Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 17, 2010

Apsal tak termakan mata kail? - Abraham Frog


Nampaknya marah sungguh Ibrahim Al-Kataki ni pada orang-orang cina di Sibu.
Marahnya ini berasas. Marahnya ini berfakta.
Apakah faktanya? Apakah asasnya?
MAJORITI ORANG CINA TAK TERKAIT MATA KAIL UMNO-BN WALAUPUN TELAN HABIS UMPAN!

Tu je masalahnya...

Woi Brahim! Kamu ingat semua orang macam kamu ke?
Kalau keturunan kamu tu bukan setakat mata kail UMNO,
dengan pancing-pancing UMNO sekali kamu telan!!!

Bodoh.. bodohlah sorang-sorang! Jangan ajak orang lain!!
Cukup-cukuplah kamu dapat pengikut bodoh si Armand tuh!!
wakakakaka!

sunsnake 17052010

KUALA LUMPUR, May 17 — Malay rights group Perkasa has again questioned Chinese support for Barisan Nasional (BN), noting that the lack of support in Sibu was similar to the Hulu Selangor vote last month.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali claimed Chinese voters in Sibu did not appreciate the promises and financial aid pledges made by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak during the eight-day campaign.

“The Chinese community openly supported DAP’s policies. The Chinese voters did not appreciate what the prime minister gave to them,” he said, adding Najib had supported the community’s vernacular school system.

The independent Pasir Mas MP has been at the forefront of Malay rights issues and has made Perkasa the country’s largest Malay non-governmental organisation.

“Chinese voters want the Chinese way although Bumiputeras have to accept the compromise made by BN to fulfil their needs,” Ibrahim added when commenting on BN’s defeat.

The Sibu federal seat is pre-dominantly Chinese and most of whom voted for DAP, which was contesting its first by-election since Election 2008.

The Chinese had also voted against the BN in Hulu Selangor three weeks ago although the ruling federal coalition still won the Parliamentary seat.

In view of the trend, Perkasa wanted BN to review financial aid and development projects for the Chinese community but BN and Umno leaders have dismissed such a move.

berita penuh

Pemuda Pakatan Rakyat! Jangan slow sangat!!!



Tak perlu nak bagi peringatan kepada SPR ini...
Dan jangan buang masa dengan desakan mulut sahaja!
Gerakkan BERSIH 2 sekarang!! Inilah masanya!
Jangan tunggu lagi.. Gerakkan di seluruh negara dan kemuncaknya nanti
Demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur!!!

Dah terbukti bahawa Undi Pos adalah sangat terbukti akan ketidak adilannya!
Ruang untuk SPR memenangkan UMNO-BN sangat luas dengan undi POS ini!

Dan Pemansuhan Undi POS adalah salah satu daripada tuntutan rasmi kita di dalam BERSIH 2007!

Dan dah tiba masa semua parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang sama suara menggerakan kembali BERSIH 2!

Jelas SPR gagal memahami apakah tuntutan BERSIH 1 dahulu malahan SPR bertindak lebih berani dan tidak amanah apabila jelas cuba membantu calon BN di Sibu agar memenangi PRK tersebut! Walaupun cubaan SPR itu gagal, mahukah kita hanya berserak kepada takdir dan usaha terakhir setiap kali munculnya PRK dan PRU? Sampai bila? Sedangkan kita tahu, perjalanan demokrasi pilihanraya di Malaysia ini dipenuhi dengan penipuan dan pecah amanah oleh SPR itu sendiri?

Teman menuntut agar gerakan BERSIH 2 dimulakan dengan segera!!

Abang Mat sabu? Amacam? willing to be our Leader.. again?

sunsnake 17052010

Polis, SPR perlu 'transformasi' sikap - Pemuda PAS
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih profesional menjalankan tugas mereka.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, ini kerana kedua-dua pihak tersebut kini dilihat seperti mengikut telunjuk pemerintah sedangkan mereka sepatutnya bebas dari pengaruh mana-mana pihak.

"Tindak-tanduk mereka yang kebelakangan ini jelas berpihak kepada kerajaan pemerintah sedangkan sepatutnya mereka harus adil dalam menjalankan tugas masing-masing," katanya.

Kepada SPR, beliau merujuk insiden Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu di mana SPR dakwanya enggan mengeluarkan Borang 15 iaitu dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos serta melewat-lewatkan keputusan undi pos.

"Semacam ada ‘sesuatu’ yang cuba dilakukan bagi memenangkan Barisan Nasional," katanya.

berita penuh

"Sayang kontena UMNO, tinggal-tinggalkan.."


Lori UMNO 1Malaysia yang ditinggalkan kesepian di kegelapan malam..
di tapak BN Command Center Bukit Beruntung...
Inilah yang dikatakan peribahasa moden
"Sayang kontena UMNO, tinggal-tinggalkan.."

Sebelum teman menghampiri kontena ni untuk 'snap' gambo, teman hati-hati jugak, maklumlah teringat cerita Sarjan Hassan tatkala Adiknya Aziz (Jins) cuba menghampiri sebuah lori Jepun yang lama ditinggalkan.. hehehehe kot-kot kena ambush lak!!


sunsnake 17052010

Najib lain, Muhyidin lain.. Pakat tak dak la tuh!!


Persamaan Sg Buaya & Sibu

Sehari sebelum rakyat Hulu Selangor keluar mengundi, Najib Tun Razak berjanji kepada pengundi-pengundi Sungai Buaya bahawa sekiranya Barisan Nasional menang, RM49,000.00 akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sebagai bayaran jualan kes tanah tergadai mereka.
Dalam majlis yang sama beliau juga menyerahkan wang RM1000 kepada setiap pengundi yang juga mereka yang berhak mendapat wang jualan tanah tersebut.

Ringkas ceritanya, maklumat yang teman dapat dari kawan-kawan di Sg Buaya, ada yang dapat baki RM49,000.00 itu tetapi bukan semua! Teman tak dapat pengesahan lagi berkenaan hal ini..

Di Sibu lain ceritanya!
Najib Tun Razak dengan modus operandi yang hampir sama, mengumpan pula dengan cara menjanjikan projek tebatan banjir bernilai RM5 juta! Dan setelah BN tewas, sehingga saat ini kelulusan projek itu masih dalam teka-teki..

Teman dapat merasakan betapa tipisnya harapan penduduk Sibu untuk mendapat projek itu! Namun untuk melihat Malaysia yang lebih baik dan adil, inilah antara harga yang perlu dibayar oleh rakyat Sibu yang berjaya membuktikan betapa BN ini WAJIB dikalahkan!
sunsnake 17052010

Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira'
Mei 17, 10 6:37pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu. Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu. "Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

berita penuh

Dalam waktu yang sama pulak.. ini kata Muhyiddin Timbalannya..

Muhyiddin: BN tetap tunai janji di Sibu walaupun kalah
Mei 17, 10 7:39pm

Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya. "Segala apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri atau saya atau mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.
berita penuh

Najib - Jentera BN tak kreatif? Pulak?

BN tikam belakang rakyat!


Aiiikkk??
TV1,TV2,TV3,NTV7,TV9,ASTRO kamu punya..
Kat internet bukan main ramai lagi pencacai-pencacai upahan UMNO buat kacau di blog-blog..
Utusan, Berita Harian, Sinar, Star, Malay Mail, NST semua paper kamu yang kawal!
Kementerian Penerangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran macam-macam lagi..
Kamu dah kerahkan!

Hatta cikgu-cikgu sekolah pun kamu dah pergunakan!!

Apa lagi yang tak kreatif?
Apa lagi yang tak inovatif?

Berbanding DAP..
DAP mana ada siaran media Tv..
Surat khabar pun hanya ada ROKET dan ihsan Harakah dan Suara Keadilan..

Ceramah umum! Itulah sahaja cara paling mudah bagi DAP-PR..
Mana inovatifnya?
Mana kreatifnya?

Sebenarnya senjata DAP dan Pakatan Rakyat yang paling ampuh adalah..
KEIKHLASAN!
Tanpa keikhlasan... tabur la berjuta RM sekalipun..
Bina la 30 jambatan sekalipun!

jika menang pun tidak akan kekal..
kerana hanya keikhlasan yang rakyat akan kenang hingga ke anak cucu!

Persoalannya,
Mampu ke UMNO-BN berikan keikhlasan?

sunsnake 17052010

Najib: BN kurang 'kreativitivi' di Sibu
Mei 17, 10
6:00pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui bahawa jentera pilihan raya Barisan Nasional agak ketinggalan zaman dan tidak dapat menandingi jentera DAP yang lebih inovatif. Katanya, jika dibandingkan kedua-duanya, jentera BN kurang kreatif dan bertenaga.

"Sepatutnya mereka perlu lebih kreatif dan bertenaga lagi," katanya. Najib berkata, BN di semua peringkat termasuk bahagian dan negeri perlu menggunakan kekalahan ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk melakukan pembaharuan yang perlu.

"Kerana salah satu daripada kekuatan BN selama ini ialah jenteranya tapi kalaulah jentera BN ini kurang bertenaga dan kurang dari segi kreativitinya, maka kita agak kehilangan kelebihan kita," katanya.

berita penuh

Patutlah Nik Aziz tak bagi rapat dengan UMNO!


Orang tua-tua pun selalu berpesan..

Carilah kawan-kawan yang baik, InsyaAllah.. Kita pun akan turut sama terpalit baiknya.. Jangan cari kawan yang jahat! Bimbang.. Kita pun akan turut sama terpalit jahatnya!

Tepat sungguh kata-kata tu.. Dan mungkin nak kena jugak dengan apa yang berlaku pada dua tokoh agamawan Malaysia ini..
Ilmu Islam tinggi.. sangat tinggi..
Sama tinggi dengan songkok UMNO Johor!
Tapi malangnya ketinggian ilmu mereka dihalang oleh UMNO..
Ini kerana mereka terlalu banyak dan terlalu lama memakan budi UMNO..
Hinggakan lidah mereka kelu dan terhalang untuk berkata benar..
Hinggakan mereka jadi lali dengan kezaliman dan kemunafikan UMNO!

Bayangkan! Amanah Raya ada saham dalam Magnum pun mereka berdua kelu lidah dan badan untuk berkata tidak dan bertindak!

Hebatnya pengaruh UMNO didalam diri mereka!
Mujurlah TG Nik Aziz menolak terus nak bersahabat dengan UMNO nih!
Tuan Guru dah tahu dah apa akibatnya...
Alhamdulillah.. Terima Kasih Tok Guru!

sunsnake 17052010

Lagi desak Harussani letak jawatan

Rupa-rupanya, baru aku tau. Selama ni Mufti Perak yang Umno cukup suka ni, sebenarnya juga pegang jawatan sebagai Penasihat Syariah kepada Amanah Raya Berhad. Selain dari dia turut ada dalam senarai Penasihat Syariah tu adalah Dasuki Ahmad, bekas YDP YADIM.

Aku taktau apa sebenarnyakerja atau tugas Penasihat Syariah ni. Tapi aku yakin antara tugas utama penasihat ni tentulah untuk pastikan semua keputusan dan aktiviti yang Amanah Raya Berhad laksanakan tak menyalahi kehendak dan sempadan syariat.

Dalam isu saham di syarikat judi Magnum Corporation yang ARB pegang ni, kita boleh pilih 2 pilihan mana yang sesuai untuk dua tokoh Islam kesukaan Umno ni.

Pilihan Pertama : Makan gaji buta. Maksudnya tak jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Mungkin kut depa tidur masa ARB cerita pasai saham tu kat depa. Kalau ada yang bangang yang kata mungkin depa ni ditipu atau depa tak dibagi fakta yang sebenar, pada aku tu pun menggambarkan yang depa makan gaji buta, langsung taktau buat kerja.

ARB tu bukan syarikat 2 ringgit. Semua laporan perlu lengkap dan diaudit. Takkan tak pandai-pandai nak cari.

Pilihan kedua : Memang depa ni celaka. Maksud aku, kalau kelulusan pembelian saham syarikat arak tu dibuat dengan pengetahuan depa. Kalau ada yang banggang yang kata mungkin depa dah membantah sekeras-kerasnya masa cadangan pembelian saham tu dibuat, pada aku itu lebih melayakkan depa di panggil celaka.

Takkan tahap depa cukup setakat bersuara masa mesyuarat ja. Kalau betui depa ulama' Islam sebenar, patutnya depa tentang cadangan pembelian saham tu habis-habis, sekurang-kurangnya orang Islam tau bantahan depa tu. Dan depa sepatutnya meletak jawatan sebagai Penasihat Syarah sebagai protes tindakan pembelian saham tu. Tapi, rugi laa, elaun Penasihat Syariah tu saheh beribu sebulan...

MerdekaReview melaporkan:
Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap cuai, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Dasuki Ahmad dan Penasihat Syariah ARB, Harussani Zakaria yang juga Mufti Kerajaan Perak sehingga menyebabkan ARB terbabit dengan pelaburan dalam syarikat judi terbesar, Magnum Corporation.

Selain Dasuki yang tersohor sebagai ulama UMNO, Harussani juga amat dikenali dalam bidang agama, dan dilihat sebagai orang yang berilmu, sekalipun banyak kenyataannya dipersoalkan khususnya dalam isu-isu politik kerana menyebelahi UMNP.

Atas rasa integriti, PAS mendesak agar kedua-dua mereka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Syariah kerana gagal memikul tanggungjawab, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan bagi memulihara, mengawasi dan memantau perjalanan ARB dari terjebak dengan aktiviti dan pelaburan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

PAS memandang serius pembabitan ARB dalam pelaburan judi, dengan mengambil kira Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Ma'idah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."

ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian sekalipun penyertaan ARB dalam pelaburan judi untuk mendapatklan keuntungan jangka pendek dan segera.

PAS sangat kecewa kerana individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ARB terdiri dari orang berilmu agama, dihormati dan berpengaruh, gagal menyelia syarikat ini dan ini sekaligus menanam persepsi buruk orang ramai terhadap orang alim atau ulama yang bijak memperkatakan hukum hakam tetapi tidak praktikal.

Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh agama ini mestilah meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap pembabitan ARB melabur dalam syarikat judi.

*Kenyataan media oleh Tarmizi Mohd. Jam selaku Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan. - Merdeka Review


Nota kaki makan cekam: Kalau dah berkawan dengan Umno tak kira sapa, Ulama' pun mesti terpalit sama.

Luahan totok UMNO pagi ini..




Dialog ringkas teman pagi tadi dengan totok UMNO...

UMNO : Woi! DAP menang la kat Sibu semalam
Teman : Ok lah tu.. Orang Iban pun undi Pakatan Rakyat!

UMNO : Cina tu beb! Apsal yang korang suka sangat sokong cina DAP tuh???
Tak abis-abis PAS ni nak jadi pengkhianat melayu!!

Teman : Abis? Yang si Kamalanathan tu melayu belah mana? Banjar? Bugis? Minang? Adik ko?

UMNO : ?????? (blah terusss!)

p/s: Macam Melayu kompom masuk syurga!!!

sunsnake 17052010

Senyum Kambing Utusan Isnin 17/5/2010


sunsnake 17052010

BN Kalah di Sibu - PERKASAM ugut berdemo?

Kami bantah kemenangan China di Piala Thomas!! Patut Melayu yang menang!!!
China pengkhianat!!! Pengkhianattttt!!!



Besok perkasam dan umco akan membuat bantahan terhadap kemenangan pasukan China memenangi piala thomas kerana kemenangan mereka memberikan kesan negatif terhadap keputusan PRK Sibu yg majoriti pengundinya adalah Cina.

PERKASAM akan mencabar agar pasukan China mengembalikan Piala Thomas dalam masa 48 jam atau berdepan dgn laporan polis di seluruh negara.

Jika pasukan China masih berdegil mereka akan berdepan dgn ancaman demontrasi besar-besaran oleh org2 Melayu di Kg. Baru, KL.

Abraham Frog berkata" Tanah Melayu ini ialah hak milik orang2 Melayu. Kami akan menentang hingga ke darah terakhir utk mempertahankan Piala Thomas kerana Tanah melayu pernah menang Piala Thomas pada tahun 1992 dan sejak dari itu ianya adalah milik org Melayu sepenuhnya.

Pertandingan dibuat di Tanah melayu dan semestinya hanya org melayu sahaja yg berhak memenangi Piala Thomas. Jika pasukan China enggan memulanGkan semula Piala Thomas, kami akan mengisytiharkan perang terhadap saudara-saudara mereka di tanah melayu." kata beliau ketika ditemuduga semasa cuba mendapatkan lesen judi boal sepak dari UMCO.

sumber - comment TukarTiub

Taktik SPR-BN tak berjaya di Sibu?


Hmmmm.. Jelaskan? Ada sesuatu perancangan UMNO-BN yang SPR gagal laksanakan di PRK Sibu ini?

Nampaknya Undi Pos ini nyata adalah talian hayat UMNO mahupun medium untuk menambah majoriti yang dimenangi! Ingatkan bagaiaman PRK Hulu Selangor? Separuh daripada 1725 undi yang BN dapat adalah daripada Undi Pos!!!

Teman rasa, apa yang berlaku di Sibu adalah, SPR gagal memanipulasi Undi Pos dan juga di peti-peti undi yang lain!!! Terlalu jauh margin pengundi PR dan pengundi BN! Taktik biasa SPR tak terpakai di Sibu!!!

Apa-apa pun.. sama-sama kita nantikan analisis keputusannya..

Tahniah Rakyat Sibu! Tahniah Rakyat Malaysia!
Jom bersama-sama ke arah Malaysia tanpa Barisan Nasional!

sunsnake 17052010


UNDI POS - MENGUNDI AWAL, DIKIRA DAN DIUMUM LEWAT PULA

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira./Malaysiakini

Dato' Zaid Ibrahim kembali ke Hulu Selangor!!!

16 Mei 2010, Ahad, Felda Sungai Tengi

"Walaupun saya tidak diterima majoriti pengundi di sini, namun saya yakin ianya kerana UMNO-BN telah berjaya menyelewengkan fakta sebenar dan ianya bukan 100% berpunca daripda kesalahan pengundi".. Itulah antara kata-kata ikhlas daripada Dato' Zaid Ibrahim yang berkesempatan bersama rakyat Felda Sg. Tengi di Hulu Bernam disini malam tadi.

Majlis yang turut dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang turut dihari oleh Presiden ANAK, Sdr. Mazlan Aliman bertujuan meraikan petugas-petugas Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor beberapa minggu lalu.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk ini berlangsung dengan jayanya walaupun hujan agak lebat turun. Didalam majlis tersbut juga diadakan sesi penyampaian bantuan Kerusi Roda buat 2 orang yang memerlukan.

"Kalah-kalah pun saya laku!!! Tiap-tiap malam orang panggil berceramah!!!" ujar Dato' Zaid.


Antara hadirin yang berjaya merebut kerusi bawah khemah! Yang lain dok tepi-tepi je lee.. hehehe



Sdr. Mazlan khusyuk mendengar ceramah Dato' Zaid

"Saya akan bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Selangor membela hak-hak peneroka Felda di negeri ini!"



Antara penerima bantuan Kerusi Roda... Gunakan dengan sebaiknya ye?

"Takpe..Takpe.. Tak payah hidang, saya ambil sendiri!!" tegas Dato' Zaid sebelum mencedok sendiri nasi putih berlaukkan Kari Daging segar! Pehhh!!!




Apa lagi... serbuuuu!!!!

Tengah check keputusan PRK Sibu ke YB?? (teman tetap panggil dia YB!!!"


Orang kuat PAS Hulu Selangor, Ayahanda Nahar selaku Pengerusi Majlis beraksi!


Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor sedang menghampiri Dato' Zaid
hmmm.. apa motifnya ye? hahahaha!

"Terlalu banyak perkara berkaitan hak peneroka yang disorok oleh Kerajaan Malaysia dan Felda" dedah Mazlan kepada hadirin malam tadi..

Antara barangan yang dijual bertujuan mengumpul dana untuk menggerakkan ANAK ke seluruh Malaysia! Membeli sambil beramal dan menyokong!

sunsnake 16052010

Pahlawan Iban buktikan BN WAJIB Dikalahkan!

Pahlawan Iban dirakam sedang melayari Aku Budak Balun!!! Cool!


Tahniah buat Rakyat Sibu!
Ternyata umpan yang ditabur oleh UMNO-BN di Sibu dimakan tetapi tidak mata kailnya!

Tahniah Pahlawan Iban!
Tahniah DAP dan Pakatan Rakyat!

Tahniah PKR!
Tahniah PAS!

Tahniah buat semua pencinta keadilan dan penentang kezaliman!!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
Tumbang! Tumbang! Tumbang BN!
Hancur! Hancur! Hancur UMNO!
Menang! Menang! Menang Islam!
sunsnake 17052010

DAP takes Sibu

May 16, 2010

SIBU, May 16 — The DAP pulled off a surprise win in the Sibu by-election today, defeating Barisan Nasional’s (BN) SUPP by 398 votes in a hard fought race, official results show.

BN had earlier been expected to retain its Sarawak stronghold but lost despite the best efforts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

The Sibu vote is seen as a bellwether for the Sarawak state elections which must be called by next year.

Today’s result is significant in that Pakatan Rakyat (PR) has snapped a streak of successive defeats to BN in recent by-elections.

The count now is 8-3 in favour of PR in terms of wins in by-elections held since Election 2008.

Today’s result is also a setback for Najib who had personally campaigned for BN and had placed his own reputation on the line.

Najib has been counting on Sabah and Sarawak as BN’s fixed deposit, but today’s result shows a major swing from 2008 when BN won the seat by more than 3,000 votes.

Today’s result also raises two thorny issues — how to deal with the Tan Sri Taib Mahmud factor and whether to push for state polls which sources say had been slated for October this year.