Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, April 27, 2010

Luahan Pengalaman Seorang pejuang di PRK Hulu Selangor



Catatan : hidup_berjuang

Salam 4 ALL

Sempena PRK P094 yang berlalu ana ingin merakamkan sekalung penghargaan buat teman –teman yang bersama dalam gerak kerja khusus UPU-UPU di Bukit Beruntung Bukit Sentosa & TBR,teman2 peringkat MTD,DPPKHS,JPrK (nama2 anda org tempatan tidak boleh disebut di sini). Barisan kental yang sedia ada dari kalangan muslimin dan muslimat juga PKR di TBR ana cukup tabik. Tanpa wang poket kita terus gerak,anak isteri/ suami harap faham landasan perjuangan yang kami pilih. Tentunya kita tidak hiraukan segala kekurangan itu semua kerana kita tahu JIHAD JALAN KAMI ,MATI SYAHID CITA-CITA KAMI, ALLAH MATLAMAT KAMI.

Buat kontigen N9 ana masih terkenangkan khidmat bakti anda semua.Ana tahu tentera N9 semuanya jauh berpengalaman terdiri daripada kepimpinan peringkat negeri.Setiap malam ana terpaksa mengetuai mesyuarat dan berdepan anda semua. Antum desak program dan report sampai ana tak senang duduk.Sampai satu malam tu lepas kita meeting,hujan turun langsung ana tido kat masjid jer sampai Suboh.Buat abang Zakaria, abang Zaharudin, brader Rasyid Komando (lu begitu berani & cool) dan yang lain-lain masa cukup suntuk untuk kita terus berukhwah. Ana harap penginapan,bekalan bahan mentah, daftar pemilih serta sedikit RM semasa program Cik Kamutha benar-benar dapat membantu gerak kerja antum semua.Terima kasih juga kepada YB Paroi yang sudi bermalam di teratak buruk tuan rumah,terimakasih jugak kerana kuliah Suboh YB di surau.

Buat Dato’ Presiden TGHH,terima kasih kerana berkelana ke surau Apatmen Teratai.Semuanya seperti mimpi apabila susok tubuh TGHH berdiri gagah memimpin solat Maghrib ,kuliah dan solat Isyak. Time ni sedih gak kenangkan jatuh bangun perjuangan ini.

Buat DACS, Halim & Hamizam & jentera Subang yang bekalkan PA System pd program DACS,akhirnya dapat jugak antum mengesan bakat remaja dalam tunggang motor secara selamat. Isyaallah kelab motor ARC ana target boleh ditubuhkan hujung tahun ni (lepas bonus la wa tangkap moto satu).Adik Salman tu kita boleh bela jadi raider PAS,amacam??

Buat pengiring2 DSAI kita dah buat kerja gila malam tu..hahaha ini betui2 kenangan sepanjang hayat!! Betui2 MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.Dari MK kita pelari DSAI dgn moto sampai KKB. Helmet pun tak pakai.Sekatan polis yang paling akhir tu nyaris2 tak kantoikan kita semua. Tp dengar cerita seorang escort kantoi jugak ngan polis sbb takda helmet. Kepada Lan & Ogy sorrylah gua kacau lu tido kat masjid. Time tu pun gua baru jer sampai dari KKB,nak sembang panjang pun dah tak guna,jam dah 2.00 pagi. Esok pagi2 dah nak kena jadi PACA.Kepada AF Us Nazri ana mintak maaf kerana dah janji nak arrange kuliah Subuh tapi ana lewat bangun pada jam 6.00 pg..6.30 pg dah standby kat sekolah.

Buat adik2 mahasiswa yang bantu IT, Syakur dll ana tak sangka tahap semangat antum cukup hebat..sampai2 terus mintak bertugas.Sayang kita hanya sempat bertaaruf di meja makan. Jgn lupa sepanjang antum masih di Ipoh tu terus-terusan lah mencuri ilmu AF Ust Mohklis jika berkesempatan,cucu ulama haraki tu..Buat IT yang muslimat yang comel2,aisehh langsung tak sempat bertaaruf!!

Jumpa lagi di medan yang lain.Maaf zahir batin (dgn abg Din saya minta maaf byk2 pasal kita gaduh jam 1.00 pg gara2 submit PACA,abg Jamil JPN pun taruh aku dalam talipon,fuhyooo..dengar tak dengar jer masa kena taruh tu sbb hujan lebat)

Buat perjuangan ini,ingat bukan kita yang memulakan dan yang mengakhirkan tetapi kitalah mata rantai yang menjayakannya.Moga Allah berkati kita dan kita mohon doa semoga terus istiqamah dalam perjuangan Islam.Selain Islam semuanya bathil.Mampuss UBN!!

Takbir!!!!!

4 comments:

Anonymous said...

Mozas (id) tu menempelkan isu "pas serik berkempen untuk PKR" kat almost mana-mana blog PAS, PKR.. (sila check mana2 blog spt..biaqpila..dll)
huh...bila dia buat camtu...aku suspect dia dah ade niat lain, strategi mcm yahudi...so aku malas nak baca la...
aku merayau dekat 10 blog dr tadi..
asyik2 tgk komen dia..

berita lembah pantai said...

Tak betul sangat, tapi ada betulnya. Lihat saja posting terbaru penarik beca. Jgn cari kesalahan orang, tapi tengok apa implikasi PRK HS kepada PAS sendiri.

Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?

DIARI HASANAH said...

ahli PAS marilah dekatkan diri pada Allah. hablu minannas dan habluminallah. kalah menang itu ketentuan Allah, yang penting kita masih menang kerana berada dalam jemaah yang perjuangkan syari'at Allah melawan taghut...

czackPY said...

BRO,

TERIMA KASIH KAMI DARI KONTIGEN NS. KITA JADIKAN PENGALAMAN INI SEBAGAI BEKALAN PRU 13

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA PETUGAS PAS TBR

DARI

ZAKARIA SHEIKH OTHMAN
SETIAUSAHA KONTIGEN PAS NS

layari czackPY@yahoo.com.my