Thursday, May 12, 2011
Undi Pos Dihapuskan? Terbaekkk!
Hmmmm..
Member teman sms bagitau berita ni..
Macam tak caya!
Usha-usha website sinar harian..
ye laaaa..
tapi ada musykil skit...
tetap dibuat 2-3 hari lebih awal?
apsal tak buat sekali aje dengan rakyat lain?
bukan 24 jam pun polis berkawal..
bukan 3 jam pun nak buang undi.. silap-silap tak sampai 20 minit pun!
lagi satu..
adakah kiraan undi 'awal' ni dikira pada hari pengundian tersebut atau kena tunggu hari penjumlahan undi?
adehhh!!
minta pencerahan skit pada yang tau?
silap-silap, last-last minit SPR adakan balik..
alasan ada maklumat undi 'awal' ini akan disabotaj!
macam guna dakwat dulu!
budakbalun 12052011
Tiada undi pos
PUTRAJAYA – Undi pos pada pilihan raya umum (PRU) akan datang hanya akan diguna pakai untuk anggota keselamatan yang bertugas di luar negara dan di perbatasan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi anggota keselamatan yang tidak terlibat, undi mereka adalah seperti undi awam, di mana penggunaan borang khas untuk undi pos tidak perlu digunakan lagi.
Katanya, undi anggota keselamatan ini akan dikenali sebagai ‘undi awal’ kerana mereka tetap akan menunaikan tanggungjawab dua atau tiga hari lebih awal seperti undi pos sebelum ini.
“Mereka datang ke pusat pengundian yang ditentukan dan kita hanya serahkan kertas undi untuk dipangkah. Tidak ada lagi borang dua.
“Kita akan laksanakan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam.
Isu undi pos sering menjadi bahan kempen utama pihak tertentu yang menyifatkan undi tersebut sebagai penyelamat kepada calon-calon tertentu.-sinar harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
elok sangat lah tu...=)
pandi kutty mengencing lagi....pinda apa nya,mansuhkan terus !
bila nak menipu tu ada saja alasan...ini bukti spr telus (cam dakwat dulu)
khak tuih !
BUATLAH SISTEM MACAMANA PUN, POLIS DAN ASKAR TETAP SOKONG BN SEBAB:
PAKATAN HARAM HARI HARI DOK MAKI DEPA, SAPA NAK SOKONG KALAU DOK KENA MAKI
hehehe..
ye ke?..
sama2 kita tengok ye?
kuasa UMNO ke.. kuasa Allah SWT lagi hebat!
menang tak bermakna Allah SWT redha..
Kalah.. tak bermakna Allah SWT benci..
Yang penting..
selari dengan kehendak Allah SWT..
InsyaAllah...
Post a Comment