Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 2, 2010

KDN lebih tinggi dari Mahkamah!


Felda dah saman Suara Keadilan RM200 juta!
So, betul atau tidak berita "Felda Bangkrap" itu,
Sama-sama kita tunggu.. Walaupun macam dah tahu apa kesudahannya!

Yang KDN lebih sudu dari kuah ni aphal??

Dibantainye Mahkamah isytihar berita itu benar nanti??
Mau KDN pulak kena saman RM200 juta!!!

Wakakakaka.. KDN ni sama je dengan PERKASA.. bangang!
sunsnake 02072010

KDN gantung permit Suara Keadilan
Jul 2, 10 10:58am

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.

Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.

Berita Penuh

Suara Keadilan disaman RM200 juta, PKR tak layan

Felda hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata notis tuntutan saman fitnah itu sudah dihantar kepada PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak, hari ini. “Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi kerosakan reputasi ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilan dalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk 'Felda Bankrap',” katanya.

Notis tuntutan itu difailkan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

"Pihak berkenaan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda," katanya.

Berita Penuh