangan rakyatnya..
Sangat mustahil membayangkan yang UMNO akan memberi laluan mudah!
Sangat mustahil!

sunsnake 20122010

Calon PAS wakili Pakatan di Tenang
Harakahdaily
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.

"Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini.

Berita Penuh


Mazlan dan Felda bergema di Dewan Millenium
Zulkifli Sulong


Isu Felda sekali bergema di persada politik negara apabila Pengerusi Anak, Mazlan Aliman menjadikan peneroka Felda dan anak cucu mereka sebagai pihak yang perlu diperjuangkan.

Apa yang dikatakan oleh Mazlan penting kerana selain mempersiapkan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum, konvensyen kali ini juga perlu mempersiapkan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor.

Pilihan raya kecil ini perlu diadakan ekoran kematian Adunnya, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini.

Ucapan Mazlan penting kerana di Dun Tenang, lebih 3,000 pengundinya adalah peneroka dan penghuni tiga kawasan Felda di dalam Dun tersebut.


Berita Penuh

2 comments:

Anonymous said...

aperr kes niy?? haisyyy macam2...

budakbalun said...

tau takpe..
orang lain berpolitik..
pemuda UMNO ni nak berpolitik gak..
tapi macam peghakk!!

bergaduh2 bagai..
haduhhh!!