Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, January 26, 2010

UMNO makan UMNO!


Kadang-kadang teman heran.. betul-betul heran..
Apsal dah jadi kes sebegini.. Jelas dan nyata..
masih ada lagi yang nak sokong parti perkauman nih!
Saudara 'se'parti lagikan dianiaya, inikan pulak musuh sendiri!

Bayangkan, yang berpangkat dalam UMNO pun kena 'scam' dengan parti sendiri!
Parti apa ini?
Baru ni media pencacai UMNO Dulu Kini dan mungkin Selamanya..
Sibuk dok cerita budaya 'Cah Keting' kononnya didalam Kerajaan Kelantang!

Korokmu!! Ni haaa?? bukan cah keting?
Cah keting UMNO pernah sampai berbunuh-bunuh tau!

Itu bukan cah keting dah! Itu takuk tengkuk!
sunsnake 26.01.2010


Saman RM546 Juta : BN lepas tangan, ayah penyanyi Fazley jadi kambing hitam
http://syukran.wordpress.com/

Ngeri sungguh jadi Setiausaha Kerja (SUK) Barisan Nasional, bila Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) mengemukakan saman, dengan begitu mudah mereka hantar afidavit yang mengatakan :

“BN bukanlah pihak yang bersalah untuk disaman dan saluran betul ialah menerusi setiausaha kerjanya”.

Menurut Bernama, PPSB memfailkan saman itu pada 7 Disember 2007, terhadap BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Januari 2006 untuk membekal dan memasang papan iklan pengiklanan di kawasan terbuka bagi mempromosikan BN.

Syarikat itu, yang dilantik sebagai ejen untuk memasang papan iklan tersebut untuk BN, menamakan BN yang diwakili pada ketika itu setiausaha kerjanya Datuk Yaakob Mohammad sebagai defendan.

PPSB dalam pernyataan tuntutan, antara lain mendakwa bahawa menurut kontrak itu, BN berhak menamatkannya pada bila-bila masa dalam masa enam bulan ketika ia ditandatangani tetapi notis penamatan kontrak tersebut dikeluarkan selepas enam bulan.

Syarikat itu mendakwa bahawa ia mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.

Bagi saya, tindakan PPSB betul dan BN kena bertanggungjawab secara kolektif, bukannya menjadikan SUK, Datuk Yaakob yang juga ayah kepada penyanyi terkenal Fazley sebagai kambing hitam.

Memanglah dia yang jadi wakil untuk menguruskan perkara itu. Tetapi semua keputusan tidak dibuat oleh beliau sendiri. Pengerusi BN masa itu (Pak Lah) juga patut dipertanggungjawabkan.

Datuk Yaakob juga adalah orang kuat Umno iaitu parti yang pernah disaman sebanyak RM RM218 juta oleh syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisor Sdn. Bhd kerana enggan membayar kos penyediaan barangan kempen Pilihanraya 2004.

Yakin bebenor ke PR akan menang Pilihanraya Perak?

Orang lain teman tak tahu..
Tapi teman dapat merasakan ada yang tak kena dengan berita-berita sebegini..
Manakan mungkin Najib nak suka-suka lepaskan Perak?
Kalau benar dia mahu lepaskan Perak, pastinya Zambry takkan membawa kes ke Mahkamah Rayuan lalu membatalkan hak DS Nizar sehari sebelumnya!

Pasti segala perancangan telah disiapkan serapi-rapinya!
Dan segala kerja jahat mereka pasti telah bersedia!
Ibarat anak panah yang telah ditarik busur.. hanya menanti dilepaskan!

Teman yakin, UMNO telah menyediakan segala persediaan daripada segenap aspek taktikal & teknikal termasuk menggunakan segala agensi kerajaan yang ada baik kepunyaan Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat!
Silap-silap Istana Rajagopal juga akan turut menjadi pemain utama!

Manakan mungkin UMNO mahu bertanding di padang yang rata, jika tidak, 1990 lagi kita dah memerintah Malaysia!
sunsnake 26.01.2010

Kemelut politik Perak menghampiri penghujungnya
Al-Husseyn

Melihat kepada kenyataan rasmi Sekretariat Pakatan RakyatNegeri Perak , maka kini , desas desus mengatakan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan adalah sangat berasas.

Bahawa MB Rakyat Perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin memaklumkan telah menerima surat rasmi dari Mahkamah Persekutuan, yang akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Selain itu, khabar angin luas merebak bahawa DUN Perak akan dibubarkan menjelang tahun baru Cina, apabila Nizar diumumkan memenangi kes itu dengan 4:1. Nizar seperti dijanjikan jika memenangi kes itu akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Zambry Kudeta telah dilihat bersama dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke India sebagai satu perbincangan berkenaan politik Perak serta Pengerusi SPR mengadap Sultan Perak sebagai satu petanda cukup bai bahawa DUN Perak akan dibubar dan Pilihanraya baru akan diadakan.

Krisis politik Perak yang melanda hampir setahun yang lalu masih belum reda menyebabkan kedudukan kerajaan kudeta Zambry umpama telur di hujung tanduk.Tiada apa-apa kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan kudeta Zambry, berbanding dengan era pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah DS Ir Nizar.

Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak pada 31 Januari di Darul Taalim, Selama, akan memperlihatkan semangat dan komitmen perjuangan. (Sila lihat banner diatas blog ini)

Dengan adanya pilihanraya ini nanti, dapatlah rakyat Perak diberikan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.Samada mahukan UBN atau Pakatan Rakyat.

Kita berharap SPR akan melaksanakan tugasnya dengan telus dan adil supaya proses PRU dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya.Maka dengan ini, adalah diharapkan kemelut politik Perak akan sampai ke penghujungnya dimana rakyat negeri Perak akan dapat hidup aman dan makmur dan hanyalah dengan memilih Pakatan Rakyat , jaminan tersebut akan tercapai .

Enjin Jet - Siapa kelentong siapa nie???


hmmm..
Makin musykil.. sebegitu besor enjin..
sebegitu hebat tentera...
sebegitu tegas training...
sebegitu melentik misai pegawai!

Pun boleh kena tipu dengan seekor sarjan dan seekor tokey?
Pun boleh kena kelentong dengan 2 ekor makhluk Allah yang kurang pengalaman
berbanding Jeneral yang bergaji besor? Berelaun besor?
Menteri Pertahanan yang serba besor? Malahan ber'bini' besor?

Ke rakyat Malaysia yang sedang kena kelentong dengan segerombolan manusia yang berekor 'ghaib'?
sunsnake 26.01.2010

Tiada pegawai kanan terlibat, namun ia dirancang rapi
Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memberitahu, kehilangan dua enjit jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 telah dirancang dengan rapi tetapi tidak membabitkan pegawai atasan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi TUDM.

Ekoran itu, beliau mengesahkan, perletakan pegawai kanan TUDM berpangkat Brigedier Jeneral sebelum ini sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan kes ini.

"Kami sedar ada semacam persepsi bahawa pegawai kanan tentera terlibat tetapi sebenarnya tidak," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau bagimanapun mengesahkan, ia berlaku secara terancang dan rapi.

Hadir sama dalam sidang media itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud.

Ini adalah pertemuan kedua PAC dengan kementerian dan TUDM.

Azmi juga berkata, harga enjin jet ini bukannya RM50 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini tetapi sekitar RM400,000 sahaja setiap satu.

Tidak puas hati

Sementara itu, salah seorang anggota PAC, Datuk Kamarudin Jaffar dari PAS ketika dihubungi berkata, beliau sendiri tidak berpuashati dengan keputusan penyiasatan ini kerana tidak banyak yang diperolehi dan masih banyak yang menjadi tandatanya.

"Bagaimanapun, pihak tentera telah berjanji untuk mempertingkatkan sistem penyimpanan alatan tentera mereka yang bagi saya amat strategik ini dan perlukan pegawai dan kakitangan yang tinggi disiplinnya," kata Kamarudin.

berita penuh