Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 4, 2010

Khairy nak gi Israel letupkan APCO!!! Wakakak!


Dalam banyak-banyak lawak..
inila yang paling lawak!!

Khairi si menantu Pak Lah nak gi Gaza lawan Israel wehhh!!
Nak lawan dengan apa?? Duit?
Takkan dia nak rasuahkan di Netanyahu tu kot??
wakakak!!

Dia ingat Netanyahu tu macam pemuda-pemuda UMNO ke Mabuk duit!
Muntah duit! Hantu duit!!

adoilaaa!!
2 ekos Israel kat Bukit Aman pun kamu takut getik nak tegur!!
Keluar statement pun idak pasal 2 ejen yahudi tuh!!
Alih-alih bagitau semua orang dia sanggup gi Gaza??

wakakakak!!
Air mata teman dah mengalir deras nih!!
memang kelakar gilerrr!!!

sunsnake 04062010

Demo Anti - Israel APCO !!


Teman dah barai sangat nih!!
Menapak dari Masjid Kg Baru ke US Embassy..
Ok laagi..

Menapak balik dari US Embassy ke Masjid Kg Baru!!
tu yang pewai tuh!! wakakaka!!

Apa-apa pun takbir!!!!

nak hilang penat nanti teman update gambo & video..
sementara tu leh le gi usha blog2 sahabat yang dah update!!

kalau nak nunggu hasil lensa teman..
tunggu le dulu yekk!!!!
Best woo.. siap ada gambo awek Palestin lagikk!! hehehe

sunsnake 04062010

Pemuda UMNO - Hina Quran takpe, Hina Hakim? Hidup Melayu!



Aikk?? Takde pulak puak-puak UMNO ni nak buat report polis bila Najib luluskan lesen judi bola hari tu??? Najib langgar larangan Allah SWT dalam Al-Quran tuh!!
Ke tak jumpa ayat??

sunsnake 04062010

Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 4 petang ini.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan.

“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat.

“Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.

Inilah Akibatnya bila Israel duduk dalam Bukit Aman!

Kaum Yahudi Ortodoks kat Amerika pun berdemo kutuk Zionis Israel!!
Kalau ada manusia yang halang demo hari ni..
lagi teruk dari Yahudi la agaknye ye?



Teman malas nak ulas banyak-banyak..
Kang kena jail pulak macam Aduka Teruna..
Maklumlah.. kalau bab menangkap bloggers ni memang Polis cukup terer!!
Tapi kalau nak tangkap Pembunuh Nurin Jazlin..
Sampai sekarang habukk pun tarakkk!!

Polis US,Britain, Sepanyol pun tarahal dengan demonstrator..
Polis-polis kita pulak lebih-lebih!!
Sempat ke 2 ekor perisik Israel yang dok dalam Bukit Aman hari tu 'mentarbiyah' tok-tok Polisi kat dalam tuh??

Kutuk lebih-lebih kang guna akta polis pulakkk!!
So, bila rakyat nak guna akta rakyat pulak??
sunsnake 04062010

Polis: Jangan sertai perhimpunan haram esok
Jun 3, 10 7:01pm

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan. Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan. "Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya. Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.