Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, January 29, 2010

Kisah Seorang Anak dan Kasih ibunya...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

 

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4.00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku PERCUMA

 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata:

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

 

 

Ketam Melayu Dan Ketam Cina

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor
ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

 

sunsnake 29.01.2010

 

 

Apa lagi nak kata, Najib?

Inilah manusianya yang menjadi antara mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan draf royalti dulu.. So? Apa lagi kamu nak kata Najib? Nak gali kubur Tun Razak balik ke?

Sudah-sudahlah tu.. kata Hidup Melayu!
Kat Kelantan tu lebih 80% rakyatnya melayu..
Bagi je laaa... Malahan lebih telus nanti duit tu dibelanjakan banding Sabah, Sarawak dan Ganu..
Ke geng-geng UMNO tau takkan dapat songlap kalau Nik Aziz yang jaga?

sunsnake 29.01.2010

Ku Li: Kelantan berhak terima royalti 5 peratus

TERKINI 3

Oleh Mohd Zuharmann

KOTA BARU, Jan 29 — Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan mengenai pertikaian wang royalti di sini malam tadi mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Kelantan berhak menerima royalti petroleum lima peratus sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Kata beliau rakyat Kelantan berhak kepada bayaran royalti berdasarkan perjanjian yang termaktub di bawah akta pembangunan petroleum yang digubal 1974.

Justeru kata Tengku Razaleigh, perjanjian dengan kerajaan pusat adalah sah dan tidak pernah terbatal di sisi undang-undang.

“Jika benar adanya minyak di perairan pantai Kelantan, dan wujud hasil pengeluarannya maka Kelantan berhak kepada tuntutan royalti sebanyak lima peratus,” kata beliau dengan disambut laungan takbir.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan royalti minyak tahun lalu ekoran statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5 peratus hasil galian petroleum.

Pada sidang media, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga anggota Kabinet persekutuan, sebagai pengampu manakala Utusan pula akhbar dongeng.

“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” kata beliau diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa kerajaan pusat hanya akan bayar wang ihsan kepada kerajaan negeri.

Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan, wang ihsan bukan royalti”.

Orang ramai membanjiri ruang stadium mendengar penerangan daripada Ku Li berhubung isu tuntutan royalti minyak Kelantan.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ihsan.

Menurut Tengku Razaleigh kali terakhir beliau tampil di hadapan himpunan puluhan ribu rakyat di stadium yang sama ini adalah kira-kira 15 tahun lalu.

Laungan takbir memecah suasana stadium sebaik sahaja Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menaiki pentas.

Difahamkan program seumpama ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain.

Tinjauan The Malaysian Insider sejak awal petang mendapati sambutan rakyat di sini adalah luar biasa memandangkan komitmen mereka bermula sejak awal hari lagi.

Sementara itu turut dimaklum Tengku Razaleigh kehadirannya di pentas tersebut bersama pimpinan kerajaan negeri diterajui PAS turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura dan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra.

“Kebetulan nak balik ke mari dari Singapura, saya menghadap sembah perkara ini kepada Tuanku, Tuanku angguk dan senyum tanda setuju.

“Dengan Pemangku Raja saya jumpa di masjid Kuala Betis semasa sembahyang Jumaat. Pemangku Raja setuju, dan pesan pada saya ceritakan perkara yang benar,” jelas beliau.

Mengulas lanjut sama ada royalti mahupun wang ihsan itu perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri, bukannya melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukannya royalty”.

“Mengikut fahaman saya kerajaan Kelantan tak puas hati sebab dia tuntut hak dia berdasarkan perjanjian. Saya rasa itu bukan perkara luar biasa,” kata beliau.

Memberi reaksi terhadap kenyataannya sendiri bahawa Kelantan memang berhak kepada royalti berbanding beberapa kerat rakan-rakanya dari kalangan menteri Umno yang tidak berganjak daripada berterusan mendakwa sebaliknya, dalam nada sinis Tengku Razaleigh berkata, “walaupun miskin, kita ini bukan tok pakir (pengemis)”.

Terdahulu Tengku Razaleigh tiba di Stadium Sultan Mohd IV di sini kira-kira 9.40 malam tadi dengan diarak 50 beca sebagai simbolik ‘usaha’ kerajaan negeri itu membawa pertikaian bayaran royalti.

Kehadiran beliau untuk memberi penerangan mengenai isu berkenaan diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa tuntutan wang royalti.

Difahamkan iringan beca adalah kehendak penarik beca Kelantan sendiri untuk membawa Tengku Razaleigh sebagai tanda sokongan penerangan beliau terhadap tuntutan royalti negeri.

Menjelang program penerangan isu tuntutan royalti malam tadi, Stadium Sultan Mohd IV mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 6 petang.

Oleh itu, Pengerusi bersama program Gegar ini, Dr Abdul Halim Yusof menjangkakan tidak kurang 50,000 orang akan mengikuti program tersebut.

“Tengok pada keadaan sekarang saya rasa lebih dari 50,000 akan hadir,” kata beliau ketika ditemui di kawasan stadium kira-kira 6.30 petang tadi.

Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan kuliah royalti.

Kira-kira 7 petang, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan diiringi timbalannya dan exco-exco kerajaan, wakil rakyat serta pegawai kerajaan negeri.

Selesai sudah Tanda-tanda Kecil Hari Kiamat...



Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya) , tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad


Banyaknya berlaku gempa bumi

Munculnya gaya hidup m ewa h dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja , putera-puteri Parsi dan Rom , maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi , Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lihat pakcik Islam tu!

Berkurangnya sifat amanah

Akan terdapat ramai anak luar nikah.

Orang melakukan homoseksual

Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan
dengan yang rapat dan disayangi

Akan terdapat banya pengkritik , pembawa-cerita ,
penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
Manusia m ewa rnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong , pendeknya waktu , dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”


Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu
dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad


Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya , kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim


Bulan sabit kelihatan besar

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Menghias masjid dan membanggakannya
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh , rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a. , katanya , "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

lepas nie nak tunggu tanda2 besar kiamat plak