Teman betul punya seriau dengan cara UMNO Selangor la neh!
Dan teman setuju benor dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad dalam Harakah terbaru..
UMNO nak sangat Selangor ni bukan apa..
Kontraktor-kontraktor UMNO dah makin makan megi la ni..
Especially kontraktor-kontraktor UMNO Selangor laaa..
Dok harap kontrak-kontrak JKR aje leeee..
Kot ye pun jangan la sampai nampak sangat..
SPR kena lacur..
JPN kena lacur..
KDN? hmmmm... no komen!
Polis? laaaagi no komen!
Beb.. nak lawan.. lawan cara gentle laa..
PR dapat Selangor ni pun bukan cara pondan laa..
Lawan ikut saluranyang betul..
Takde SPR yang nak tolong jadi kuda..
Takde JPN nak tolong pindah-pindah..
Takde Polis nak.... no komen!
Kepada pimpinan PR..
Hadapilah dengan penuh semangat dan hati-hati..
Tingkatkan kebergantungan kepada Allah SWT..
Bila hubungan dengan Allah SWT kuat..
InsyaAllah... akan ada bantuan dariNya..
Jika itu yang terbaik... Allah akan pilih kita untuk mengekalkan kemenangan di negeri Selangor yang tercinta ini...
InsyaAllah...
budakbalun 11052011
Pengundi: Pemuda PAS Selangor mahu mengadap Sultan
Hazayani Zakaria |
GOMBAK, 11 Mei: Dewan Pemuda PAS Selangor sedang merancang untuk menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membantah kewujudan senarai pengundi-pengundi tukar alamat yang luar biasa di kebanyakan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor. Menurut ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan kewujudan itu dikesan melalui senarai pengundi-pengundi dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku 1/2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Selangor baru-baru ini. Ianya dikeluarkan bermula 28 April sehingga 4 Mei bagi tujuan semakan tuntutan dan bantahan kepada awam. Hasbullah berkata, timbul keraguan apabila kebanyakan pengundi yang bertukar alamat ke Parlimen dan Dun ini ialah penduduk Sabah yang mempunyai kod kad pengenalan 12 yang kebanyakannya ditukarkan ke Parlimen Kota Raja yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.-Harakahdaily |
1 comments:
Bro,
Negara kita kan berbilang bangsa, ok la tu UMNOPORNO nak menambahkan lagi koleksi bangsa didalam Rakyat kita nie. Nanti ada Bangla, Pakistan, Filipina, Indonesia, China, Vietnam, Myanmar, Thailand, Afrika Selatan & negara SETAN.
Baru meriah sket, masa ngundi nanti berbilang-bilang bangsa kita nampak, baru MAJMUK namanya tu.
Hehehehehe...
-wakleman
Post a Comment