Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 22, 2011

BudakBalun Sayangggg DS Najib!

Jib - Yakinlah dengan kami! Kami rela mati untuk menyenangkan kehidupan rakyat seperti kamu!
kak Mah - Errr.. Sayanggg.. cincin permata RM73 juta I bila leh pakai?? tak saaabar sangattttt!


Iskk..
korang ni...
Macam ni punya besar punya pengorbanan DS Najib dah buat kat kita..
Lagi korang nak kutuk-kutuk dia!

Korang tau tak?
Korang ingat dia suka ke berjalan dengan family ke London tu?
Jumpa Menteri,PM,Queen Britain tu kejap aje..
Jumpa Pope tu pun kejap je..
Bukan sampai setengah hari pun!

Lebihnya?
DS Najib terpaksa pulang awal dari bekerja beb!
untuk bersama dengan rakyat Malaysia!
untuk bermesra dengan rakyat Malaysia!
untuk umumkan peruntukan duit buat rakyat Malaysia!

yang rakyat malaysia ni pun satu!
Tak habis-habis nak minta DS Najib keluarkan duit!
Nanti kalau habis duit DS najib macam mana??

wakakakakak!
budakbalun 22072011

Najib korban cuti untuk bertemu rakyat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang tiba di tanah air hari ini selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat. Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini. Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana. "(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia. "Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berita Penuh

Ofis Imigresen KLIA ada berapa tingkat?


Teman saja nak tau..
bukan apa.. Lawyer Perancis ni dah kena tahan dek imigresen KLIA..
so, mana la tahu..
2-3 hari ke.. 2-3 jam lagi keluar berita seorang lawyer Perancis tidak dibunuh dan tidak bunuh diri.. cuma tidak bernafas!
Ditemui mati terjun pejabat imigresen KLIA!

wakakakakaka!!

Perghhh!! kali ni memang obvious giler ketakutan mereka!!

Hantu Altantuya sudah sampai...

budakbalun 22072011

Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA. "Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Berita Penuh