Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, June 28, 2010

Ajak UMNO berdebat? Buang Masa!


UMNO ni ada tel*r ke nak berdebat?
Ahmad Maslan ni ada tel*r ke nak berdebat?
Resam UMNO baik pemuda.. baik wanita.. baik puteri.. baik pusat..
Semua penakut berdebat!

Kalau bercakap sorang-sorang di PWTC.. depan kamera TV3,RTM,Astro..
Perghh!! Mengalahkan Hitler pidatonya!
Mengalah Sukarno syarahannya!

Debat? berbuih mulut macam sorang menteri tu jugak laaa..

Ahmad Maslan ni teman yakin dia tak akan layan offer ni..
Kalau dia terima.. kompom macam-macam syarat dia letak!
Mahu dia minta setiap soalan ada tempoh masa.
Mahu dia minta lawanya hanya bagi 1 soalan dia bagi 10 soalan!!

Tapi kalau jadi lawan.. jangan pulak dia jemput bekas VC UUM tu jadi wakil bagi soalan!!
Nampak sangat bodohnya kelak!!
wakakakaka!

sunsnake 28062010

Aktivis FELDA cabar Ahmad Maslan debat

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini. Ditemui Malaysiakini selepas sesi itu, Mazlan (kiri sekali) berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu". "Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA (dalam debat itu)," katanya. Mazlan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa. ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai FELDA itu.

Berita Penuh

0 comments: