Lahh..
Memang dah jadi 'Rahsia Umum" BN terkenal dengan rasuah undi ni..
Kalau tanya makcik pakcik di Hulu Selangor, Tenang, Kerdau, Merlimau hatta di Galas sekali pun..
Errr.. bukan takat undi di pilihanraya aje..
kalau kita rujuk pada parti melayu UMNO..
Pemilihan Agung UMNO pun PWTC tu boleh bertukar jadi macam Bursa Saham Kuala Lumpur!
Kepala Agung 2-3 kali bertukar tangan!!
Tak caya?
Ce tanya KJ..
Ce tanya Mukhriz..
Ce tanya Zahid..
Nak lagi best..
Ce tanya Isa Samad..
Ce tanya Ali Rustam!
Kompom dapat cerita sebenar!!
wakakakakaka!
budakbalun 15042011
Dakwaan beli undi, BN Sarawak ‘serang’ rakan Semenanjung akhiri kempen
SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.
Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.
Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.