Kadang-kadang teman heran gak..
MCA ni semacam baru semalam bertapak di Malaysia..
Selalu nak pertikai hal-hal berkaitan Islam..
yang terbaru ni isu Sijil HALAL oleh JAKIM..
MCA ni ingat Sijil Halal ni macam chop kaunter stesen minyak ke?
Takkan dah berpuluh tahun hidup dalam Malaysia masih tak faham-faham lagi?
Pada teman...
MCA takde hak nak pertikai Sijil Halal ni..
Kalau tak nak rugi..
Stop terus supply makanan pada orang Islam..
Yang Orang Islam Malaysia ni pun satu hal!
Punya la banyak makanan kat Malaysia neh..
yang datang dari company non-muslim jugak yang dicari..
Dah tiba masa Umat Islam Malaysia bersatu dari segi ini..
Tak kira la apa jua fahaman politik..
errrr.. apa cer hub halal yang digembar gemburkan dulu ye?
budakbalun 05082011
MCA kecam cara Jakim tangani isu sijil halal
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal, sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam, kata MCA.
“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini. - berita penuh
Sijil halal: Jakim hanya guna ujian Jabatan Kimia
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kesemua sampel produk yang diambil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihantar ke Jabatan Kimia, yang telah mendapat akreditasi bagi skop pengujian DNA, untuk tujuan analisis.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim Osman Mustapha berkata, dalam melaksanakan ujian bagi sesuatu produk oleh sesebuah makmal, faktor seperti kaedah pengujian, tahap pengesanan, peralatan yang digunakan, juruanalisis dan akreditasi terhadap skop pengujian, memainkan peranan yang penting dan pada masa sama mempengaruhi keputusan ujian. - berita penuh