Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 4, 2010

Pemuda UMNO - Hina Quran takpe, Hina Hakim? Hidup Melayu!



Aikk?? Takde pulak puak-puak UMNO ni nak buat report polis bila Najib luluskan lesen judi bola hari tu??? Najib langgar larangan Allah SWT dalam Al-Quran tuh!!
Ke tak jumpa ayat??

sunsnake 04062010

Pemuda UMNO lapor polis, Anwar sifatkan hakim ‘bahalol’

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menghina dan membuat tuduhan jahat terhadap institusi kehakiman negara apabila menggelarkan hakim yang mengadili kes beliau sebagai ‘bahalol’.

Laporan polis itu dibuat oleh setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 4 petang ini.

Megat Firdouz berkata, laporan itu dibuat kerana pihaknya mendapati kenyataan Anwar seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 dan 31 Mei lalu adalah subjudis kepada kes beliau yang sedang dibicarakan.

“Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, Anwar tidak sepatutnya membawa sistem kehakiman sebagai bahan tohmahan di pentas politik dengan meracuni fikiran rakyat.

“Saya juga percaya Anwar mempunyai niat jahat yang sengaja dilakukan untuk menghasut dan menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap sistem kehakiman negara,” katanya selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.

0 comments: