Apalah hayunnya TPM Sembab ni..
Lom jatuh hukum pun si cukong ni bersalah ke idak..
Banyak flow nak tempuh lagi!!
Silap-silap sempat la si cukong ni mampus..
Macam kes Eric Chia..
Tiba-tiba Sembab ni dah mendabik dada!
Malaysia Telus..
Pala abah dia!!!
sorry petang ni mood tak berapa baik sangat!
tu yang rasa nak maki je tuh!!
sorry...sorry...sorry!
errr.. siapa masih ingat kes Kasitah Gaddam?
sunsnake 30072010
TPM: Kes Ling bukti sistem perundangan negara telus | |
|
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik membuktikan sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah sebagaimana yang sering didakwa pihak pembangkang. Sebaliknya beliau berkata, ia membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet BN. "Ini soal undang-undang dan penyiasatan pihak berkuasa...bila sampai satu peringkat pihak berkenaan berpendapat ada tindakan yang perlu diambil, maka mereka bertindak. "Biasalah pembangkang akan buat apa sahaja kenyataan apabila keputusan tidak menyokong mereka, mereka katalah tidak adil," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pendakwaan Dr Ling di Mahkamah Sesyen semalam.
Berita penuh