Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 4, 2010

Inilah Akibatnya bila Israel duduk dalam Bukit Aman!

Kaum Yahudi Ortodoks kat Amerika pun berdemo kutuk Zionis Israel!!
Kalau ada manusia yang halang demo hari ni..
lagi teruk dari Yahudi la agaknye ye?



Teman malas nak ulas banyak-banyak..
Kang kena jail pulak macam Aduka Teruna..
Maklumlah.. kalau bab menangkap bloggers ni memang Polis cukup terer!!
Tapi kalau nak tangkap Pembunuh Nurin Jazlin..
Sampai sekarang habukk pun tarakkk!!

Polis US,Britain, Sepanyol pun tarahal dengan demonstrator..
Polis-polis kita pulak lebih-lebih!!
Sempat ke 2 ekor perisik Israel yang dok dalam Bukit Aman hari tu 'mentarbiyah' tok-tok Polisi kat dalam tuh??

Kutuk lebih-lebih kang guna akta polis pulakkk!!
So, bila rakyat nak guna akta rakyat pulak??
sunsnake 04062010

Polis: Jangan sertai perhimpunan haram esok
Jun 3, 10 7:01pm

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai demonstrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat esok bagi membantah serangan Israel atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata polis telah menerima maklumat mengenai perhimpunan akan diadakan oleh pertubuhan tertentu, ahli politik dan badan bukan kerajaan. Pihak polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram, katanya dalam satu kenyataan. "Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan," katanya. Pergerakan Pemuda Umno dijangka akan mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala pergerakan Pemuda PAS mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat.

0 comments: