Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, April 29, 2011

Khas Buat Eskay... Hanya Untukmu...

Teman tujukan lagu ini khas untuk Eskay...

Haaa.. Bersumpah Pun! hahaha!


Haaa..
Akhirnya bersumpah pun dia..
Sib baik bukan dalam tandas!

Heran gak..
Polis bukan main sayang lagi...
Setuju benor polis dengan aktiviti sumpah ni..
sampai sanggup jadi pengawal keselamatan tak berbayor..
Kalau tak bayor laaa..

Walaupun sumpah jenis ni takde dalam Islam..
Dia buat jugak..
Hebat...
Teman baca ayat sumpah dia pun dah gerun tegak bulu roma dah!

fuhhh!!

budakbalun 29042011

Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat. Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Malaysiakini

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sumpah? Dalam Tandas Pun Bulehhh!!

Terpaksa guna gambo ni sebab patut ada gambo baru tapi kansel la pulakk!

Wakakakaka!
Berapa punya sengal laaa..
Sebab ramai orang..
terus kansel nak bersumpah..

Weiii!!
Kalau betul-betul nak bersumpah..
Apsal kena kat masjid?
Dalam tandas pun boleh kalau betul nak tegakkan kebenaran!

Pi la buat sumpah tu kat Hotel mana-mana..
Dicadangkan di Carcosa sebab RISDA a.k.a Rahim A/L Tamby ada share kat situ!

Nak jugak buat masjid!

hmm.. kena pengarah yang sama dengan sumpah si saiful??
Skrip yang sama.... Silap2 kalau jadi tadi 'Quran' yang sama Saiful guna dulu!

wakakakaka!

Rakyat Malaysia!!! Marilah kita sama-sama saksikan kesudahannya..
Yakinlah.. Kebenaran pasti terserlah!

budakbalun 29042011

Upacara sumpah laknat Shazryl Eskay dibatalkan


2011/04/29 KUALA LUMPUR: Upacara melafazkan sumpah laknat oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dibatalkan.

Perkara ini diumumkan pengerusi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kepada jemaah sebentar tadi.
Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar.
Keadaan agak tegang sejak selepas selesai solat Jumaat tadi apabila kumpulan jemaah yang dipercayai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berasak di dewan solat untuk membantah upacara itu.

Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.-BH

Ntah laaa... Makin Melalut UMNO nehh!!


Teman dah tak tau nak post apa dah dalam blog budakbalun neh..
Makin hari makin melalut-lalut UMNO nak memalukan Anwar Ibrahim..

Teman betul-betul tak sangka!
Serendah dan sehina itu UMNO mahu berusaha memalukan dan berusaha mendapat kredit yang hina daripada rakyat Malaysia!

Apa nak kata..
Punya la teruk!
Sampai bukak berita Tv pasal video seks..
Muka depan paper cerita video seks..
Dengar berita radio pun cerita video seks!!

Woii!!
Apa ni?
kemana UMNO nak bawak rakyat malaysia neh??

Punya la banyak masalah yang rakyat hadapi..
inflasi makin teruk!
Sumber kewangan rakyat makin menipis..
Peluang pekerjaan makin sempit!
Graduan IPTA/IPTS yang bergulung ijazah pun payah dapat kerja!
basic operator kilang masih RM450!
Harga barang di Pasar malam makin tinggi!
Belum kira barang-barang di Giant lagi!
Spare parts kereta makin mahal!

hatta teman beli cendol tepi jalan hari tu pun dah naik harga!
Adehhh!!

Sial punya UMNO!
Boleh pulak dia sibuk-sibuk nak jaja video seks yang ntah siapa pelakonnya tuh?
"Lalu mereka berkata: "Kepada Allah-lah kami bertawakal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim"
Surah Yunus, Ayat 85

budakbalun 29042011

Wednesday, April 27, 2011

Sah! Anwar Punca Pecah Belah! Pengkhianat!

Dato' Seri Hitler Tun R*z*k? Wakakaa!


Apa yang payah sangat nak umum Polis ni?
Nampak sangat ada usaha secara 'terancang' untuk menimbulkan persepsi kepada rakyat Malaysia terutama yang buta maklumat..

Teman semakin yakin dengan teori umum..
Anwar WAJIB dihantar ke penjara..
Tak kiralah Sungai Buluh mahupun Kajang..

Yang penting..
PRU 13 ini... susuk tubuh Anwar ini wajib dilenyapkan..
Dan disimpan dimana-mana sel penjara yang terpilih nanti..

Watak Anwar ini terlalu bahaya..
Sebab susuk tubuh inilah yang mampu memecah belahkan UMNO!
Ini terbukti sekarang ini..
Hakikat sebenarnya..
Yang sedang berpecah-belah sekarang adalah UMNO!
Bukan melayu teramai yang menjadi mangsa kezaliman kerajaan Malaysia pimpinan UMNO ini!

Buat masa ni..
Segala genap kuasa yang UMNO ada...
Pastinya agensi kerajaan dan pihak berkuasa...
Akan dilacurkan semahu-mahunya!

Yang tinggal pada UMNO la ni..
cuma sedikit 'malu-malu alah' untuk membuat tindakan secara 'direct' menghumban Anwar ke penjara!

Kalau mereka tak 'malu-malu alah'...
kompom hari ni Saiful ngadu,
esok mahkamah bersidang,
luasa Anwar dah pakai baju penjara!

wakakakaka!
Teruskan duhai UMNO..
Nampak sangat UMNO ini merancang sambil tak tahu yang Allah SWT juga mempunya perancangan..
Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancangan!

budakbalun 27042011

Video seks: Polis akan dedah 'pelaku' jika perlu


Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di Subang hari ini.-malaysiakini

PERKASA & UMNO Sangat Diperlukan Sekarang!

Mari Pertahankan Nasi Lemak Puteri UMNO!!! wakakaaka!

Oiiii!!
PERKASA....
Kamu sangat diperlukan sekarang!!
Maruah melayu sedang diperkotak-katikkan!!

Oiiii!!
UMNO...
Kamu sangat diperlukan sekaranggg!!
Maruah melayu sedang dipermain-mainkan!!

Kalau ikut...
Roti canai lagi banyak kolesterol!
Kolesterol jahat lagi!

Kalau ikut..
Yong Tau Foo lagi banyak mudarat!
Meatball ntah halal ntah idak?
banyak minyak beb!
Fish cake.. fishball saknika bende lagi!

Apahal ke Nasi lemak pulak Menteri Kesihatan ni nak banned?

PERKASA dan UMNO!!
Mari pertahankan Nasi Lemak!!!
Ini adalah warisan makanan melayu!!!

errr... boleh ke? Ke nak tanya Muhyiddin dulu boleh ke idak?
Tanya Najib kompom Najib tak bagi! Makin jauh la undi cina jawabnya!

wakakakakaka!!!

budakbalun 27042011

'Larangan jual nasi lemak setiap hari tak muktamad'


Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan. "Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah). -malaysiakini

Tuesday, April 26, 2011

Salah Satu Yang Peliknya Orang UMNO Nie..


Teman ada sorang member nie....
Memang 'piaw' kaw-kaw UMNOnye..
Dan ada jawatan pun dalam UMNO bahagian..
Kerja tak la hebat sangat tapi sangat senang hidupnya..
Dari segi harta laa... Nampak berada la jugak..
Alhamdulillah... dah rezeki dia..

Jangan diajak berdebat politik..
Memang kompom kena seranah!
Teman sesekali berani jugak la lepas 2-3 buah..
Tapi selalu jugak kena balik 7-8 buah! adehhh!!

Nak buat macam mana?
Dah member baik..? kena la hormat walaupun hati panas...
hehehhe

Yang herannya..
Bila ada sedara mara yang sakit..
Pandai pulak dia tanya teman alamat Darussyifa' Dr. Haron Din di Bangi?
Adehhh!!
Berpolitik dia lawan Haron Din..
Sakit punya time kalu... Ke Haron Din jugak dia berikhtiar..

Bukanlah teman mempertikaikan apa..
Cumanya kalau ikut logik..
Dah tak setuju dengan Haron Din dari segi politik..
Takkan dia leh percaya Haron Din dari segi perubatan?

Hmmm.. Teman berdoa sungguh-sungguh kepada Allah SWT..
Agar Dia membukakan pintu hati sahabat karib teman ni agar meninggalkan UMNO..
Dan bersama dengan perjuangan Islam..
Ameen!

budakbalun 26042011

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.- Keadilan Daily

Tengok? Mari Tengok UMNO Berlakon!


Hehehehe..
Makin lama makin mudah memahami 'lakonan' pemimpin-pemimpin UMNO ni..
Mereka bercakap isu penyatuan bangsa Malaysia..
Bercakap pasal perpaduan..
Bercakap pasal 1Malaysia...

Mereka cipta lagu Perpaduan teras kejayaan...
Mereka cipta lagu 1Malaysia...

Berjuta-juta habis dengan mudah untuk me'lakon'kan watak-watak 1Malaysia..
Melakonkan watak-watak perpaduan..
Hatta kartun jugak dibuat untuk melakonkan betapa bersatunya bangsa-bangsa di Malaysia neh!

Namun..
Dalam masa yang sama..
Mereka tidak dapat menyembunyikan hakikat..
Mereka sangat-sangat perkauman!
Memperjuangkan bangsa melebihi agama mereka sendiri!

Mereka melenting apabila bangsa mereka di herdik!
baguslah! Dan sememangnya itu perlu ada..
Namun apabila agama mereka dihina..
Mereka seakan-akan bimbang untuk melenting..
Terutama apabila sekutu politik mereka yang bukan berbangsa melayu yang membuat angkara..
Kenapa? bimbang undi hilang kah?

Kini...
Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO memainkan lagu 1Malaysia..
Diketuai oleh Presiden UMNO yang juga PM Malaysia..
Dan sebahagian lagi mendendangkan lagu 1Melayu...
Diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO yang juga TPM Malaysia..

Wah!
Hebatnya kecelaruan ini!

Hasilnya tetap akan sama..
Parti kaum melayu yang sangat tamak dan haloba dengan kebendaan sehingga tergamak mem'faraid' kan segala hasil mahsul negara demi kepentingan diri dan kroni!
yang terbukti bertanggungjawab menghilangkan rizab tanah melayu yang semakin berkurang..
Yang terbukti memerintah lebih 50 tahun.. namun nilai moral orang melayu semakin hancur dan punah!
Dan banyak lagi simbol dan lambang keruntuhan bangsa yang telah memilih UMNO sebagai parti yang bertanggungjawab kepada negara ini sekian lama!

Hasil dari semua ini..
Masih mahukah UMNO menyalahkan orang lain setelah ditolak mentah-mentah oleh rakyat?

budakbalun 26042011

Kempen ‘1Melayu 1Bumi’ boleh gugat 1 Malaysia, kata Rais

KUALA LUMPUR, 26 April — Gerakan gelombang “1Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini berkata, beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu.

“Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi,” kata beliau selepas melancarkan “1 Malaysia Visibility Programme” di Menara TM di sini hari ini.- MalaysianInsider

UMNO Nak Jilat Ludah? Adehhh!

Nak kawan dengan DAP ni.. kena simpan dulu la keris nih!


Humang aihhh!!
Kalau bener berita ini..
Ini sudah jadi best! mahabest! Gilabest! Terbest!

UMNO nak jemput DAP masuk BN?
Wah!

Kalau macam tu..
Hanya PKR sahaja yang UMNO tak mahu masuk BN secara berjemaah!
Sebab PKR ni UMNO punya modus operandi..
Pancing sorang-sorang especially ADUN dan MP PKR..

Setelah usaha meminang PAS untuk joint BN gagal..
Walaupun sanggup menawarkan jawatan MB Selangor dan MB Perak kepada PAS..
Akhirnya.. UMNO semacam terpaksa berusaha untuk 'kawtim' dengan DAP pulak!

Walhal..
Ratib 24jam dimulut dan hati totok UMNO ni..
DAP lah yang paling mereka bencikan!

Adehhh!!
Teman yakin..
DAP telah melihat betapa indahnya Islam yang ada pada PAS..
PAS tak pernah mungkir janji..
PAS tak pernah bermain isu perkauman melampau!
Malahan PAS menawarkan kerjasama siyasah yang sangat meyakinkan dan amanah dengan cara Islam!

hehehhe..
Tak dapat dibayangkan macam mana muka totok UMNO kalau tiba-tiba Najib declare nak berbaik-baik dengan DAP..
Kompom biru biji kundang!

wakakakaka!

budakbalun 26042011

Umno jemput DAP masuk BN?

KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. - harakah

Monday, April 25, 2011

Hebatnya PERKASA! Sampai Lupa Siapa Gadai Hak Melayu?


teman dari dulu dok heran dengan perjuangan PERKASA ni..
PERKASA sahaja ka yang sayangkan melayu?

Lagi satu..
Daripada siapa yang PERKASA nak pertahankan hak melayu ni?
Dan PERKASA fahamkah bagaimana hak-hak orang melayu tu makin terhapus?
Dan PERKASA adakah hanya menyedari hak-hak melayu terhakis setelah BN hilang kuasa di 3-4 negeri selepas PRU 12 dulu?
Adakah sebelum PRU12 dulu melayu hebat?

Dan soalan yang paling legend..
PERKASA tak tahu ke parti melayu mana yang telah berkuasa sejak merdeka dan ditangan parti itulah hak-hak orang melayu makin hilang???
Malahan bukan setakat hilang kuasa.. dengan tanah-tanah rezab melayu pun makin melayang!!!

Penduduk asal Kuala Lumpur especially Kampung baru confirm faham jawapan soalan terakhir teman tadi...

budakbalun 25042011

PERKASA jangka 30,000 berhimpun di Kedah


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.

"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.-Malaysiakini

Artis Masuk UMNO? Biasaaa.. Masuk PAS? Luar Biasa!


Adehhh!
tadi teman dapat sms daripada member baik teman..
heboh dia bagitau apa cer Mamat Khalid masuk UMNO?
Kena boikot filem2 Mamat Khalid lepas nehh!!

Hehehe..
Rileks dulu bro..
UMNO pun dia.. hasil seninya tetap boleh jadi kebanggaan..
Cumanya.. fikrah politik yang berbeza..

Tapi kalau si AC Mizal ni..
memang prob laaa...
Nak masuk UMNO.. masuk aje laaa..
Ni siap dakwa ada parti pembangkang offer dia joint dan bagi jawatan tinggi!

Adehhh!!
Kalau nak kata parti tu PAS..
Sorry beb! Bob Lokman masuk PAS pun bukan dapat jadi apa pun..
Jauh sekali dapat jadi pengarah mana-mana syarikat..
Malahan sekarang ni makin penat brader Bob tu kena turun kuliah dan ceramah sana-sini..
Dari Kuliah Subuh di JB.. sampai la Kuliah Maghrib di Alor Setar!
Belum campur Ceramah umum di tengah bendang di Perlis!

Adakah Brader Bob dah jadi Ketua Pemuda PAS pusat menggantikan Tantawi?
Tidak ada ura-ura langsung!
Nak jadi pemimpin tertinggi PAS bukan boleh kawtim-kawtim bro..
Kena ada persetujuan jemaah..

Dakwaan si AC ni sebijik macam KIMMA..
Alaaa.. parti mamak-mamak membodek Bik Mama tuh!
tak semua mamak macam tu ye?
Banyak lagi mamak-mamak yang menyokong PR...

AC Dimana??? AC dah masuk UMNO!!!!

wakakakakak!

Serius.. teman tak terfikir langsung nak terkejut pasal ni..
Dah memang UMNO tu sesuai sangat dengan dia..
Kang masuk PAS.. kena joint Kuliah Subuh plakk!!
Mana se'syuaiii' dengan kaler rambut dia bebbbb!!!
Apa baranggg!

budakbalun 25042011

AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang


Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. "Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya... "Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu. AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar. Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. - malaysiakini

Pembangkang pernah tawar RM55 juta

BATU PAHAT 17 April - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader hari ini mendedahkan bahawa pihak pembangkang pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang.

Beberapa tahun lalu, katanya, beliau dihubungi seorang pemimpin pembangkang yang menawarkan imbuhan tersebut supaya berpaling tadah.

"Dia (pemimpin pembangkang) cakap pada saya, Datuk, saya akan beri anda RM5 juta sekiranya bersetuju (dengan tawaran saya) hari ini, pagi esok saya akan masukkan dalam akaun anda.
- Utusan

Friday, April 22, 2011

Sila 'LIKE' this disini!

Sila klik gambo diatas dan LIKE this!!!

budakbalun 22042011

ATU MALAYSIA EMAIL: TRICUBES BERHAD DIMILIKI SECARA TIDAK LANGSING ADIK NAJIB – merdeka review

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group

( baca seterusnya di: www.merdekareview.com)

Thursday, April 21, 2011

Berani Giler PAS Ni!! Tak Macam UMNO!


Didalam ambang PRU ke 13 yang bila-bila masa akan berlaku..
hanya menunggu PM Najib dapat ilham daripada APCO..
PAS dan PKR telah menungkah arus ketakutan parti-parti lain dengan mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan di peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat pusat!

PKR, dengan begitu susah payah dan jerih perih..
Sehingga mengorbankan banyak tokoh heavyweightnya.. (baca penapisan)..
Berjaua juga menamatkan kemelut pemilihan dan akhirnya bersatu menghadapi PRN Sarawak..
Walaupun tidak berjaya mengalahkan BN..
tetapi keberanian PKR mengadakan pemilihan dalam keadaan bakal menghadapi PRN sepatutnya dipuji walaupun 'luka'nya lasih berdarah hingga kini!

Dan kini giliran PAS pula menguji kekuatan jemaahnya..
Secara otomatiknya kesan dan hasil pentarbiyahan PAS sedang diuji dengan hebatnya setelah terbukti berjaya melalui ujian getir dalam isu Kerajaan perpaduan di muktamar pemilihan 2 tahun dahulu..

Umumnya kesemua PAS cawangan telah selesai bermesyuarat agung dan memilih kepimpinan di peringkat berkenaan. Dan kini sedang berlangsung mesyuarat agung pemilihan di peringkat kawasan dan nantinya di peringkat pusat.

Selamat bermuktamar buat para muktamirin..

Persoalannya... Apa cerita dengan pemilihan Agung UMNO dan MCA?
budakbalun 21042011

Hadi: Saya sedia ditentang jika ada calon layak


KUALA LUMPUR, 21 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

-Malaysian insider

Makcik Nasi Lemak vs Tricubes RM50 Juta?

Gambo hiasan...


Selalunya bila teman on the way tempat kerja..
Biasalaaa.. dengan motor Modenas 'Ducati' teman tuuu..
Dah lebih 15 tahun berjasa mengangkut teman nehh!
teman pasti bertemu dengan makcik jual nasi lemak di sebelah kanan jalan..
Disebabkan itu..
teman terpaksa melintasi jalan untuk singgah beli nasi lemak mahupun sekadar kuih-muih..
Buat sarapan di kantin tempat keje daaa..

Teman ni ada satu 'pe-el'..
Kalau teman dah nyinggah gerai tu..
Teman selalunya akan terikut singgah dihari-hari yang lain..
walaupun sekadar membeli 2 ketul kuih!
Kalau tak nyinggah.. rasa segan pulak.. rasa kesian pulak..
iskkk.. memang muka teman ni legend.. tapi hati cute!
Ape pun tak bolehhh!!

Tapi 2-3 menjak ni..
teman dok perasan.. makcik ni kejap meniaga.. kejap idak..
so, pagi tadi teman nyinggah lee.. kebetulan ada pulak makcik tu meniaga pagi ni..
semalam takde!

teman pun tanya le.. apsal kejap meniaga kejap idak makcik??
'Ntah le nak oi.. sekarang ni..dah kurang orang membeli..
Banyak yang bawak bekal gi keje..
Ada yang selalu beli nasi lemak lauk ayam.. la ni dah beli nasi lemak standard je..
takde tambah-tambah lauk.. budget katenye..
Barang-barang makin mahal..
nak beli barang mentah untuk nasi lemak dan lauk-lauk ni pun..
kadang-kadang tak cukup modal!
Nak naikkan harga karang.. kesian kat orang yang datang membeli!
keluh makcik tu perlahan-lahan sambil pulangkan baki duit kuih teman tadi..

sambil tunggang moto 180km/j ke opis tu..
teman dok kenangkan nasib makcik tadi..
anak-anak dia semua keje biasa-biasa je..
suami tak sihat.. dah tua..
duduk pulak di bandar ni.. Bukit Beruntung kira bandar laaaa..
hmmm.. susah jugak meniaga gerai nasi lemak ni..

Untung sungguh orang meniaga macam tokey Tricubes neh!
Dah nak melingkup di BSKL..
Disebabkan kroni UMNO tak ingattt!
Senang-senang dapat injection RM50 juta daripada UMNO@Najib!

Kalaulah makcik tadi dibantu dengan cara bersungguh-sungguh kawal ekonomi rakyat terbanyak..
Kan banyak kesannya..

Bila kecairan duit pada rakyat makin meningkat..
kompom ramai orang akan berani beli nasi lemak berlauk ayam mahupun daging daripada makcik tadi..
makcik tadi pun takde la takut nak keluar modal beli bahan mentah sebab harga tak melampau mahalnya!
Dan dia pun bolehlah jual makanan dengan harga yang sesuai dan mampu dibeli oleh pengguna macam teman neh!
idak la semua sibuk bawa bekal ke tempat kerja!

hmmm.. sampai bila la nasib rakyat Malaysia macam ni..
Negara kaya... hasil mahsul bumi bukan main banyak..
Ada hujan dari langit jadi sungai..
Ada tumbuhan dari bumi subur dan menjadi..
Ada minyak dari perut laut untuk didagang..
Ada haiwan melata atas tanah untuk dimakan...

tapi hasilnya? puak-puak tuuuu jugak yang perabis!

hok aloh.....

budakbalun 21042011


RM50 juta untuk projek emel 1Malaysia

Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.-Malaysiakini



Tricubes: Emel 1M'sia tak babit dana k'jaan

Projek Emel 1Malaysia tidak melibatkan dana awam, demikian menurut syarikat IT tempatan - Tricubes Bhd - yang bakal melaksanakan projek bernilai RM50 juta itu Julai depan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar bagaimanapun berkata, projek itu terletak di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dilantik sebagai fasilitator kerajaan.

Katanya, Tricubes tidak dapat mendedahkan semua butiran model perniagaannya untuk projek Emel 1Malaysial, tetapi tegasnya, sebagai syarikat tersenarai, ia telah menggariskan strategi utama bagi memastikan daya maju komersil termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan pada masa depan.- Malaysiakini

Pelopor projek emel 1Malaysia syarikat bermasalah

Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.-Malaysiakini

Monday, April 18, 2011

Analisa Parlimen Sarawak Menurut PRN


Analisa kerusi Parlimen Sarawak menurut PRN

Shaharul Shafie

Berakhirnya musim ‘panas’ di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim ‘panas’ seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini. Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.

Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor ‘kemenangan’ di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.

Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN

Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku. Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada BN.

Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih 2 kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor.

Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia. Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi.

Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak

Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai ‘deposit tetap’ BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi. Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti.

Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis. Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.

Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?

Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu. Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil. Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud. Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian.

Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006. Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang. Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak. Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak.

Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja

Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR.

Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.

Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.

Sementara itu, kedudukan ‘kelabu’ bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam. Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri.

PKR boleh tambah 4 kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan

Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.

Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini. Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu.

Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman

Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR.

Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR,PCM,SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian.

PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be’kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60% pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40% adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be’kalalan. Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be’kalalan sendiri.

Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang ‘bergaya’ atau menang ‘motivasi’ meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini ‘Jika PR kalah pun, biarlah bergaya’. Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti.

Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang

Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi. Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi. Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR.

Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan.

BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti

BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana ‘menang’ moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).

Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi ‘gergasi’ yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.

Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini.

Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya dalam PRN 2006 kali ini

Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.

Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan

Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13. Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN).

Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR. Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah. Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan ‘lebih panas’ dari biasa.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Saksikanlah Ya Allah! Akan Pengorbanan Ini...



(Ketika post ini ditulis.. teman tak mampu menahan airmata daripada mengalir mengenangkan pengorbanan Allahyarham.. kepada mereka yang pernah terlibat dengan gerakkerja kempen pilihanraya, pastinya tahu betapa sukarnya hendak bergerak dengan serba kekurangan.. Namun inilah kemucak kepada segala jenis perjuangan iaitu pengorbanan! InsyaAllah.. Allah SWT akan berikan yang terbaik untuknya.. Persoalannya, bagaimana dengan kita?)

Al-Fatihah Buat Pejuang Islam ini..
Marilah kita sama-sama menadah tangan dihadapan PC/Laptop kita ini..
Berdoa kepada Allah SWT khusus untuk saudara kita ini yang telah melakukan pengorbanan yang sangat besar! Mengorbankan dirinya untuk perjuangan Islam yang suci ini!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


"Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Puji-pujian yang melengkapi segala tempatnya, dan membalas segala limpah kurnianya. Ya Allah ya Tuhan kami, untukMu jua segala puji-pujian sebagaimana yang sayugianya lagi sesuai dengan kebesaran zat dan kebesaran kerajaanMu.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada segala macam ketakutan dan kehuru-haraan, Engkau tunaikan dengan sebab selawat itu daripada segala macam maksud dan hajat. Engkau bersihkan kami dengan sebabnya di sisiMu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan dengan sebabnya sejauh-jauh tujuan kebajikan baik semasa kami hidup mahu pun sesudah kami mati.

Maha suci Engkau ya Allah, tiada terhingga kami memuji-mujiMu sebagaimana Engkau sendiri memuji-muji akan zatMu.

BagiMu kepujian sebelum keredaanMu, bagiMu kepujian sewaktu keredaan dan bagiMu kepujian selepas keredaan.

Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dalam kerajaanMu yang maha tinggi hingga hari kiamat, cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami hinggalah Engkau mempusakai bumi ini berserta orang-orang yang berada di atasnya. Engkaulah Tuhan sebaik-baik yang mewarisi.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah dan sampaikanlah serta terimakanlah pahala segala yang telah kami baca daripada ayat-ayat al Quran, tahlil, perkataan istighfar, kalimah-kalimah zikir, dan juga perkataan-perkataan selawat pada saat yang berkat ini sebagai hadiah yang sempurna sampai daripada kami dan sebagai rahmat daripadaMu yang mencucurinya, berkat yang meliputi, sedekah yang dipersembahkan, yang kami hidang dan hadiahkan ke hadrat junjungan kami Nabi Muhammad bin Abdullah sallallahu alaihi wassaalam, serta isteri-isteri baginda, keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut, dan pengikut-pengikut kepada pengikut-pengikut baginda dari masa ke masa hinggalah hari kiamat.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah pahala seperti pahala yang tersebut tadi serta ihsan yang berlebih-lebih kebaikan kepada sekalian roh orang-orang yang dengan sebab mereka kami berkumpul di sini, lebih istemewa lagi kepada roh Allahyarham Mohammad Izan bin Yaakob, asal-usulnya, anak cucunya, dan setiap orang yang ada hubungan dengannya.

Persampaikanlah ya Allah pahala bacaan-bacaan seperti yang tersebut tadi daripada kami kepada roh-roh mereka dan jadikan pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu cahaya menerangi dan bersinar di hadapan mereka. Gandakan ya Allah akan rahmat dan keredaanMu kepada kami dan juga roh-roh mereka.

Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah juga pahala-pahala bacaan itu sebagai suatu perisai mengelakkan mereka daripada azab neraka, penyelamat, pendinding dan juga penebus daripada azab neraka.

Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunilah mereka, kasihanilah mereka, selamatkan mereka serta maafkanlah mereka. (3X)

Dan di dalam keadaan yang seperti itu juga ya Allah sampaikan pahala kami yang telah kami katakan itu kepada arwah sekalian datuk ninik kami, guru-guru kami dan juga kepada sekalian kaum muslimin dari timur hingga ke barat walau di mana mereka berada.

Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan saudara mara para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan, masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya Allah, Tuhan yang memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.

Ya Allah wahai Tuhan kami, pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahad pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan yang berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada bersukatan, lagi tidak terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya, mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya bersama dengan orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik kawan.

Mohon limpah kurniaMu jua, ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam"

sunsnake@budakbalun 18042011

Petugas PAS dari Kelantan meninggal

BETING MARO, 16 April: Seorang petugas PAS dari Kelantan, yang bertugas sejak hari pertama kempen di sini, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang ini.

Allahyarhan Mohammad Izan bin Yaakob, 56, didakwa meninggal ketika sedang berbual bersama rakan-rakan di bilik gerakan PAS Beting Maro.

Beliau adalah petugas PAS dari Machang dan juga Ketua Cawangan PAS Lubuk Simpul Machang. Urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh petugas di sini.

Berita Penuh

Sayangnya Rumah Panjang Takde Wifi!

Tahniah Sayanggggg... Menang Ekkk?? Syabasssss!! Inspektor Sahab!


Iskk..
Kalaulah rumah-rumah panjang di Sarawak ada wifi..
Nescaya lain ceritanya..

Kalaulah penghuni rumah-rumah panjang di Sarawak handal berpencak dengan laptop..
Nescaya bukan Taib Mahmud yang angkat sumpah semalam..

Kalaulah penghuni rumah-rumah panjang di Sarawak hebat berfacebook dan berblog..
Nescaya Najib hanya akan jejak kaki ke Sarawak lagi 4 tahun!

Kalaulah...
weiiii!! berapa banyak kalau daaaa???

Angan-angan mat jenin je la nak tawan Sarawak!!

wakakakaka!

sunsnake@budakbalun 18042011

'Demokrasi terbuka, media internet sukarkan kemenangan'

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan. Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya. - Malaysiakini

Friday, April 15, 2011

BN Rasuah Duit untuk Undi? So?


Lahh..
Memang dah jadi 'Rahsia Umum" BN terkenal dengan rasuah undi ni..
Kalau tanya makcik pakcik di Hulu Selangor, Tenang, Kerdau, Merlimau hatta di Galas sekali pun..

Errr.. bukan takat undi di pilihanraya aje..

kalau kita rujuk pada parti melayu UMNO..
Pemilihan Agung UMNO pun PWTC tu boleh bertukar jadi macam Bursa Saham Kuala Lumpur!
Kepala Agung 2-3 kali bertukar tangan!!

Tak caya?

Ce tanya KJ..
Ce tanya Mukhriz..
Ce tanya Zahid..

Nak lagi best..
Ce tanya Isa Samad..
Ce tanya Ali Rustam!

Kompom dapat cerita sebenar!!

wakakakakaka!

budakbalun 15042011

Dakwaan beli undi, BN Sarawak ‘serang’ rakan Semenanjung akhiri kempen

SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.

Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.

Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.

Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.

Berita Penuh

Thursday, April 14, 2011