Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 3, 2010

Kerajaan PR Selangor - Mana Integriti Kalian?

Sekali lagi teman ulang..
Jaga-jaga dengan isu ini.. Ini berkenaan integriti..
Kita menjadikan UMNO-BN sebagai musuh kerana integriti..
Kita mengajak rakyat menyokong kita kerana kita mendakwa lebih berintegriti..
Kita mengajak rakyat mengundi kita kerana mahukan kerajaan yang berintegriti..

Jangan sampai rakyat melihat kita tidak berintegriti..
Jangan sampai ahli PAS sendiri melihat kita tidak berintegriti...
Jangan sampai ahli PKR sendiri melihat kita tidak berintegriti...
Jangan sampai ahli DAP sendiri melihat kita tidak berintegriti...

Dan yang paling bahaya! Jangan sampai seluruh rakyat Selangor yang mengundi PR di PRU 12 hilang 'integriti' terhadap kita!

Syarikat ini adalah syarikat kerajaan negeri..
Takkan tidak ada kawalan penuh oleh Exco yang berkaitan?
Takkan pemberian bonus yang 'macam melampau' itu tidak diketahui oleh exco?
takkan?? takkan?? takkan??

Takkan nak salahkan UMNO-BN kalau mereka guna isu ini untuk hentam balik??

Kalau perlu pecat.. pecat! jangan disayang-sayang pengarah yang tak guna!
Kalau perlu dakwa..dakwa! jangan disorok-sorok pengarah yang tak amanah!
Kalau perlu terajang.. terajang!! Jangan sampai rakyat Selangor sepakat terajang PR nanti!

Kerajaan PR ini diangkat oleh rakyat yang berkorban apa saja!
Kerajaan PR ini diangkat oleh rakyat yang mengalirkan airmata darah!
Kerajaan PR ini diangkat oleh rakyat yang rindukan integriti!

Jangan musnahkan Kerajaan PR ini dek sayangkan 2-3 orang pengarah yang haloba!

sunsnake 03062010

'Peruntukan terbesar bonus untuk lembaga pengarah'
Jun 3, 10
12:18pm

Ahli lembaga pengarah kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) menerima peruntukan terbesar daripada agihan bonus yang dibayar kepada kakitangan syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu sejak ia mula beroperasi sembilan bulan, kata pengerusinya hari.

Abdul Shukor Nagor yang memberi keterangan pada hari kedua kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkata pengarah eksekutifnya menerima bonus RM82,000 bagi tahun kewangan yang berakhir pada Jun 2009.


Katanya lagi, KSSB membayar bonus berjumlah RM503,613.59 kepada 45 kakitangan pada tahun kewangan itu. Ahli lembaga pengarah dan tiga pengurus kanan menerima bonus selama 4 bulan, manakala kakitangan lain menerima bonus 1.5 bulan.

Berita Penuh

0 comments: