Mahupun diwariskan!
Teman teringat kata sahabat teman yang juga Ketua PAS cawangan teman..
Yang sangat-sangat teman kagumi dengan istiqamah dan ketekunannya dalam perjuangan..
dia kata..
"kita jangan putus asa, target kita anak cucu orang-orang UMNO nie.. kalau tak ayah depa, anak depa, tak anak depa, cucu depa...bukan kita mesti menang sekarang... dah dok dalam kubur pun kalau Islam menang kita laaaaagi syok dok dalam tuh! InsyaAllah"
Allahuakbar!.. Termenung panjang teman memikio ayat-ayat keramat dia ni...
Walaupun dia masih muda awal 40-an... dah mampu bagi ayat-ayat jenis 'heavyweight' macam neh!
Siru 'alaa Barakatillah sahabat!
budakbalun 14082012
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DATUK TAMRIN BUKTIKAN UMNO SEMAKIN TIDAK RELEVAN
24 Ramadhan 1433 bersamaan 03 Ogos 2012
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Tamrin
Ghaffar yang bersama-sama dalam saf perjuangan PAS. DPPM menganggap
Datuk Tamrin seorang yang berprinsip, tegas serta berani menghadapi
risiko yang bakal dihadapinya dengan menyertai PAS.
Penyertaan Datuk Tamrin ke dalam PAS
pastinya memberi suatu suntikan semangat kepada seluruh ahli dan
pendokong perjuangan Islam di negara ini untuk bekerja dengan lebih
bersungguh-sungguh. Perjuangan Islam yang didokong atas dasar kebenaran
dan keadilan secara ikhlas pasti akan diberikan ganjaran di sisi Allah
SWT.
Allah SWT memberikan hidayah dan taufik
kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Meskipun Datuk Tamrin telah
lama bergelumang dalam UMNO dan menjadi anak kepada bekas pemimpin
tertinggi UMNO, namun akhirnya beliau sanggup mengenepikan segala
keseronokan yang dinikmati semasa di dalam UMNO hanya untuk menyertai
perjuangan Islam melalui wadah PAS.
Ini membuktikan semakin ramai pemimpin
yang sedar bahawa dasar perjuangan UMNO telah jauh tersasar dari
matlamatnya. PAS disertai bukan sahaja oleh tokoh-tokoh bekas pegawai
tinggi kerajaan, selebriti dan artis, malah terdiri daripada para
pemimpin UMNO. DPPM yakin, gelombang ahli dan pemimpin UMNO
meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai PAS akan berlaku suatu
ketika nanti. Bagi rakyat, UMNO pada hari ini adalah untuk survival
diri, keluarga dan suku sakat mereka sahaja berbanding dengan matlamat
perjuangannya dahulu. Malah tokoh besar seperti Tan Sri Kadir Syeikh
Fadzir yang bersama di dalam UMNO dari awal kelahirannya turut isytihar
keluar UMNO kerana sedar dasar perjuangannya sudah jauh menyimpang dari
asal.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang
mulia ini, DPPM menyeru kepada semua pemimpin UMNO yang lain agar
mencari kebenaran dengan melihat kepada realiti dan petunjuk hidayah
daripada Allah SWT untuk turut sama menurut jejak Datuk Tamrin Ghaffar
keluar dari UMNO dan menyertai PAS.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia