Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, May 6, 2010

Nasib baik UMNO tak dapat Kelantan!!! Syukur...



Fuh! Sebenarnya statement Awang Adek pasal nak halalkan judi bolasepak Piala Dunia tadi benar-benar mengingatkan teman akan pengumuman UMNO sebelum PRU 2008 dahulu yang akan menabalkan Awang Adek sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya UMNO berjaya menguasai majoriti kerusi DUN Kelantan.

Teman cuba membayangkan betapa terseksanya jiwa dan raga rakyat Kelantan sekiranya Allah SWT memakbulkan impian UMNO itu!!! Terlalu hebat dan drastiknya transformasi yang terpaksa dilalui oleh rakyat Kelantan!!!

Terlalu jauh berbezanya peribadi dan sahsiah Tuan Guru Nik Aziz jika mahu dibandingkan dengan mahkluk Allah yang seorang ini...

Sebaiknya kita semua termasuk seluruh rakyat Kelantan yang cintakan kerajaan Islam sebenar membuat sujud syukur kerana sehingga ke hari ini bukan Awang Adek yang menjadi MB di Kelantan!!!
sunsnake 06052010

Malaysia hendak halalkan judi bolasepak?

Dato' Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, patut beristighfar dan mengucap syahadah kerana berhujjah jika judi bagi sukan bolasepak dibenarkan kerajaan boleh memungut hasil.

Beliau hari ini memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan Pusat akan menimbang untuk membenarkan judi untuk sukan tersebut.

Sebagai seorang Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan ucapan sedemikian.

Sebagai ADUN, saya turut mendapat aduan dari masyarakat bukan Islam yang mahu industri judi dihadkan. Tetapi seorang Menteri Islam pula yang mahu ditambah peluang bagi rakyat untuk berjudi.

Inilah Umno yang tidak memperdulikan halal dan haram asalkan dapat mendatangkan keuntungan. Tidak langsung memikirkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Maka jelaslah UMNO tidak layak bercakap tentang Islam dan ini sepatutnya membuka mata mereka yang mengharapkan Umno membela agama Islam.

Iskandar A. Samad
ADUN Chempaka /
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Selangor
7 Mei 2010

Wakil Pemuda PAS Hulu Selangor akan ke Sibu!


InsyaAllah, Subuh nanti wakil daripada Unit Amal PAS akan berangkat ke Sibu, Sarawak bagi membantu jentera Pilihanraya PAS membantu wakil Pakatan Rakyat dalam PRK Sibu kali ini iaitu DAP.

Sazali Nor Saham, yang juga Pengarah Unit Amal Hulu Selangor merupakan satu-satunya wakil daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor yang berpeluang dan diberi amanah bagi melaksanakan segala gerak kerja dan mengawasi keselamatan atas kapasiti Unit Amal sepanjang kempen di sana kelak.

Beliau dan ahli rombongannya dijangka akan berada di Sibu selama seminggu.

Semoga Allah SWT memberikan kemudahan dan keselamatan buat beliau dan seluruh jentera Pakatan Rakyat yang akan berjuang di sana nanti.

Kami yang 'ter'tinggal akan senantiasa mendoakan segalanya yang terbaik buat para pejuang keadilan dan penentang kezaliman UMNO-BN.

sunsnake 06052010

Pasukan petugas PAS mula tiba di Sibu
Harakahdaily

SIBU, 6 Mei: Gelombang pertama pasukan petugas PAS bagi membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu mula sampai di lapangan terbang Sibu jam 4.30 petang tadi.

Yang mula tiba adalah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Wan Abdul Rahim di samping dua lagi petugas (gambar). Malam ini, lapan orang lagi akan tiba ke Sibu.

Menurut Wan Johari Wan Omar, salah seorang petugas PAS itu, kumpulan pertama ini akan berada di Sibu sehingga 10 Mei dan akan disambung oleh petugas yang lain.

Turut tiba bersama beliau di Sibu adalah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Teresa Kok, kata Wan Johari kepada Harakahdaily.


berita penuh

Ahli-ahli UMNO Selangor WAJIB datang Masjid dan Surau!

Selepas ni, ahli-ahli UMNO WAJIB hadir ke surau-surau dan masjid-masjid di kariah masing-masing didalam negeri Selangor bagi menjadi mata dan telinga MAIS & JAIS atau lebih tepatnya menjadi mata dan telinga Dato' Khusrin.

InsyaAllah, selepas ini akan lebih ramai ahli-ahli UMNO akan mula meninggalkan parti reput itu setelah selalu sangat mendengar ceramah,kuliah dan juga khutbah Jumaat di masjid. Semoga mereka cepat mendapat hidayah dan cepat mengeluarkan diri mereka daripada kebinasaan akidah UMNO...

sunsnake 06052010

JAIS tegas banteras ceramah politik di masjid

SHAH ALAM 5 Mei – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertegas melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang program politik dianjurkan di masjid-masjid seluruh negeri ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, keputusan itu diambil hasil mesyuarat MAIS semalam yang turut menyokong penuh titah baginda.

Beliau yang juga Pengarah JAIS berkata, penguatkuasaan itu akan dilakukan JAIS dari semasa ke semasa dengan kerjasama polis untuk memastikan tiada pihak melanggar titah baginda.

‘‘Kita berharap kerjasama semua pihak supaya tampil membuat aduan sekiranya terdapat khutbah, ceramah dan sebagainya yang berunsurkan politik di dalam masjid di Selangor,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu bagi memudahkan kedua-dua agensi itu bergerak dan mengambil tindakan sewajarnya, sekali gus membantu memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.-Utusan

Alang-alang dah Haram, Halalkan saje sudahhh!!


Ayat sebenarnya dalam benak pemimpin-pemimpin UMNO!

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi memastikan keuntungan hasil perjudian tidak terlepas ke tangan orang lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku dan pemimpin-pemimpin UMNO akan melepas untuk mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit hasil perjudian tersebut.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi pemimpin-pemimpin UMNO dengan mendapat untung yang sangat besar atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika ianya akan mendatangkan keuntungan yang sangat besar kepada pemimpin-pemimpin UMNO kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu kerana adalah merugikan pimpinan-pimpinan besar UMNO sekiranya lesen tersebut terlepas ke tangan tokey-tokey judi yang lain.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain kerana jika ianya haram, maka pimpinan UMNO dan kroni tidak akan merasa walau satu sen pun!.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh merugikan pemimpin-pemimpin UMNO kerana inilah hasil yang sangat mustahak dalam merencana dan dana untuk kemenangan parti didalam pilihanraya yang akan datang!"

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah dan ianya diwajibkan melalui pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kemahiran dan kegemaran dalam perjudian," katanya.
sunsnake 06052010

Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

sumber - malaysiakini

Mamat UMNO biadap dikesan!

Lokasi kejadian - Hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Hulu Selangor.


Mamat Biadap (UMNO) : Korang kena turunkan khemah ni! Ni salah!

sunsnake (PR) : Ehhh?? Apsal pulak?

UMNO : Arahan SPR tak boleh ada pondok panas la woi!
PR : Ehh?? Ni diluar jarak 50 meter bro! Ko siapa?

UMNO : Peduli hapa aku! ko tunggu.. (sambil menekan2 button handset mahal dia)
(sambil tu mamat biadap ni melambai-lambai Pegawai Polis dari jauh)
Cikkk! Cikk!! Mari sini! (dengan biadap jugak dia panggil Pegawai Polis)
Pegawai Polis tu pun sampai..

UMNO : Ni saya nak cik robohkan pondok bodoh nih!
PR : Tuan, apa salah pondok ni? ini bukan pondok panas.. cuma tempat penyokong berteduh!
Polis : Minta maaf cik, pihak kami cuma diamanahkan menjaga kawasan 50 meter dari pintu masuk sahaja.. pondok ni diluar line SPR ni.. (sambil tunjuk line SPR)

UMNO : Saya tak kira! Kalau cik tak nak robohkan khemah bangsat ni!, saya akan arahkan budak-budak saya robohkan!

PR : kamu jangan kurang ajar dengan Polis! betul Tuan, pondok kami ni diluar jarak 5o meter! malah lebih 10 meter dari line SPR tu!

UMNO : Takpe! Korang tunggu! (siap bagi amaran pada teman & Pegawai Polis sambil masih lagi menekan-nekan handset dan meletakkan ke telinga beberapa kali!)

Ketika ini bangsat-bangsat upahan UMNO menjerit-jerit ROBOH! ROBOH! ROBOH! sambil mengejek-ngejek dan ketawa macam tak ingat mati!
UMNO : Saya nak cik panggil ketua SPR sekolah ni! macam manapun pondok ni wajib kena roboh! Kalau perlu saya panggil budak-budak saya tolong robohkan!

PR : Kalau ko berani buat la! Tuan, apa ni? kurang hajar sangat nih Tuan!

Polis : Sudahlah tu cik (sambil memegang tangan UMNO biadap nih!).. jangan bagi keruh suasana!

Pegawai SPR pun sampai...

SPR : Pondok panas ni kena diturunkan ye? Salah ni... Tak dibenarkan memasang pondok panas...

PR : Tapi ini bukan pondok panas, bukan ada komputer pun, cuma tempat berteduh..
SPR : Ini arahan Ketua SPR.. Saya pun tak boleh buat apa-apa..

PR : Arahan SPR dalam kawasan 50 meter kan? ini di luar kawasan..

UMNO : Puan, nak saya minta anak-anak buah saya robohkan ke? kami takde masalah, sekejap je ni! Kecik punya hal!

........... sakit hati teman nak sambung dialog Kisah benar di hari mengundi ni..

Inilah mamat UMNO Biadap tuh! Si UMNO Bangsat Subang rupanya...

posting pasal UMNO biadap sebelum ini


UMNO bahagian Subang yang diwakili Naib Ketua UMNO Bahagian Subang, Abdul Raof Abdullah, (lima dari kiri) membuat laporan Polis terhadap kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan kuasa-kuasa Sultan yang telah termaktub didalam Perlembagaan Negara Malaysia. 6 Mei - Utusan/AMIN

Maria Ozawa - Jangan sampai ke Malaysia!

Teman harap sangat jangan sampai ke Malaysia!
Tak kenal pun dengan minah jepun cun nih!
tapi kalau googlekan nama dia.. pehhh!! bergoyang ketayap atas kepala!!
wakakakaka!

Wak AlBanjari kompom suka! hahahaah! jangan marah wak!

sunsnake 06052010

Filem kontroversi mula tayangan di Indonesia


JAKARTA - Filem lakonan bintang porno Jepun, Maria Ozawa yang juga dikenali sebagai Miyabi, dijadual mula ditayangkan hari ini selepas Lembaga Sensor Filem (LSF) membenarkan tayangannya.

Produser filem tersebut, Ody Mulya Hidayat dari syarikat Maxima berkata, filem berjudul Menculik Miyabi dikelaskan di bawah bimbingan ibu bapa dan sesuai ditonton oleh remaja.

“Filem tersebut melepasi lembaga penapisan dengan hampir tiada babak dipotong,” kata Ody.

Beliau berkata, tiada babak menggoda dilakonkan Miyabi di dalam filem komedi itu.

Menurutnya, pegawai di lembaga penapisan berjanji membantu mempromosikan filem tersebut.

Rancangan menerbitkan filem itu menimbulkan kemarahan orang ramai tahun lepas.

Kontroversi itu menyebabkan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia, Muhammad Nuh melarang Ozawa mengunjungi negara itu untuk penggambaran.

sumber - Sinar Harian

Integriti PDRM harus dikembalikan


oleh - Amin Iskandar

4 MEI — Kematian adik Aminulrasyid Amzah yang baru sahaja berumur 14 tahun akibat ditembak oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memilukan hati ramai pihak.

Namun kesedihan orang awam sudah pasti tidak akan dapat menandingi kesedihan yang dialami oleh ibu dan keluarga kepada arwah Aminulrasyid Amzah yang sehingga kini masih lagi tersentak dengan kejadian yang ngeri dan menyayat hati itu.

Jika ahli keluarga kita yang menjadi mangsa kejadian seperti ini, sudah pasti kita akan turut merasakan kesedihan yang sama. Persoalannya ialah, apakah kita mahu menunggu sehingga anggota keluarga kita menjadi mangsa untuk mula melakukan sesuatu?

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menjadi sangat defensif bila dikemukan persoalan mengenai kes ini sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan yang “kebudak-budakan” seperti, “Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-undang atau tidak.

“Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya.”

Ramai pihak yang terkejut bagaimana kenyataan sebegini boleh keluar dari mulut seorang KPN. Sebagai seorang ketua kepada PDRM, beliau seharusnya lebih berjiwa besar dan memahami kemarahan orang awam terhadap kes seumpama ini.

Satu lagi yang Musa perlu faham ialah kes seumpama ini melangkaui perbezaan politik yang ada di negara ini. Lihatlah bagaimana ahli-ahli politik daripada kedua-dua kerajaan dan pembangkang yang mengecam kejadian ini.

Sudah pasti apabila berlakunya kes seumpama ini, ramai yang akan marah apatah lagi mangsa adalah seorang remaja yang baru sahaja berumur 14 tahun!

Bukankah lebih banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghentikan kenderaan yang dipandu oleh anak muda tersebut selain daripada menembaknya di kepala?

Beliau seharusnya bersyukur oleh kerana orang-orang di Malaysia majoritinya masih bertindak secara rasional dan menunggu siasatan dijalankan terhadap kes ini tanpa melakukan tindakan diluar batasan undang-undang.

Respon Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein turut memarahi orang awam yang bising mengenai isu ini. Beliau meminta rakyat supaya berlaku adil terhadap anggota PDRM.

Apakah ketidakadilan rakyat terhadap PDRM? Lupakah beliau bahawa walaupun telah benyak kejadian kematian rakyat ditangan anggota PDRM, rakyat masih terus membayar pelbagai cukai agar kerajaan boleh membayar gaji anggota PDRM.

Tambahan lagi rakyat sedikitpun tidak melakukan apa-apa apabila baru-baru ini kerajaan menggunakan wang cukai yang dibayar oleh mereka untuk kenaikan gaji anggota PDRM. Tidak adilkah lagi rakyat kepada PDRM? Bagaimanakah pula dengan keadilan kepada rakyat yang diberikan oleh PDRM?

Seperti biasa, apabila berlaku kejadian seumpama ini, Menteri Dalam Negeri akan memberikan jawapan yang “standard”.

“Satu panel memantau siasatan polis terhadap kes itu akan dibuat, saya beri jaminan lantikan itu nanti akan pertimbangkan mereka yang benar-benar bebas, kita simpati terhadap apa yang berlaku, dalam masa yang sama ianya perlulah melalui proses keadilan,” kata Hishamuddin selepas merasmikan mesyuarat serentak 30 cawangan Umno bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat Raub pada 2 Mei lalu.

Berapa lamakah lagi rakyat perlu menanti agar panel yang bakal atau telah ditubuhkan ini untuk menyelesaikan kes ini? Apakah keluarga adik Aminulrasyid Amzah dan rakyat Malaysia perlu menanti selama bertahun-tahun barulah kes ini dapat diselesaikan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa siasatan terhadap kes pembunuhan adik Aminulrasyid Amzah akan dilakukan secara terbuka dan “no cover up”. Lega hati rakyat mendengar jaminan perdana menteri itu. Akan tetapi bukankah perdana menteri turut memberikan jaminan yang sama apabila Teoh Beng Hock terbunuh dahulu? Sehingga kini kes Teoh Beng Hock masih belum selesai.

Kes-kes seperti ini akan terus berterusan jika masalah pokoknya tidak diselesaikan. Suka atau tidak, integriti PDRM sebagai pasukan yang seharusnya menjaga keselamatan awam perlu dikembalikan.

Salah satu cara yang paling baik untuk menggembalikan kepercayaan rakyat terhadap anggota PDRM ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis atau dalam bahasa inggerisnya di panggil Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC).

Penubuhan IPCMC adalah cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang mana salah seorang anggotanya adalah Tun Hanif Omar yang juga bekas KPN. Suruhanjaya ini telah dilantik sendiri oleh kerajaan Malaysia sewaktu dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi.

Apa kebaikan IPCMC?

IPCMC adalah badan yang berperanan sebagai sebuah badan bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis. Dengan adanya badan seperti IPCMC, anggota-anggota polis tidak boleh lagi bertindak sewenang-wenangnya kerana ada sebuah badan yang mengawasi mereka.

Selain daripada itu, mereka juga akan dikenakan hukuman jika melakukan kesilapan. IPCMC akan membantu PDRM untuk menggembalikan kepercayaan orang awam terhadap institusi tersebut yang semakin hari semakin hilang wibawanya akibat daripada pelbagai kes-kes sumpama kes pembunuhan adik Aminulrasyid Amzah ini.

Kerajaan harus serius untuk membantu menggembalikan integriti PDRM dengan menubuhkan IPCMC. PDRM juga tidak harus melihat badan seperti IPCMC sebagai ancaman kepada mereka sebaliknya IPCMC boleh dijadikan sebagai salah satu sebab kepada anggota-anggota PDRM untuk bekerja dengan lebih baik.

Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet, menteri-menteri besar, exco-exco, ahli parlimen dan adun itu sendiri dipantau oleh rakyat dan “ujian penilaian” akan diberikan kepada mereka pada musim pilihanraya.

Jadi apa masalahnya dengan IPCMC untuk mengawasi PDRM?

sumber - themalaysianinsider

Gelakkan saja!





Rosmah derhaka kepada DYMM Agung! Daulat Tuanku!

Sepatutnya puak-puak UMNO Perak dah berbaris panjang depan Istana Najib Putrajaya sekarang ni jugak!
Sepatutnya puak-puak UMNO dari semua bahagian UMNO di Perak dah berdemo di Putrajaya!
Bukankah UMNO Perak menjadi wira dalam men'tuhan'kan Sultan tak berapa lama dahulu!
Seolah-olah apa jua bicara & keputusan Sultan itu adalah wahyu daripada Allah SWT! Tak boleh disanggah!

Kini, Rosmah telah menghina Permaisuri Agung!
Takkan diam sahaja UMNO Perak?
Mana Pemuda UMNO Perak yang pernah berkata "rela mati' mempertahankan kedaulatan Sultan?
Ke Daulat Rosmah lagi tinggi dari daulat Agung?

Kalau ikt jambul dan gerbangan rambut memang kalah la Permaisuri Agung!
Sebab Permaisuri Agung terbukti keIslamannya.. bertudung penuh!

Persoalannya, siapakah 'First Lady' Malaysia sebenarnya?
Rosmah ke atau permasuri Agung?

sunsnake 06052010

Come again! First Lady?

Wednesday, 05 May 2010

The advert below, inserted in The New York Times, costs about RM10 million, artwork and all, and was paid for by the Chief Minister of Sarawak’s business outfit.

Malaysians may be quite surprised to know that the First Lady is no longer the Raja Permaisuri Agong, as in the Federal Constitution of Malaysia, but Rosmah Mansor, as in the Prime Minister’s wife.

Article 32 of the Federal Constitution of Malaysia says:

1. (1) There shall be a Supreme Head of the Federation, to be called the Yang di-Pertuan Agong, who shall take precedence over all persons in the Federation and shall not be liable to any proceedings whatsoever in any court.

2. (2) The Consort of the Yang di-Pertuan Agong (to be called the Raja Permaisuri Agong) shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation.

In short, Article 32.2(2) of the Constitution means that the Raja Permaisuri Agong is the First Lady of Malaysia. And it costs just RM10 million to amend the Federal Constitution of Malaysia to make the wife of the Prime Minister the new First Lady.

sumber






Munafiknya UMNO Perak!


UMNO Perak menuduh DS Nizar sewaktu menjadi MB dahulu sebagai boneka cina kerana meluluskan tanah yang jauh lebih sedikit kepada cina-cina miskin berbanding jumlah tanah yang lebih besar kepada melayu-melayu miskin.

DS Nizar meluluskan tanah-tanah Kampung Baru untuk kaum cina miskin dimana tanah-tanah itu hanyalah seluas rumah-rumah mereka. Semua orang tahukan betapa rumah-rumah cina di Kampung-kampung Baru hanyalah bersaiz kecil? Sedangkan tanah-tanah yang diluluskan buat kaum melayu iaitu di kampung-kampung atau perumahan tersusun jauh lebih besar! Terbukti sewaktu teman berkempen di PRK Parlimen Bukit Gantang iaitu di Dun Trong, ada melayu yang mendapat tanah seluar 1/2 ekar! Ini tidak pula dijelaskan oleh UMNO diwaktu itu?

Hakikatnya, kini UMNO Perak melalui MB Haramnya DS Zambry pulak yang terbukti memang menjadi barua cina MCA! Dengan bersahaja mengumumkan peruntukan RM50 ribu kepada setiap bahagian MCA di negeri ini! Sepanjang DS Nizar menjadi MB, belum pernah dia meluluskan apa-apa peruntukan kepada mana-mana parti termasuk DAP! Apatahlagi PAS dan PKR!

Moga laknat Allah SWT kepada Barisan Nasional Perak terutamanya UMNO yang sangat-sangat khianat kepada bangsanya sendiri!
sunsnake 06052010

APA WAJARNYA MCA BAHAGIAN SELURUH PERAK DIBERI PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI

Tuesday, May 4, 2010

Sewaktu PR memerintah Perak, UMNO menjaja merata kampung kononnya Hj Nizar boneka DAP, kuda tunggangan Cina, gadai tanah orang Melayu bagi kat Cina, mengabaikan Sekolah Agama Rakyat sebaliknya membantu Sekolah-sekolah Cina, bagi peruntukan kepada kuil, tokong dan gereja dan macam-macam lagi tohmahan dan fitnah.

Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.

Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak.

Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak. Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.

Sewaktu PR memerintah Perak, PAS, PKR dan DAP tidak pernah diberi peruntukan untuk tujuan pembangunan. Kerajaan PR memberi peruntukan RM 200 ribu setahun kepada wakil-wakil rakyat, manakala di setiap DUN yang tidak diwakili oleh wakil rakyat PR, kerajaan melantik Penyelia DUN untuk menyalurkan peruntukan tersebut.

berita penuh

Teman sokong Ezam Mohd Noor!


Rilek kawan-kawan.. Baca kasi habis dulu.. teman belum terpikir nak pindah khemah lain!!
Na'uzubillah! he he he


Susuk tubuh bernama Khairi Jamaludin ini semakin kelam sekelamnya ayah mentua kesayangan...
Walaupun memainkan peranan yang agak hebat di PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jarang-jarang kedengaran suara KJ dimedia-media utama..
apatah lagi dalam media UMNO!
Teman dapat tahu sepanjang PRK Hulu Selangor,
KJ berkampung di Sg.Choh membuat aktiviti-aktiviti bersama pemuda.
Antara aktivitinya adalah perlawanan bolasepak persahabatan dengan pengundi-pengundi muda dimana yang menang dapat RM500, yang kalah dapat RM250!! Setiap seorang!!! pehhh!!

Nampaknya harapan menantu bapak ini untuk menjadi seorang yang bergelar paling kurang Timbalan menteri makin kabur ditambah lagi kekaburannya apabila 'hardcore' Ezam Mohd Nor kini bergelar Senator!
Pada teman, kalau dari segi berhujah dan isinya jauh lah lebih baik Ezam ini daripada KJ.
Ini kerana idola Ezam ini dalam gaya dan isi pidato pastinya adalah DS Anwar Ibrahim sendiri sedangkan KJ lebih kepada isi pidato yang mengarut-ngarut seperti Pak Lah dan biadap seperti dirinya sendiri!

Benar, Mukhriz terlalu lemah dari segi pidatonya kerana dia lebih mirip gaya ayahnya Che Det yang agak slow tetapi sangat tajam dan mendalam tuturnya.
Teman sendiri mengakui hanya Dr Mahathir yang mampu memberi persaingan dengan DS Anwar Ibrahim dari segi ini.
Najib? Menjerit tak tentu hala dalam ucapan dengan mengharapkan penyokong upahannya bersorak!
Lebih kurang ucapan Pak Lah semasa menjadi PM dahulu.

Harapan teman, jika KJ perlu diganti, elok benarlah Ezam Mohd Nor ini dijadikan gantinya. Janganlah Mukhriz ataupun sesiapapun dipilih dan jangan lupa,
jika Ezam dipilih, pastinya Lokman Nor Adam akan tersenyum lebar! Masyukkkk!!!
sunsnake06052010

KJ Gelabah: Ezam jeling jawatan Ketua Pemuda Umno

Oleh Dzulkarnain Taib

Setelah dilantik secara rasmi sebagai anggota Dewan Negara 3 Mei lalu, bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Mohamad Ezam Mohd Nor kini didakwa 'berminat' serta mengalihkan pandangan mata politiknya kepada jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang disandang oleh Khairy Jamaluddin.

Pemerhati politik berpendapat dengan kuasa politik baru yang ada pada tangan bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Beliau berpeluang untuk merebut jawatan yang kini disandang Khairy.

Sehingga berita ini ditulis Khairy masih lagi Ketua Pemuda Umno yang dinafikan sebarang jawatan kabinet.

Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Ghafar tidak menolak jawatan Khairy akan dicabar Senator Ezam dalam pemilihan parti akan datang.

berita penuh

Polis macam drama Tamil!


Oleh Frederick Luccas


KUALA LUMPUR 5 Mei - Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran berkata pihak polis seolah-olah sudah mempunyai skrip bertulis setiap kali polis terlibat dalam kejadian yanng melibatkan kematian orang awam.

Jalan cerita yang digunakan oleh polis pula dalam kes kematian remaja 14 tahun itu seakan-akan sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh polis dalam kes penembakan ibu tunggal, Norizan Salleh tahun lalu.

Surendran bwerkata demikian pada majlis penerangan mengenai kes Aminulrasyid dalam forum 'Keadilan Untuk Aminulrasyid' anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia semalam
"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.
"Ini bukan cerita aksi Bruce Willis (pelakon Hollywood), ini merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dalam ketakutan. Dari mana pula polis mendapat idea cerita aksi Hollywood sebegini?" tanya Surendran.
Jelas beliau, apa yang telah menimpa Aminulrasyid adalah satu tragedi dasyat yang bermula dengan beberapa kesalahan kecil yang tidak begitu serius.

"Pertama, Aminulrasyid keluar pada waktu malam, ini bukan kesalahan. Kalau dia balik rumah lepas itu maksima hukum seminggu tak boleh keluar rumah, itu saja. Kedua dia mengambil kereta kakaknya, ketiga kereta yang dipandu Aminul tergeser dengan sebuah kereta lain dan keempat Aminulrasyid dikejar oleh beberapa motosikal yang mungkin kawan kepada pemilik kenderaan yang digeser Aminulrasyid.

"Kesemua ini hanyalah insiden kecil yang tidak langsung memberi sebab kukuh untuk polis menembak mati Aminulrasyid. Jelas sekali polis telah mengambil keputusan sendiri, menjadi hakim dan memutuskan lebih baik Aminulrasyid ditembak mati," tegas beliau lagi.
Surendran mendedahkan ada saksi yang menyangkakan bahawa aksi pgengambaran untuk filem sedang diambil, apabila melihat polis menembak bertubi-tubi ke arah kereta Aminulrasyid sambil mengejarnya.


Beliau memberikan contoh kes yang berlaku pada 10 Oktober 2003, di mana seorang pelajar Tingkatan 6, Vikenes Vesvanathan, ditembak mati bersama-sama dua orang rakannya di Nilai, Negeri sembilan.
Dalam kes ini luka tembakan di kepala Vikenes condong dari atas ke bawah dalam kira-kira 45 darjah, seolah-olah Vikenes ditembak dari jarak dekat semasa beliau dalam keadaan melutut di tanah semasa tembakan di kepala dilepaskan.
Surendran kesal sehingga kini tiada siasatan dan tiada anggota polis yang diheret ke mahkamah.
Malah lebih menyedihkan lagi, pelajar tersebut dilabel oleh polis sebagai suspek rompakan bersenjata sama seperti Aminulrasyid yang dituduh sebagai penjenayah oleh polis.

"Ini menunjukkan berapa perlunya IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis) di negara ini. Jika wujudnya badan untuk memantau setiap gerak geri polis, maka kesemua tragedi ini dapat dielakkan sama sekali kerana polis akan lebih berhati-hati apabila mengambil tindakan dan tidak berani melakukan sesuka hati mereka," kata peguam itu lagi
Surendran juga membuat perbandingan kes tembakan polis di antara United Kingdom dan Malaysia sepanjang 2009.

"Di United Kingdom yang mempunyai populasi lebih 50 juta hanya dua kes terjadi tetapi di Malaysia dengan jumlah pendudk separuh daripada UK, sejumlah 39 kes yang direkodkan oleh NGO sahaja. Jumlah sebenar kematian kerana keganasan polis tidak diketahui hingga kini," tambah beliau lagi.

Ada tel*r ke Pemuda UMNO Kedah ni??

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH
Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah,
Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan
06250 Alor Setar, Kedah Darul Aman


KENYATAAN AKHBAR
20 Jamadilawal 1431
04 Mei 2010


Kepada:

Semua Ketua Biro Media Cetak & Eletronik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KEDAH CABAR PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH BERDEBAT ATAS ISU PENGHINAAN TERHADAP KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH.

Saya, Mohamad Helmi Bin Mohamad Khalid selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dengan rendah diri ingin menyatakan bahawa pihak saya ingin menghentikan segera segala tuduhan, tohmahan, fitnah yang amat sangat berhubung isu yang diputarbelitkan oleh pihak Umno berkenaan soalan lisan oleh YB Mohd. Nasir Mustafa (Kubang Rotan) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada 26 April lalu.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah juga melihat, Umno telah memanipulasikan isu ini sekaligus telah menimbulkan suasana kurang senang dan kekeliruan di kalangan rakyat.

Maka untuk memberikan satu gambaran tepat kepada rakyat berhubung isu ini, dengan tegas, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah, dengan ini mencabar Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu ini.

Saya menyerahkan kepada budi bicara Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah bagi menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk melangsungkan debat terbuka ini demi memberikan satu jawapan tepat setelah isu ini diputarbelitkan oleh pimpinan Umno.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,



(MOHAMAD HELMI BIN MOHAMAD KHALID)
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah