Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 27, 2010

Luahan Pengalaman Seorang pejuang di PRK Hulu Selangor



Catatan : hidup_berjuang

Salam 4 ALL

Sempena PRK P094 yang berlalu ana ingin merakamkan sekalung penghargaan buat teman –teman yang bersama dalam gerak kerja khusus UPU-UPU di Bukit Beruntung Bukit Sentosa & TBR,teman2 peringkat MTD,DPPKHS,JPrK (nama2 anda org tempatan tidak boleh disebut di sini). Barisan kental yang sedia ada dari kalangan muslimin dan muslimat juga PKR di TBR ana cukup tabik. Tanpa wang poket kita terus gerak,anak isteri/ suami harap faham landasan perjuangan yang kami pilih. Tentunya kita tidak hiraukan segala kekurangan itu semua kerana kita tahu JIHAD JALAN KAMI ,MATI SYAHID CITA-CITA KAMI, ALLAH MATLAMAT KAMI.

Buat kontigen N9 ana masih terkenangkan khidmat bakti anda semua.Ana tahu tentera N9 semuanya jauh berpengalaman terdiri daripada kepimpinan peringkat negeri.Setiap malam ana terpaksa mengetuai mesyuarat dan berdepan anda semua. Antum desak program dan report sampai ana tak senang duduk.Sampai satu malam tu lepas kita meeting,hujan turun langsung ana tido kat masjid jer sampai Suboh.Buat abang Zakaria, abang Zaharudin, brader Rasyid Komando (lu begitu berani & cool) dan yang lain-lain masa cukup suntuk untuk kita terus berukhwah. Ana harap penginapan,bekalan bahan mentah, daftar pemilih serta sedikit RM semasa program Cik Kamutha benar-benar dapat membantu gerak kerja antum semua.Terima kasih juga kepada YB Paroi yang sudi bermalam di teratak buruk tuan rumah,terimakasih jugak kerana kuliah Suboh YB di surau.

Buat Dato’ Presiden TGHH,terima kasih kerana berkelana ke surau Apatmen Teratai.Semuanya seperti mimpi apabila susok tubuh TGHH berdiri gagah memimpin solat Maghrib ,kuliah dan solat Isyak. Time ni sedih gak kenangkan jatuh bangun perjuangan ini.

Buat DACS, Halim & Hamizam & jentera Subang yang bekalkan PA System pd program DACS,akhirnya dapat jugak antum mengesan bakat remaja dalam tunggang motor secara selamat. Isyaallah kelab motor ARC ana target boleh ditubuhkan hujung tahun ni (lepas bonus la wa tangkap moto satu).Adik Salman tu kita boleh bela jadi raider PAS,amacam??

Buat pengiring2 DSAI kita dah buat kerja gila malam tu..hahaha ini betui2 kenangan sepanjang hayat!! Betui2 MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.Dari MK kita pelari DSAI dgn moto sampai KKB. Helmet pun tak pakai.Sekatan polis yang paling akhir tu nyaris2 tak kantoikan kita semua. Tp dengar cerita seorang escort kantoi jugak ngan polis sbb takda helmet. Kepada Lan & Ogy sorrylah gua kacau lu tido kat masjid. Time tu pun gua baru jer sampai dari KKB,nak sembang panjang pun dah tak guna,jam dah 2.00 pagi. Esok pagi2 dah nak kena jadi PACA.Kepada AF Us Nazri ana mintak maaf kerana dah janji nak arrange kuliah Subuh tapi ana lewat bangun pada jam 6.00 pg..6.30 pg dah standby kat sekolah.

Buat adik2 mahasiswa yang bantu IT, Syakur dll ana tak sangka tahap semangat antum cukup hebat..sampai2 terus mintak bertugas.Sayang kita hanya sempat bertaaruf di meja makan. Jgn lupa sepanjang antum masih di Ipoh tu terus-terusan lah mencuri ilmu AF Ust Mohklis jika berkesempatan,cucu ulama haraki tu..Buat IT yang muslimat yang comel2,aisehh langsung tak sempat bertaaruf!!

Jumpa lagi di medan yang lain.Maaf zahir batin (dgn abg Din saya minta maaf byk2 pasal kita gaduh jam 1.00 pg gara2 submit PACA,abg Jamil JPN pun taruh aku dalam talipon,fuhyooo..dengar tak dengar jer masa kena taruh tu sbb hujan lebat)

Buat perjuangan ini,ingat bukan kita yang memulakan dan yang mengakhirkan tetapi kitalah mata rantai yang menjayakannya.Moga Allah berkati kita dan kita mohon doa semoga terus istiqamah dalam perjuangan Islam.Selain Islam semuanya bathil.Mampuss UBN!!

Takbir!!!!!

Sampai berlubang tuh! Pehh!


Nasib baik berlubang lengan! Kalau berlubang dada! Berlubang kepala! Berlubang pipi! pehhh!!
Baru betul bersuka-ria! Kat dalam tanah laaaa!

sunsnake 27042010

Penjenayah parah ditembak ahli perniagaan

ALOR GAJAH 26 April - Tindakan empat penjenayah 'bersukaria' dengan minum minuman keras selepas memecah masuk banglo mewah milik seorang ahli perniagaan memakan diri apabila seorang daripadanya parah ditembak oleh mangsa.

Lebih malang, penjenayah yang berlubang di tangan kirinya akibat tembakan itu ditinggalkan oleh rakan-rakannya di kawasan hutan kira-kira 250 meter dari tepi jalan di Kilometer 214.2 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi tadi itu berlaku, apabila empat lelaki memecah masuk bilik di tingkat atas banglo terbabit di Simpang Ampat, yang digunakan oleh anak ahli perniagaan terbabit, menantu dan cucunya.

Mendengar bunyi bising dan mengesyaki sesuatu yang buruk sedang berlaku, ahli perniagaan itu, E Lai Choon, 60, yang juga Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, bingkas bangun daripada tidur lalu mencapai senapang patah dari bawah katil.

sumber - melayau

Beza Pengundi Cina dan Melayu!


Terkilan sungguh nampaknya pimpinan BN apabila jelas pengundi berbangsa cina di Hulu Selangor menolak calon mereka! Pelbagai faktor diajukan oleh mereka hinggakan bekas PM Tun Mahathir turut sama meluahkan kekecewaannya!

Teman mempunyai pengalaman berbual dengan kontraktor cina yang datang membuat kerja-kerja pembaikan di tempat kerja teman. Melalui perbualan jelas apa yang dimahukan olehnya iaitu suatu kerajaan yang menjamin masa depan anak dan keturunannya.
"Sikalang kita mau cali makan pun susah oh! Macam mana nanti anak sama cucu? lagi mati oh!" "Itu MCA sama BN punya olang sumua kaya-kaya maa.. kita susah punya olang bukan mau duit saja.. kita mau warranty anak cucu semua senang cali makan!"

Nah! itu sebenarnya mesej yang jelas buat pemimpin BN jika tidak mahu dipupuskan oleh mereka!

Majoriti kaum cina sudah tidak yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional. Mereka melihat perubahan sedari Datok Nenek mereka lagi. Sememangnya mungkin mereka merasa ada kesenangan didalam hidup kini tetapi jelas mengikut perkiraan mereka kehidupan dimasa akan datang akan menjadi semakin sukar sesuai dengan banyak tindakan dan polisi Kerajaan Malaysia yang semakin bakal mengundang padah buat generasi selepas ini!

Malangnya sebilangan besar pengundi melayu melihat keuntungan buat diri mereka bukan untuk anak dan cucu. Tidak seperti pengundi cina tadi, pengundi melayu lebih gemar berkata
"alah! undi PR apa dapat? bukan depa boleh bagi duit pun! kurang-kurang Bn bagi gak seratus dua.. jadi la! bukan selalu ada Pilihanraya!"

Teman yakin dialog sebegini akan menjadi popular dikalangan pengundi melayu apabila tiba waktu pilihanraya! Yakin sangat!

Sesungguhnya, budaya 'gila duit' inilah yang telah berjaya hampir melenyapkan melayu Singapura kini apabila melayu yang tinggal di pulau tersebut selepas penyerahan oleh UMNO kepada Lee Kuan Yew adalah kumpulan melayu yang hanya meminta-minta dan menjadi barua kepada yang mampu memberikan mereka duit!
sunsnake 27042010

'Bedah siasat' pengundi Cina sokong pembangkang

KUALA LUMPUR 26 April - Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.

Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut.

''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina.

sumber - melayau

It's 'gaji' time!!

Antara beberapa peristiwa di hari mengundi PRK 94 yang sempat teman 'snap'. Kejadian berlaku sebaik sahaja azan Zohor dilaungkan di Masjid As-Salam Bukit Sentosa. Sempat lagi beberapa penyokong PAS menjerit mengajak budak-budak upahan berserta tukang bagi upah agar masuk ke masjid sama-sama menunaikan solat tapi hampeh!

Tukang bagi gaji pun boleh buat muka kerek dan serius sambil menghempas pintu kereta blah!
Hek elehh.. dunia bolehlah ko kerek... dalam kubur sok tau la ko!

sunsnake 27042010






Satu Catatan - Pemuda PAS di Hulu Selangor

PRK Hulu Selangor sudah pun melabuhkan tirainya semalam. Para petugas baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional kini dalam 'mode' berehat dan melepaskan lelah. Bagi kami yang tinggal didalam Hulu Selangor ini, pastinya perbualan mahupun perdebatan mengenainya akan berterusan sehingga 2-3 bulan selepas ini!.

Bagi penulis, PRK Hulu Selangor ini bukanlah suatu PRK yang baru namun sebagai tuan rumah, ianya telah menjadikan PRK ini sesuatu yang sangat bermakna dan memberi kesan langsung terhadap pemikiran politik diri. 


Setianya PAS dalam Pakatan Rakyat!

Sebagai salah seorang yang terlibat secara terus didalam persiapan sehinggalah pengakhiran di peti undi, penulis amat memahami akan betapa hebatnya setiakawan PAS didalam gerak kerja PRK ini. Sebelum sempat PKR memulakan gerakan lagi, PAS Kawasan Hulu Selangor melalui zon-zon dibawahnya telah memulakan gerak kerja dengan mesyuarat khas pembahagian kerja dan tugasan! Ini amat berbeza dengan UMNO Bahagian Hulu Selangor kerana mereka mempersiapkan jentera adalah kerana mereka amat yakin dan bersungguh mahukan calon mereka dipilih bagi mewakili Barisan Nasional tanpa mempedulikan status Tradisional calon daripada MIC.

Dalam keadaan yang sangat yakin PKR akan menjadi calon, PAS Kawasan Hulu Selangor telah bertindak 'merasmikan' jentera pilihanraya sendiri dan mula bekerja baik melalui PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan juga Dewan Muslimat. Beberapa hari sebelum penamaan calon, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sendiri telah mengadakan mesyuarat khas di Bukit Beruntung bagi merencana dan membuat persiapan ke medan PRK walaupun belum jelas perancangan oleh pihak PKR diwaktu itu!

Gendang Perang Dipalu

Penamaan calon berlangsung pada 17 April 2010, namun Markaz Besar Pemuda PAS di Gesir Tengah telah mula dipenuhi oleh pemuda-pemuda PAS yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia 2-3 hari sebelumnya lagi! Mereka ini datang tanpa meminta walau sesen pun wang tambang, malahan ada yang sesampainya di sini terus menghulurkan wang sendiri bagi membantu jentera pemuda! Allahuakbar! Anak-anak muda ini mula bekerja sebaik sahaja kaki dijejakkan!.

Pada malam sebelum hari penamaan calon itu sendiri, jentera pemuda PAS ini masih bermesyuarat sehingga jam 3 pagi kerana jentera ini perlu mula bergerak 100% sebaik sahaja tamat penamaan calon. Sangat bersemangat anak-anak muda ini! Diseberang jalan, Bilik Gerakan PKR juga telah mula beroperasi. 50 meter dari sini, Bilik Gerakan UMNO masih bingit! dengan nyanyian Karaoke makcik dan pakcik, wah! Lagu 60-an kedengaran!

Anak-anak muda ini menghabisan malam mereka bagi yang tidak dapat tidur dengan perbincangan yang sangat menarik! Fikrah As-syahid Hassan Al-Banna, Gerak kerja Ikhwanul Muslimin, Pemikiran Almarhum Ustaz Fadzil Noor itu antara tajuk-tajuk 'berat' perbincangan mereka hinggakan penulis sendiri hanya mampu mendengar tanpa bersuara didalam kumpulan itu! Sementara itu diluar, anak-anak muda yang ditugaskan menjaga keselamatan sibuk menambak tanah diatas lopak-lopak disamping bersiap sedia untuk menghadapi apa jua agenda musuh! 

Peristiwa hitam Markaz Pemuda Induk Bagan Pinang diserang sangat menjadi pengajaran dan pedoman di hati pemuda-pemuda ini! Manakan mampu melupakan bagaimana biadapnya Pemuda UMNO menyerang dengan menggunakan topi keledar, kayu malahan pedang samurai! Hinggakan ada dikalangan pemuda ketika itu menunaikan solat turut diterajang dan ditumbuk! Semoga Allah SWT mengampunkan dosa anak-anak muda UMNO itu. Mereka dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang munafik dan memusuhi Islam!

Halangan Perjuangan Anak Muda PAS

Alangkah irihatinya anak-anak muda ini apabila melihat van-van berlogo UMNO Perak lalu-lalang dihadapan mereka dengan membawa beratus-ratus guni beras 10kg dan pelbagai lagi barangan buat pengundi-pengundi di sini. Irihati mereka bukan kerana kemampuan UMNO menyediakan barangan berkenaan, tetapi irihati kepada bagaimana mahu menyampaikan kebenaran Islam yang melebihi nilai barangan tersebut! 

UMNO mengajar bangsa ini dengan cara mendewa-dewakan kebendaan! Siapa yang berduit, dialah WAJIB disokong! Siapa yang mampu memberikan lebih daripada orang lain, dialah yang WAJIB dipuja dan diundi! Hatta didalam pemilihan jawatan UMNO itu sendiri!

Malangnya rakyat sendiri termakan dengan apa yang di'sunnah'kan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini. Didalam keadaan ekonomi yang mencengkam, pendapatan yang sangat tidak menentu, maklumat yang sangat terhad dan juga halangan pemerintah yang berkuku besi, apalah daya rakyat ini untuk bangun dan memahami politik sebenar! Inilah halangan utama bagi pemuda-pemuda PAS ini mengembang dan menyebarkan kebenaran!

Halangan kewangan yang boleh menjadikan UMNO musnah pada pemuda-pemuda ini adalah halangan yang sangat menarik, Seperti memicit jerawat, makin dipicit makin sakit namun ada kenikmatan yang tersembunyi! Dengan kemampuan kewangan yang sangat-sangat terhad, pelbagai aktiviti yang telah dirancang cuba juga dilaksanakan sebaik mungkin di dalam usaha menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Felda. Ceramah lazim, jamuan rakyat, sumbangan barangan dapur yang sangat sedikit buat 30-40 buah rumah adalah antara aktiviti yang terdaya anak-anak muda ini lakukan. Selebihnya terserahlah kepada Allah SWT bagi membantu perjuangan ikhlas ini.

Masa Depan Perjuangan Pemuda PAS

Jika ditakdirkan Allah SWT PAS dan Pakatan Rakyat mampu menguasai Malaysia, InsyaAllah kita akan jadi kerajaan yang baik sepertimana telah dibuktikan di beberapa buah negeri ketika ini dan jika tidak, menjadi pembangkang yang baik adalah jauh lebih baik daripada menjadi kerajaan yang gagal dan senantiasa menyalahkan rakyat apabila terbukti gagal!

Sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang menjadikan Al-Quran, Hadis, Qias dan Ijma' Ulama' sebagai dasarnya, keyakinan dan iltizam anak-anak muda PAS ini akan tetap subur dibawah kepimpinan Ulama'. Proses tarbiyah dan pendidikan didalam PAS sangat-sangat berkesan dalam menyediakan kader-kader kepada perjuangan Islam yang benar dan suci ini.

Jalan kemenangan sangat jelas dan terang. Janji Allah SWT akan kemenangan buat perjuangan menegakkan agama-Nya menjadi pasak yang sangat ampuh didalam setiap liang roma dan darah disetiap inci jasad dan roh anak-anak muda ini. Kesinambungan perjuangan pejuang-pejuang terdahulu menjadi sumber inspirasi dan impian mereka. Indahnya syahid menjadi matlamat akhir kehidupan mereka! Dan InsyaAllah, jika bukan sekarang, kemenangan Islam akan disambut oleh anak,cucu mahupun cicit nanti. 

Bukan kemenangan yang Allah SWT persoalkan kelak, tetapi adakah keluar berjuang yang akan ditanya dialam kemudian nanti...

Catatanku...

sunsnake 26042010