
Teman bila Polis persoalkan bab permit ceramah ni..
Memang hawau la...
Ikut pengalaman teman dalam application permit nie..
Memang setiap kali nak buat ceramah, PAS tak pernah miss nak apply permit daripada Polis..
Tapi setiap kali apply.. setiap kali itulah payah giler Polis nak luluskan!
Contohnya di Bukit Sentosa ni..
PR nak apply permit ceramah bukan main payah..
Macam-macam alasan diberi dek pihak polis..
Antara alasan yang paling famous..
"menggangu lalu lintas".. adehhh!!
Ironinya..
Hari tu UMNO Batang Kali buat ceramah di dalam bandar Bukit Sentosa..
betul-betul pacak khemah tengah jalan!
Eh? Boleh pulak?
Tak ganggu lalu lintas ke?
Eh? sampai tutup terus jalan tu beb!
Terpaksa pulak pengguna konar ikut lain..
Dan yang paling best.. sorang polis pun teman tak nampak malam tu..
setakat jangkawaktu teman dok dalam ceramah tu laaa..
Ada permit ke ceramah UMNO tu?
Kalau ada.. macam mana boleh lulus walhal obvious giler stopkan lalu-lintas!
Kalau tak ada permit..
Macam mana Polis boleh tak halang?
Dekat-dekat nak PRK Hulu Selangor dulu..
Pemuda PAS Hulu Selangor buat
ceramah atas lori..
Area tapak Pasar Malam Bukit Sentosa..
Memang lapang giler tempat tu..
siap ada ruang parking untuk beratus biji kereta!
Apply permit.. Polis tak bagi.. alasan.. belum boleh keluar permit sebab belum penamaan??
PAS buat jugak..
Alasan.. apsal pulak tak boleh??
Bukan ganggu lalu lintas pun..
Akhirnya..
Ceramah malam tu selain daripada dihadiri oleh ratusan rakyat..
Turut hadir berpuluh-puluh pegawai Polis termasuk SB yang berselerakan!
Siap ugut nak tangkap Ketua Pemuda laaa..
Nak rampas mikrofon laaa..
Last-lastnya..
Polis arahkan(baca ugut) tokey kedai makan tepi tu supaya cabut plug power supply mikrofon..
Teman selaku Unit Amal malam tu menyaksikan sendiri..
pekerja-pekerja kedai makan tu dengan muka pucat berkata
"dio(polis) tu suruh cabut plug..." adehhh!!!
Teman mohon sangat pada Pegawai-pegawai atasan PDRM..
Sebab selalunya ayat pegawai Polis yang datang untuk halang ni..
ayat standard dia "kami dapat arahan dari pihak atasan"..
Bertugaslah mengikut undang-undang..
kalau Undang-undang kata tak boleh..
biarlah semua pihak tak boleh..
Ini pada UMNO semua boleh!
adehhhh!
budakbalun 12052011
PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis
Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik
Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang. “Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
-
Malaysiakini