Salam,
Siang tadi teman menghadiri Seminar Pemerkasaan PAS..
Yang ingin teman kongsi dan boleh kongsi disini ialah ulasan oleh seorang pengulas jemputan..
Katanya, Ahli-ahli PAS Selangor kena faham dan WAJIB sedar diri..
Jika dianalisis, UMNO jauh lebih kuat dari PAS di Selangor ini!
Malah jauh lebih kuat daripada PKR yang mempunyai jumlah kerusi dun paling banyak dalam Pakatan Rakyat.
UMNO mempunyai 18 kerusi dun sedangkan PAS hanya 8 kerusi dun?
Maka sudah menjadi kewajipan kepada semua ahli PAS agar meningkatkan lagi usaha berdakwah bagi mengajak semua Melayu Islam agar kembali ke jalan yang benar..
Kita tahu dan faham betapa UMNO ini adalah satu parti yang telah benar-benar memesongkan orang melayu sekian lama daripada jalan Islam yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada kita sebenarnya didalam konteks Islam untuk membawa ahli-ahli UMNO ini kembali ke jalan yang benar.
sunsnake 17.01.2010