Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 9, 2010

Pengarah JAIS 4 Senawi pun takde?? Ustaz Akhil!!!


Wakakakaak!!
Keluar arahan macam bekas studen Al-Azhar!
Komen kat Dr Asri Zainal Abidin macam dianye mengaji kat Madinah!
Komen kat Tuan Guru Nik Aziz macam dia pun sama gak mengaji kat Deoband, India!

Ghope-ghopenyer!!! yilleeekkk!! Poccik!!

wakakaka!
wakakakak!
wakakaka!
Aduyaiiii!!! senak perut lak gelak!!
aduyaiiii!!

rupanya lebih kurang teman jugak!!

Ustaz Akhil Hayy kompom gelak kalau baca berita nih!

errr... macam tak percaya ke si Khusrin ni takde kelulusan agama?
Ye ke ni YB Khalid?

sunsnake 09082010

'Khusrin, tak ada Empat Senawi jangan sibuk'
Ogos 9, 10 6:29pm

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sepatutnya mempunyai kelulusan Sijil Menengah Agama sebelum menetapkan syarat untuk mengisi jawatan pengerusi masjid dan surau.

"(Khusrin) hendak pengerusi masjid dan surau paling rendah ada kelulusan Tiga Senawi (Sijil Rendah Agama). Ini saya sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khusrin pada hujung minggu lalu berhubung jumlah penceramah tanpa tauliah di masjid dan surau negeri itu.

"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan. "Nanti jadi masalah kepada pentadbiran Selangor," katanya yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Khusrin itu sebagai "berbau politik."
Berita Penuh

Muhyiddin 'Batu Lighter' cap Crickett!


Wakakakaak!
Teman sokong YB Khalid!!

Tambah sikit lagi... bukan setakat batu api..
tapi batu api lighter! sebab banyak digunakan!

Patutlah TukarTiub panggil dia Mat Sembab!
Memang hobi dia keluarkan fatwa dan berlaga-laga!!

Wakakaka!
Sib baik anak dia artis..
sunsnake 09082010

TPM didakwa 'batu api' lagakan PAS-DAP
Salhan K Ahmad
Ogos 9, 10

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'batu api' yang didakwa cuba melaga-lagakan PAS dan DAP dalam isu diskaun harga rumah untuk bumiputera.

Kenyataan Muhyiddin itu timbul berikutan kenyataan awal ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya dimansuhkan dasar pemberian diskaun untuk bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial. NONE "Isu yang ditimbulkan Tony Pua ialah diskaun tidak sepatutnya diberikan kerana mereka yang sudah kaya. Pada dasarnya saya setuju.

"Datuk Seri presiden (Abdul Hadi Awang) pula menimbulkan persoalan hak istimewa orang Melayu dan keperluan hak untuk membantu orang Melayu yang masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi dan sebagainya. "Pada dasarnya, saya pun bersetuju," katanya lagi dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Berita Penuh

Sah! Kerajaan UMNO balacikan PDRM!


Sah! Sah! Sah!
Kalau boleh 100x teman nak ulang
Sah! Sah! Sah!

Betapa bangsatnya Kerajaan UMNO dalam menangani himpunan rakyat!

Lihatlah! Betapa 'mulia'nya rakyat berdemonstrasi di KOMTAR Pulau Pinang..
Hanya 10 orang Polis diperlukan dan hanya memerhatikan sambil tersenyum mungkin..

Sedangkan himpunan PROTES di Kuala Lumpur, polis sudahpun menangkap sedangkan himpunan belum pun bermula!

Kalau bukan bangsat, apakah lagi perkataan yang sesuai buat Kerajaan UMNO-BN ini?
sunsnake 09082010

Aktivis ditahan menjelang perhimpunan PROTES - mkini
Ogos 9, 10

Menjelang himpunan membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah pantai. Menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, dua pemimpin Pemuda PKR dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah ditahan. "Aiyo, apa polis hyper sensitif, belum ada sesuatu sudah tangkap orang...," katanya dalam laman Twitter. Menurut saksi kejadian, ketiga-tiga mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka. Difahamkan ketiga-tiga mereka kini dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baharu.


Ramadan: Peniaga Melayu Komtar protes dilarang berniaga-Mkini
Ogos 9, 10

Sekumpulan peniaga Melayu memprotes tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di gerai masing-masing dalam bangunan Komtar sewaktu bulan puasa.Kumpulan tersebut, yang diketuai Persatuan Peniaga Komtar (KMA), berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di tingkat tiga awal pagi ini. Kira-kira 10 anggota polis memantau keadaan di situ tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Seramai 27 peniaga terbabit, mendakwa bahawa pengerusi jawatankuasa pemulihan Komtar dan ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat keputusan melarang mereka berniaga di gerai masing-masing.

Nasib KPN ditentukan oleh Menteri?

Punya la kesian kat Ketua Polis Negara..
Nasibnya pun Menteri yang tentukan..
aduyaii!! sedih gilerrrr!!!

Punya la tinggi pangkat...
Punya la besar kuasa.. Punya la hebat 'paku' di baju..
Last-last.. Menteri yang tak pernah berkawad!
tak pernah dihambat penjenayah yang tentukan nasib dia..
hmmm.. inilah dia politik!

wakakakaka!

sunsnake 09082010

Ketua Polis diumum bila sampai masanya, kata Hishammuddin

August 09, 2010
PUTRAJAYA, 9 Ogos — Keputusan sama ada kontrak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan disambung atau tidak akan diumum apabila sampai masanya nanti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Bila sampai masanya nanti, kita akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran MSAFE Putrajaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan kontrak Musa, 59, yang akan berakhir 12 Sept ini.

Berita Penuh

Surat Sokongan - Apa beza Sokongan dan Arahan?


Apa pentingnya Surat Sokongan dikeluarkan oleh pemimpin @ penjawat awam?
Kalau dah kata Surat Sokongan tiada kuasa, adalah lebih baik di'tiada'kan terus!

C'monlah...
Semua orang tahu apa fungsi Surat Sokongan ni..

Teman pun ada satu cerita pasal surat sokongan ni..

Dulu masa teman keje di company pembuat kereta tersohor di Selatan Negeri Selangor..
ada satu sesi interview untuk satu jawatan yang agak besar laaa..
Dan Manager teman dah confirm nak promotekan sorang staff dia ni..
staff ni memang orang lama dan sangat baik rekodnya..
Cuma, atas beberapa sebab terpaksa buat sesi interview dengan calon-calon lain termasuk calon luar..

Tiba-tiba dalam sesi interview tu ada sorang calon luar, borang minta kerja dia atas satu 'stick note' kat atasnya..

"Please consider this candidate!" simple je ayat tu..
tapi ditandatangani oleh Senior General Manager company tuh!!!

Gulp! telan air liur gak si Manager ni tadikkkk!!
Akhirnya? rasanya kome boleh agak apa kesudahan cerita ni..

Yang lagi malang.. mamat yang di'sokong' oleh SGM ni tadi memang hampeh gilerrr!!
Langsung tak boleh keje! Berlagak nak mampos!!
maklumlah.. 'cable emas'...

so? nampak tak apa masalahnya dengan "Surat Sokongan" ni..

Tak payah hipokrit la kata Surat Sokongan ni takde effect apa-apa...
sunsnake 09082010

Tsu Koon: Surat sokongan hanya rujukan, bukan arahan

August 08, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Surat sokongan yang dikeluarkan pemimpin politik bagi membantu permohonan orang awam bukan bertujuan mengarahkan penjawat awam meluluskan permohonan tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sebaliknya ia dikeluarkan sebagai rujukan kepada penjawat awam untuk membantu mereka mempertimbang permohonan, katanya.

“Contohnya, kita selalu menulis surat sokongan untuk pelajar memohon biasiswa, kita kata tolong pertimbang, tetapi itu tidak harus dianggap sebagai arahan atau perintah kepada pegawai berkenaan.

“Anda boleh tulis, setiap orang boleh menulis surat sokongan menyatakan perakuan, misalnya untuk kawasan ini kalau dilanda banjir kita boleh tulis surat untuk projek tebatan banjir, tapi ia tidak sepatutnya dianggap sebagai arahan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2010 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Berita Penuh

Surat Sokongan - Jangan Jadi Barah dalam PR


Sekali lagi teman nak membebel pasal isu Surat Sokongan ni..
Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan!!!

Terlalu banyak implikasinya terhadap perjalanan sesebuah kerajaan terutama bagi kerajaan Pakatan Rakyat yang setahun jagung ni..
Sangat mudah merosakkan integriti dan kepercayaan rakyat...

Kita selalu melaungkan yang UMNO-BN rasuah..
UMNO-BN tidak amanah..
UMNO-BN tidak adil dan macam-macam lagi..
dan itulah hakikatnya.. semua orang tahu..

So, mengapa kita pun nak ikut sama?
Apa susahnya nak hapuskan Surat Sokongan ni?
Apa hebatnya Surat Sokongan ni?
dan apa masalahnya sampai perlu sangat dengan Surat Sokongan ni??

sunsnake 09082010

Surat sokongan awal Ronnie Liu bukti baru panel disiplin DAP?

August 09, 2010

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Isu surat sokongan melibatkan pemimpin kanan DAP Selangor berhadapan dengan persimpangan baru ekoran pendedahan satu surat sokongan, didakwa ditandatangani Ronnie Liu lebih awal — pernah dikeluarkan kepada syarikat milik anak Tee Boon Hock.

Pendedahan pengeluaran surat sokongan kepada anak Tee, bekas pembantu khas Liu dan bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang dipecat awal bulan ini, dijangka akan menjadi asas baru kepada pembelaannya kelak.

Surat sokongan untuk lima syarikat termasuk kepada syarikat Tee, perkhidmatan AA, bertarikh 14 April 2008, yang membawa tandatangan Liu menggunakan kepala surat Exco Kerajaan Negeri.

Surat itu dialamatkan kepada Pengarah Alam Sekitar dan Landskap MPK, bagi tujuan mendapatkan kerja-kerja bernilai RM1 juta, memperakui syarikat-syarikat itu sebagai kontraktor yang beralamat di bahagian Dewan Undangan Negeri Pandamaran.

Berita Penuh

Noh Omar Buat Lawak! Wakakaka!


Aduyaii!!
Baru masuk Islam ke mamat Menteri ni?
Ke sejak UMNO kalah di Selangor ni.. baru datang 'hidayah' kat sanubari dia?
Ke sejak projek pasir orang-orang UMNO Selangor terhalang..
Baru nampak kebenaran Islam? baru nak taubat?

Jelas, permintaan mamat ni berbaur politik..
penuh dengan dengki dan dendam!

baguslah apa yang dia minta..
tapi persoalannya.. mengapa sekarang?
Mengapa Selangor?

Mengapa tidak UMNO gerakkan permintaan ni di seluruh negara terutama negeri-negeri yang dia perintah secara total? (ADUN UMNO Majoriti)

Johor apa cerita?
Melaka apa cerita?
Negeri Sembilan apa cerita?
Terengganu apa cerita?
Pahang?
Perlis?
Perak?

InsyaAllah, PAS akan menggunakan segala yang ada dan didalam kemampuan untuk amal makruf nahi munkar ni..
dan itulah yang telah dilakukan oleh PAS sejak dahulu...
tak perlu nak bising-bising..
tak perlu nak cabar-cabar!

Itu dah memang tanggungjawab sebagai Muslim...

hmmm.. layankan aje puak-puak sengal ni menyalak!

sunsnake 09082010

Ramadhan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di S'gor

Ogos 9, 10
6:22am

Umno mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadhan. "Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' malam tadi.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

Ramadhan - Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur



Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond


tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya




Glory! Glory! Manchester United!!!

Buat Chelsea... Cuba lagi..
teman tahu... team kome tak full strenght malam tadi..
Kalau Petr Cech yang keeper.. mau lain jadinye..

Apa-apa pun.. Liverpool dan Arsenal wajib goyang la dengan team teman season nih!!

nah tengok highlight kat bawah ni..
tapi jangan tanya apsal segala-galanya terbalik dalam video ni?
sebab teman pun tak tahu!!! wakakaka!

sunsnake 09082010