Sekali lagi teman nak membebel pasal isu Surat Sokongan ni..
Terlalu banyak keburukan daripada kebaikan!!!
Terlalu banyak implikasinya terhadap perjalanan sesebuah kerajaan terutama bagi kerajaan Pakatan Rakyat yang setahun jagung ni..
Sangat mudah merosakkan integriti dan kepercayaan rakyat...
Kita selalu melaungkan yang UMNO-BN rasuah..
UMNO-BN tidak amanah..
UMNO-BN tidak adil dan macam-macam lagi..
dan itulah hakikatnya.. semua orang tahu..
So, mengapa kita pun nak ikut sama?
Apa susahnya nak hapuskan Surat Sokongan ni?
Apa hebatnya Surat Sokongan ni?
dan apa masalahnya sampai perlu sangat dengan Surat Sokongan ni??
sunsnake 09082010
Surat sokongan awal Ronnie Liu bukti baru panel disiplin DAP?
August 09, 2010
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Isu surat sokongan melibatkan pemimpin kanan DAP Selangor berhadapan dengan persimpangan baru ekoran pendedahan satu surat sokongan, didakwa ditandatangani Ronnie Liu lebih awal — pernah dikeluarkan kepada syarikat milik anak Tee Boon Hock.
Pendedahan pengeluaran surat sokongan kepada anak Tee, bekas pembantu khas Liu dan bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang dipecat awal bulan ini, dijangka akan menjadi asas baru kepada pembelaannya kelak.
Surat sokongan untuk lima syarikat termasuk kepada syarikat Tee, perkhidmatan AA, bertarikh 14 April 2008, yang membawa tandatangan Liu menggunakan kepala surat Exco Kerajaan Negeri.
Surat itu dialamatkan kepada Pengarah Alam Sekitar dan Landskap MPK, bagi tujuan mendapatkan kerja-kerja bernilai RM1 juta, memperakui syarikat-syarikat itu sebagai kontraktor yang beralamat di bahagian Dewan Undangan Negeri Pandamaran.
Berita Penuh
0 comments:
Post a Comment