Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, August 9, 2010

Sah! Kerajaan UMNO balacikan PDRM!


Sah! Sah! Sah!
Kalau boleh 100x teman nak ulang
Sah! Sah! Sah!

Betapa bangsatnya Kerajaan UMNO dalam menangani himpunan rakyat!

Lihatlah! Betapa 'mulia'nya rakyat berdemonstrasi di KOMTAR Pulau Pinang..
Hanya 10 orang Polis diperlukan dan hanya memerhatikan sambil tersenyum mungkin..

Sedangkan himpunan PROTES di Kuala Lumpur, polis sudahpun menangkap sedangkan himpunan belum pun bermula!

Kalau bukan bangsat, apakah lagi perkataan yang sesuai buat Kerajaan UMNO-BN ini?
sunsnake 09082010

Aktivis ditahan menjelang perhimpunan PROTES - mkini
Ogos 9, 10

Menjelang himpunan membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah pantai. Menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, dua pemimpin Pemuda PKR dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah ditahan. "Aiyo, apa polis hyper sensitif, belum ada sesuatu sudah tangkap orang...," katanya dalam laman Twitter. Menurut saksi kejadian, ketiga-tiga mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka. Difahamkan ketiga-tiga mereka kini dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baharu.


Ramadan: Peniaga Melayu Komtar protes dilarang berniaga-Mkini
Ogos 9, 10

Sekumpulan peniaga Melayu memprotes tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melarang mereka berniaga di gerai masing-masing dalam bangunan Komtar sewaktu bulan puasa.Kumpulan tersebut, yang diketuai Persatuan Peniaga Komtar (KMA), berhimpun di depan pejabat kerajaan negeri di tingkat tiga awal pagi ini. Kira-kira 10 anggota polis memantau keadaan di situ tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Seramai 27 peniaga terbabit, mendakwa bahawa pengerusi jawatankuasa pemulihan Komtar dan ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat keputusan melarang mereka berniaga di gerai masing-masing.

0 comments: