Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, July 8, 2010

Terbukti UMNO tiada tel*r!


Teman dah kabo dah hari tu... (klik sini)
Mengharap UMNO setuju berdebat sama jugak macam mengharapkan team bola Malaysia masul final round World Cup!

UMNO sepatutnya mengambil peluang 'debat' ini untuk membuktikan kebenaran mereka!
dan PAS juga selayaknya mengambil peluang ini untuk membuktikan kebenaran!

Apa masalahnya dengan debat?

Mengapa UMNO takut untuk berhujah?

Ketua Penerangan UMNO sendiri jelas takut untuk berdebat!
Full stop!

Apa lagi alasan yang mahu direka oleh UMNO mengelak debat kali ini..

Bercakap depan pemberita.. depan wartawan bukan main hebat!
One way speech boleh laaa....

Kesian makcik-pakcik felda semalam.. kena goreng dengan najib! wakakaka!
Bila la melayu UMNO Felda nak dapat kebenaran..
Hari-hari UMNO sumbat dengan 'tahi'!

sunsnake 08072010

Debat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.


Berita Penuh

Dolak Dalih Sang Mufti - Malaysia Negara Sekular


Bukan Islam jangan pertikai status negara - Mufti

KUALA LUMPUR 1 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam tidak seharusnya mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tanpa memahami sejarah serta Perlembagaan negara. Menurutnya, tindakan itu akan menyebabkan pihak luar serta orang bukan Islam lain menganggap Malaysia sebuah negara sekular. ''Malaysia ialah negara Islam. Perlembagaan tidak mengatakan Malaysia adalah negara sekular. "Orang bukan Islam wajib memahami perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan ulasan tanpa memahami latar belakang penubuhan negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya kepada satu portal berita bahawa DAP tidak akan menerima konsep negara Islam seperti yang dibawa oleh Pas jika berjaya memerintah kelak. Menurut Harussani, semua rakyat perlu memahami perjanjian asal ketika awal kemerdekaan supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan daripada isu itu. "Sekarang ini ramai yang sudah lupa tentang perjanjian yang dibuat oleh nenek moyang kita tentang hak keistimewaan Melayu dan Islam di tanah air ini. "Semua kaum di Malaysia perlu tahu tentang budaya serta agama kita (Islam) dan bukannya sekadar lahir di sini tapi tidak mahu mempelajari budaya setempat," katanya. Menurutnya, untuk meningkatkan pemahaman budaya setempat antara langkah yang boleh diambil ialah mewajibkan semua kaum di Malaysia boleh berbahasa Melayu dan mengetahui hal ehwal budaya Melayu. Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman turut tidak bersetuju dengan pandangan Pengerusi DAP yang menganggap Malaysia ialah negara sekular. Menurutnya, sekular ialah satu konsep yang mengasingkan antara agama dengan kehidupan dan Islam tidak pernah menganjurkan perkara sedemikian. Tegasnya, dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub Islam sebagai agama rasmi negara, maka sebarang usaha untuk menafikan perkara itu amat mendukacitakan hati umat agama itu. "Sebagai umat Islam yang taat, isu sekular memang tidak boleh diterima langsung dan boleh menyentuh sensitiviti umat secara tidak langsung," katanya. Jelasnya, jika ada pihak berterusan mempersoalkan isu sensitif itu, maka tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka. "Setiap orang yang memberi pandangan yang bercanggah dengan Perlembagaan negara perlu dikenakan hukuman supaya mereka tidak terus mengungkit isu sama pada masa akan datang," tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 02/07/10

Kenapa Mufti ‘Malu-malu’ Untuk Mengakui Malaysia Sebagai Sebuah Negara Sekular?

Malaysia hari ini sememangnya adalah sebuah negara sekular yang menerapkan sistem kufur peninggalan penjajah walaupun para pemimpinnya adalah orang Islam. Itulah hakikat yang sebenarnya. Faktanya ialah Malaysia hari ini adalah negara yang menggunapakai undang-undang ciptaan manusia iaitu perlembagaan yang hasilkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri. Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak lalu membentuk Malaysia. [http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid].

Wahai para mufti! Ketahuilah bahawa setiap apa yang kamu pertahankan dan perkatakan akan dipersoalkan oleh Allah SWT kelak di hari akhirat. Jika kamu mendakwa Malaysia adalah sebuah negara Islam maka selayaknya kamu menjelaskan apakah sebenarnya takrif bagi sesebuah negara itu sehingga ia layak dikatakan sebagai sebuah negara Islam beserta dengan dalil-dalilnya sekali agar apa yang kamu perkatakan itu ada nilainya di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW pernah berpesan “katakanlah yang benar biarpun ianya pahit”. Lihat: SN132 - MALAYSIA - NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR?

jebbat.blogspot.com

Anak Luar Nikah - Natijah Sistem Sekular

81,000 anak luar nikah berdaftar membimbangkan - IIM

IPOH 29 Jun - Angka yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa terdapat 81,000 anak luar nikah berdaftar ketika ini merupakan perkembangan yang membimbangkan. Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, antara punca yang menyumbang kepada peningkatan gejala sosial tersebut ialah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubahan budaya masyarakat. Menurutnya, sebanyak 55 peratus rakyat Malaysia dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai 'gila Internet' dan mereka mempunyai akses terhadap penyaluran maklumat melalui alam maya yang begitu luas. ''Perkenalan melalui Facebook dan laman sosial lain akhirnya mengundang kepada pergaulan bebas sehingga membawa kepada keterlanjuran dan sebagainya. ''Ini berlaku jika kita tidak memiliki benteng dan integriti diri yang kuat dalam era globalisasi kini,'' katanya pada Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Sektor Sosio Budaya IIM, Hamilye Sham Harun. Seminar sehari tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Hashim. Menurut Mohd. Tap, penyaluran maklumat secara berleluasa menyebabkan masyarakat terutama golongan muda lebih terdedah kepada budaya yang bertentangan dengan amalan masyarakat di negara ini dan tanpa disedari ia meresap ke dalam diri mereka. Dalam hal itu, katanya, semua pemimpin masyarakat perlu memberi tumpuan dalam melaksanakan usaha pengukuhan integriti golongan belia yang merangkumi 11.8 juta atau 42 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Sementara itu Abdul Rahman berkata, pemimpin masyarakat perlu mempamerkan nilai-nilai integriti yang tinggi terlebih dahulu agar mereka dapat menjadi contoh kepada masyarakat. ''Sebagai 'duta integriti' dalam masyarakat, mereka harus terlebih dahulu menanamkan nilai-nilai terpuji dalam kehidupan seharian seperti mengamalkan budi bahasa yang baik, berakhlak mulia, amanah dan tinggi tahap akauntabiliti masing-masing,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 30/06/10

81,000 Anak Zina Bersepah Di Malaysia. Apakah Para Pemimpin Umat Islam Hari Ini Bisu, Beku Dan Memiliki Hati Yang Keras Seperti Batu?

Apa lagi yang boleh kita perkatakan mengenai statistik yang dikeluarkan oleh pihak Jakim di atas? Inilah kesan dan akibatnya apabila sistem Islam tidak diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Bukannya 81 orang atau 810 orang tetapi 81,000 orang anak zina bersepah di Malaysia ini!!! Suatu angka yang cukup mengerikan. Jumlah ini mengambarkan betapa parahnya institusi masyarakat kita hari ini. Sewajarnya jumlah yang cukup tinggi ini menyedarkan para pemimpin umat Islam hari ini akan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu mereka pikul untuk kembali menerapkan Islam termasuklah sistem sosial Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Yakinlah bahawa inilah satu-satunya jalan penyelesaiannya. Tidak ada yang lain. Ketahuilah bahawa selagi para pemimpin umat Islam ini berpaling dari kewajiban untuk menerapkan sistem kehidupan Islam maka selama itulah kita akan menuai dan mengutip buah-buah busuk hasil dari guguran pokok Kapitalisme yang berakar umbi di dalam kehidupan umat hari ini. Firman Allah SWT: “Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”. [TMQ Al Baqarah (2) : 85]. FirmanNya lagi: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Taha (20) : 124].

Dulu Mahathir dan Pak Lah berkuasa. Dan kini Najib. Apakah mereka rasa tidak bersalah dengan jumlah anak haram yang bersepah ini? Ataupun hati mereka telah keras seperti batu melihat jumlah angka anak haram ini? Ketahuilah bahawa di tangan pemimpin yang berkuasa saat inilah sebenarnya tanggungjawab untuk menerapkan Islam dalam kehidupan bernegara. Wahai Najib! Seruan 1Malaysia itu tidak ada nilainya di sisi Allah SWT. Hanya seruan mengajak manusia kepada Islamlah yang bernilai dan yang paling utama di sisi Allah SWT. “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [TMQ Fussilat (41) : 33].

Kebebasan Barat Menzahirkan Kepincangan

Resort Sepanyol larang pakai bikini

BARCELONA - Sebuah bandar peranginan terkenal Sepanyol di Salou dekat sini mewartakan undang-undang melarang pengunjung datang ke pantai Mediterranean itu dengan hanya memakai bikini.

Langkah itu dibuat ekoran tindakan liar lebih 8,000 pelajar dari 100 buah universiti Britain ketika festival musim bunga tahunan Saloufest pada Mac lalu yang mabuk dan melakukan hubungan seks bebas.

Majlis Bandaran Salou menetapkan pesalah boleh dikenakan hukuman denda antara 100 euro (RM406) sehingga 300 euro (RM1,218). - Agensi

Sumber: Kosmo Online 04/07/10

Sistem Sekular tidak mempunyai sebarang penyelesaian tuntas terhadap masalah kehidupan

Kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan berdasarkan prinsip hak asasi dan kebebasan manusia menampakkan kepincangannya berdasarkan berita di atas. Apabila manusia diberikan kebebasan untuk melakukan suatu perbuatan tanpa kawalan maka inilah akibatnya - kerosakan dan kemusnahan di dalam masyarakat, yang mengakibatkan mereka yang percaya kepada prinsip tersebut terpaksa menutup sebahagian pintu-pintu kebebasan yang dibuka oleh tangan-tangan mereka sendiri.

Perkara sebegini bukan sahaja terhada kepada peristiwa di atas. Di India dan Jepun, di mana jumlah pekerja wanita semakin meningkat, kesesakan di pengangkutan awam telah mengakibatkan pelbagai masalah di mana penumpang wanita sering membuat aduan mengenai gangguan seksual daripada penumpang lelaki semasa menaiki keretaapi yang penuh sesak dengan lelaki dan wanita. Akibatnya syarikat-syarikat keretapi di Jepun dan India telah menyediakan gerabak khas untuk penumpang wanita untuk mengasingkan mereka daripada penumpang lelaki.

Di Belanda, di mana pelacuran adalah sah di sisi undang-undang negara tersebut, kerajaan Belanda merancang untuk menutup kawasan Red Light District (RLD) yang merupakan pusat pelacuran untuk pelancung dari luar negara kerana aktiviti pelacuran di RLD telah mengundang pelbagai masalah seperti pemerdagangan manusia, pengedaran dadah dan sebagainya sepertimana yang dilaporkan di dalam Newsweek pada 7 Feb 2008, dan Daily Mail (akhbar Britain pada 21 Sep 2007).

Apabila manusia berlagak seolah-olah mempunyai kuasa penuh untuk mengatur masyarakat melalui sistem sekular, akan pasti timbul pelbagai permasalahan di dalam masyarakat yang tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas. Akibatnya manusia terpaksa menutup pintu-pintu kebebasan dan hak asasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hanya Islam sahaja yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini secara tuntas.

Wa Allahu A’lam