Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 12, 2011

Permit Ceramah? Selalu ke Polis bagi?


Teman bila Polis persoalkan bab permit ceramah ni..
Memang hawau la...
Ikut pengalaman teman dalam application permit nie..
Memang setiap kali nak buat ceramah, PAS tak pernah miss nak apply permit daripada Polis..
Tapi setiap kali apply.. setiap kali itulah payah giler Polis nak luluskan!

Contohnya di Bukit Sentosa ni..
PR nak apply permit ceramah bukan main payah..
Macam-macam alasan diberi dek pihak polis..
Antara alasan yang paling famous..
"menggangu lalu lintas".. adehhh!!

Ironinya..
Hari tu UMNO Batang Kali buat ceramah di dalam bandar Bukit Sentosa..
betul-betul pacak khemah tengah jalan!
Eh? Boleh pulak?
Tak ganggu lalu lintas ke?
Eh? sampai tutup terus jalan tu beb!
Terpaksa pulak pengguna konar ikut lain..
Dan yang paling best.. sorang polis pun teman tak nampak malam tu..
setakat jangkawaktu teman dok dalam ceramah tu laaa..

Ada permit ke ceramah UMNO tu?
Kalau ada.. macam mana boleh lulus walhal obvious giler stopkan lalu-lintas!
Kalau tak ada permit..
Macam mana Polis boleh tak halang?

Dekat-dekat nak PRK Hulu Selangor dulu..
Pemuda PAS Hulu Selangor buat ceramah atas lori..
Area tapak Pasar Malam Bukit Sentosa..
Memang lapang giler tempat tu..
siap ada ruang parking untuk beratus biji kereta!
Apply permit.. Polis tak bagi.. alasan.. belum boleh keluar permit sebab belum penamaan??

PAS buat jugak..
Alasan.. apsal pulak tak boleh??
Bukan ganggu lalu lintas pun..

Akhirnya..
Ceramah malam tu selain daripada dihadiri oleh ratusan rakyat..
Turut hadir berpuluh-puluh pegawai Polis termasuk SB yang berselerakan!
Siap ugut nak tangkap Ketua Pemuda laaa..
Nak rampas mikrofon laaa..

Last-lastnya..
Polis arahkan(baca ugut) tokey kedai makan tepi tu supaya cabut plug power supply mikrofon..
Teman selaku Unit Amal malam tu menyaksikan sendiri..
pekerja-pekerja kedai makan tu dengan muka pucat berkata
"dio(polis) tu suruh cabut plug..." adehhh!!!

Teman mohon sangat pada Pegawai-pegawai atasan PDRM..
Sebab selalunya ayat pegawai Polis yang datang untuk halang ni..
ayat standard dia "kami dapat arahan dari pihak atasan"..

Bertugaslah mengikut undang-undang..
kalau Undang-undang kata tak boleh..
biarlah semua pihak tak boleh..
Ini pada UMNO semua boleh!

adehhhh!
budakbalun 12052011

PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis

Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. pas seminar 071109 tuan ibrahimNaib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang. “Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
-Malaysiakini

4 comments:

Anonymous said...

Depa carik makan je yeop,
Kalau ingkar arahan kena tukar ke Kalabakan la plak.

-wakleman

budakbalun said...

setuju tu wak! wakakakak!

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Dalam menilai kerjaya polis jangan kita terlalu ketara mencari sudut yang tertentu sahaja. Terlalu banyak yang pihak polis korbankan untuk keamanan sejagat.

Tentunya bagi orang politik musim ceramah serupa isu terbaik bagi menghentam pihak polis apa lagi jika adanya satu-satu demo. Maka lihatlah bagaimana pihak polis dicaci maki.

Tidak semua permit dibatalkan dan ini perlu diakui jika dirasakan sesuatu diluar kawalan maka mereka perlu menyekatnya.

Jangan pula kita menyemai bibit-bibit kebencian kesetiap hati pengamal politik dengan tindakan polis yang sesekali bertindak demikian kerana masa dan Bumi ini masih luas untuk diperjuangkan.

Tanamlah rasa terima kasih dan rasa hormat pastinya kelahiran anak cucu kita nanti menjadi orang yang dapat menilai hargai diri dan maruah sejati.Jika kita menghargai orang pastinya orang juga akan menghormati kita....walhaualam

mesraislam said...

cari makan, ulatkat batu runtoh bukit,kita kalau caramah pas ni ,memang tak ader provokasi pun,aman dan displin. cuma ruang pas dapat untuk menerangkan maklumat kepada rakyat dan undang2 di bolehkan. aper itu pas kena resuah ker ,haram,biar kita membuat undang2 islam tu sendiri, buat yang haram berdosa, mengupat ,bohong ,fitnah bedosa ,kan baik.ader ajer undang2 syriah tak pakai pun.pasal nak jaga periuk nasi pendusta. renonkkan!!!!