Monday, April 25, 2011
Artis Masuk UMNO? Biasaaa.. Masuk PAS? Luar Biasa!
Adehhh!
tadi teman dapat sms daripada member baik teman..
heboh dia bagitau apa cer Mamat Khalid masuk UMNO?
Kena boikot filem2 Mamat Khalid lepas nehh!!
Hehehe..
Rileks dulu bro..
UMNO pun dia.. hasil seninya tetap boleh jadi kebanggaan..
Cumanya.. fikrah politik yang berbeza..
Tapi kalau si AC Mizal ni..
memang prob laaa...
Nak masuk UMNO.. masuk aje laaa..
Ni siap dakwa ada parti pembangkang offer dia joint dan bagi jawatan tinggi!
Adehhh!!
Kalau nak kata parti tu PAS..
Sorry beb! Bob Lokman masuk PAS pun bukan dapat jadi apa pun..
Jauh sekali dapat jadi pengarah mana-mana syarikat..
Malahan sekarang ni makin penat brader Bob tu kena turun kuliah dan ceramah sana-sini..
Dari Kuliah Subuh di JB.. sampai la Kuliah Maghrib di Alor Setar!
Belum campur Ceramah umum di tengah bendang di Perlis!
Adakah Brader Bob dah jadi Ketua Pemuda PAS pusat menggantikan Tantawi?
Tidak ada ura-ura langsung!
Nak jadi pemimpin tertinggi PAS bukan boleh kawtim-kawtim bro..
Kena ada persetujuan jemaah..
Dakwaan si AC ni sebijik macam KIMMA..
Alaaa.. parti mamak-mamak membodek Bik Mama tuh!
tak semua mamak macam tu ye?
Banyak lagi mamak-mamak yang menyokong PR...
AC Dimana??? AC dah masuk UMNO!!!!
wakakakakak!
Serius.. teman tak terfikir langsung nak terkejut pasal ni..
Dah memang UMNO tu sesuai sangat dengan dia..
Kang masuk PAS.. kena joint Kuliah Subuh plakk!!
Mana se'syuaiii' dengan kaler rambut dia bebbbb!!!
Apa baranggg!
budakbalun 25042011
AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang
Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan. "Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya... "Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.
Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu. AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar. Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. - malaysiakini
Pembangkang pernah tawar RM55 juta
BATU PAHAT 17 April - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader hari ini mendedahkan bahawa pihak pembangkang pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang.
Beberapa tahun lalu, katanya, beliau dihubungi seorang pemimpin pembangkang yang menawarkan imbuhan tersebut supaya berpaling tadah.
"Dia (pemimpin pembangkang) cakap pada saya, Datuk, saya akan beri anda RM5 juta sekiranya bersetuju (dengan tawaran saya) hari ini, pagi esok saya akan masukkan dalam akaun anda. - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
RAMAINYA BRO BOB AJAK MASOK hamPAS TAKDA???? BIOR BETOL KATA RIBU-RIBU hahaha kelentong la tu
Itulah dia UMNgOk...
Artis masuk UMNgOk pun nak diheboh2kan...
Mereka ni lebih pada dunia...bukan akhirat...
Hiburan, hiburan, hiburan...takde benda lain dalam kepala dia orang...
Lepas tu suruh orang2 macam ni pergi mengundi...
Hancai bocai lah M'sia ni tak lama lagi...
Entahle...
He he
MEMANG BETUI ENTRI KAU, MASUK UMNO BIASA, MASUK PAS LUAR BIASA SEBAB PAS PARTI SESAT
BOB BERCERAH ADA MASYUKKKKK, INGAT FREE KA...SAPA NAK TANGGUNG MAKAN MINUM ANAK BINI
kalau masuk pas dikatakan parti sesap maka masuk umno bolehlah dikatakan parti bapak segala sesat.
Fuiiiyooo.. pa dia GELI.. tak brapa clear la.. ada masyukkkkk... Bro Bob ceramah ada masyukkkkk... kalau masyukkkkkk awat hang tak join Pas.. kata masyukkkk, klau masyukkkk mai la join Pas... amacam ada beran!!!.. piiirahhh budak GELI ni... srupa cam bomoh nomboq ekoq... bomoh habaq mai kat kaki, nomboq sekian-sekian mesti naik punya, klau tak 1st prize.. consolation pun jadik... tapi yang aku dok heran.. awat bomoh tu tak beli nomboq tu... woi bomoh... bomoh plak.. budak GELI.. hang ni ada teloq ka?
Post a Comment