Tuesday, October 11, 2011
JAIS kena dibawa Berubat Segera!
Baru-baru ni mak sedara teman dari Gopeng datang..
Minta teman bawakkan cucunya berjumpa ahli Darussyifa di Rawang..
Alhamdulillah... dapat jugak bertemu dengan ahli Syifa'..
Kronik jugak masalahnya..
Masa merawat cucunya (umur 2 bulan)..
Tiba-tiba mak budak tu pulak yang meracau dan menjerit-jerit!
teman pulak jadi tegak bulu roma!
Tapi Ustaz ahli Syifa' tu pun bukan calang-calang..
2-3 kali di'sembelih'nya menatang yang menggangu dalam badan mak budak tuh!
Teman pulak menganga tergamam dengan situasi yang tak sangka nih!
Nak ngubat cucu tapi maknya yang lagi kronik!
Meracau, menjerit-jerit, ntah ape benda di racaunya!
Memang hilang akal.. abis disembur-semburnya ustaz tuh!
Selepas dirawat dengan ayat-ayat suci Al-Quran..
Alhamdulillah.. berjaya ditenangkan.. mak budak tu pengsan kejap..
Lepas dia sedar baru la dia normal balik..
hmm...
JAIS ni pun nak kena bawa gi berubat neh..
Berubat dengan ayat Quran..
Sebabnya buat masa ni nampaknya JAIS ni macam kena rasuk!
Dengan menatang UMNO!
menatang UMNO ni baca ayat surah Al-Baqarah Ayat 178..
kompom menggelupur sebab itulah antara Firman Allah SWT yang mewajibkan perlaksanaan Qisas (Hudud)..
budakbalun 11102011
Bob Lokman ditahan JAIS
Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.
Beliau ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut pada masa ini.
Sebarang maklumat lanjut, katanya, boleh dirujuk kepada seorang pemimpin Pemuda PAS.
Sementara itu, seorang pemimpin kanan dewan itu memberitahu Malaysiakini, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan diminta memberi keterangan kepada JAIS pada jam 10 pagi nanti.
Setakat ini belum jelas sama ada mereka juga turut ditahan bersama Bob semalam.
Bob semalam difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)