Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 15, 2010

Jangan jadi ahli PKR yang bodoh la weiii!!


Nak kata bodoh... mungkin..
Nak kata bodoh politik.. joint politik..
Nak kat bodoh isu semasa.. takkan la kot?

Tapi puak-puak ni kompom bodoh!
Bila buat sidang media dengan Tv3! Kat kedai mamak pulak tuh!
Teman terlayan di Buletin Utama semalam..

Sebagai ahli PKR takkan korang ni bodoh sangat tak tau siapa Tv3 ni?
Bodoh atau buat-buat bodoh?

Ke no. akaun dah bertukar handset?

Bak kata Tok Guru Nik Aziz..
Ada buaya di sebalik batu!

Sebegitu banyak la media kat Malaysia ni..
Wartawan TV3 gak yang korang suakan 'bontot' korang tuh?
Memang jadi macam Saifool laaa si Tv3 ni!!
Tak kena sondol pun mengaku kena sondol!!!

Jangan bawak sekali bodoh UMNO lama korang tuh ke dalam PKR ni!!!

sunsnake 15032010

Anggota PKR Kuala Selangor Pulaukan Mesyuarat Agung Tahunan


KUALA SELANGOR, 14 Mac (Bernama) -- Kira-kira 50 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan (AGM) PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan.

Mereka turut berpendapat bahawa AGM itu "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan.

Bekas Ketua Penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin, berkata setiausaha AGM tidak memberi notis mesyuarat yang sewajarnya kepada anggota parti bagi memaklumkan mengenai tarikh, venue dan masa mesyuarat itu, yang sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung.

berita penuh

Loyar buruk yang makin buruk!


Hari tu mamat ni belasah Lim Guan Eng!
Sampai lunyai dibelasahnya! Dalam TV3 laa..
DAP ni kira parti paling banyak berdoa sebab mundurkan melayu laaaa..
kepala toot dia! Macam la DAP ni memerintah Malaysia sejak Merdeka!

Lepas kena pecat sekonyong-konyong dia belasah Tuan Guru Nik Aziz lak!
Bukan main hebat dia tulis!
Secara tiba-tiba dia curahkan petrol dalam api yang sedang membakar dirinya sendiri..

Hari ni... dia suruh Anwar Ibrahim letak jawatan lak!
Lepas tu secara tiba-tiba gunakan Konvensyen berparlimen pulak suruh Anwar bagi Lim Kit Siang jadi Ketua pembangkang!!

Woit Pengkhianat!
Kamu sendiri yang benci sangat dengan DAP!
Hinggakan disebabkan DAP kamu cuba rosakkan Pakatan Rakyat!

Kamu sendiri yang menyebabkan Anwar dilihat tidak layak jadi Ketua Pembangkang!
Kamu yang memulakan kerja-kerja pengkhianatan ini!
Mengapa Anwar pulak yang harus menerima akibat?

Bersyukur lah kamu di Malaysia..
Dan buat khianat dengan Pakatan Rakyat yang masih mempercayai konsep demokrasi..
Kalau kamu di Colombia.. dah lama kena tembak!

Tak payah di Colombia..
Kalau kamu ni MP UMNO cukup!
Mau habis kena C4!

p/s: bila nak datang lagi Bukit Beruntung?
Boleh teman tepuk dahi kamu dengan selipar jamban!
sunsnake 15032010

Zul: Anwar patut undur ketua pembangkang

Setelah mengkritik keras PKR yang memecatnya dan beberapa pemimpin kanan parti itu, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kini mensasarkan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula. Menulis dalam blognya, Zulkifli (kiri) berkata, Anwar patut melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP dengan mengambil kira konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi. “Menurut konvensyen berparlimen yang diamal (kita) dan nilai-nilai demokrasi, jawatan ketua pembangkang seharusnya dipegang oleh pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang (Ipoh Barat) kerana DAP mempunyai kerusi terbanyak," tulisnya. PKR kini kehilangan empat ahli parlimen (tiga keluar parti dan satu dipecat). Dengan itu, jumlah ahli parlimen PKR berkurangan daripada 31 kepada 27 orang. Ekoran itu, DAP kini mempunyai kerusi terbanyak (28 kerusi) dalam Dewan Rakyat. PAS pula kekal dengan 23 kerusi.

berita penuh

Malaysia = Hutan Rimba!


Agaknya...
Dek kerana Pemimpinnya suka cara rimba..
Letup-letup orang.. tembak-tembak orang..

Maka kini orang Malaysia dah makin kejam dan sadis!

Tak puas hati bunuh!
Tak puas hati tembak!
Tak puas hati libas dengan pedang!

opsss!! Teringat kes pemuda PAS kena libas dengan pedang di Bagan Pinang dulu..
hmmm.. tiru Presiden la tu kot??

opsss!!

Takziah buat mendiang.. Orang Langkap & Orang Monggolia!
sunsnake 15032010
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Langkap ditembak mati
Mac 15, 10 5:31pm
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Cawangan Langkap, hari ini ditembak mati di kedai mencuci keretanya di Jalan Chui Chak, Langkap, 90 kilometer dari Ipoh. Pada kejadian jam 3 petang itu, lelaki yang dikenali sebagai P Panthiyan, 34 ditembak oleh dua lelaki dari jarak dekat. Ia dipercayai angkara dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuhan upahan yang mendekati mangsa dan terus melepaskan tembakan.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

berita penuh

GPMS- Kajian ke korang sembang dengan Pemuda UMNO je?


Ikut Kajian Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
70% daripada mahasiswa Malaysia tak minat politik,
20 % bersifat terbuka
10 % sokong kerajaan

Takkan 0.001% pun takde yang sokong Pambangkang?
Kejamnya kajian nih!!

opsss!! bila nak bagi Mahasiswa berpolitik terbuka?

Korang (UMNO) yang kecut tel*r nak bagi mereka berpolitik..
Itu hasil kajiannya?

GPMS.. ajak berdebat pun takut!! wakakaka!
sunsnake 15032010

Golongan muda tak minat politik?

Beliau merujuk kepada isu-isu semasa yang semakin rumit dengan pandangan politik yang sering kali mengelirukan masyarakat seperti pendirian parti politik antara lain, mengenai isu kalimah Allah dan isu royalti minyak.

Kenyataan Abu Hassan itu selari dengan kajian dilakukan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu 70 peratus daripada mahasiswa/generasi muda tidak meminati politik dengan 10 peratus pro-kerajaan dan 20 peratus bersifat terbuka. Kajian itu dijelaskan Presiden GPMS Jais Abdul Karim pada program "kerusi panas" di Stesen Radio 24 pada 9 Mac lepas membincangkan mengenai hala tuju pertubuhan pelajar Melayu itu.

berita penuh

Prof, apsal demo PPSMI hari tu takde? 'kecut' ye?







Kalau dah nama 'Profesor Kangkung".. kangkung la jugak!

Mulut berzikir pasal perjuangan melayu.. bahasa melayu..
Lingua franca konon?? Toit!

Mana korang masa demo anti-ppsmi hari tu?
Mana korang masa Mahathir suruh buat PPSMI ni dulu?
Mana korang masa Hishamuddin cakap kena tunggu lagi 3 tahun?
Mana korang masa Sasterawan Negara A Samad Said mempertaruh pangkatnya?

Oh ya! Masa tu korang tengah kira berapa agaknya jumlah duit pencen nanti ye?

Teman kalau si Ramlah Adam ni la bercakap pasal melayu.. pi ra mabuk!
Muka dah macam Rosmah dah teman tengok!
sesekali nampak macam kelibat Shahrizat Jalil!

Dengar cite dia pernah kalah bertanding nak jadi Ketua Wanita UMNO kat Melaka..
syttt!! Ye ke?

chaitt!!

sunsnake 15032010

'Media baru bincang isu sensitif secara provokatif'


Selain Dr Abdul Latiff, tiga lagi tokoh akademik diundang bagi mengupas isu tersebut, iaitu pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek dan pakar pengajian antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

Dalam pembentangannya, Dr Ramlah menyarankan orang Melayu kembali menghayati sejarah, termasuk bagaimana perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada mereka terbentuk. Katanya, banyak fasal dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin keistimewaan tersebut, antaranya menetapkan Islam menjadi agama rasmi, Yang Di-pertuan Agong sebagai ketua negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan peruntukan tanah rizab Melayu.

Berhubung kedudukan agama Islam, Dr Ramlah berkata, perkara tersebut dirakamkan lebih awal dalam Hukum Kanun Melaka. "Islam didaulatkan oleh kerajaan Melaka, walaupun selepas itu, Melaka jatuh, kemudian Islam diteruskan di negeri-negeri lain dan menjadi amalan (berterusan),” katanya.

berita penuh


Kalau nak jadi pejuang melayu..
Contohilah lelaki tua ini..
Contohilah lelaki berjanggut putih ini..

Berani bercakap..
Berani bersuara..
Berani ke jalanraya!

Berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim!
Bukan seperti Ramlah Adam dan yang lain-lain tu..
Sanggup merelakan diri menjadi
"Burung Kakak Tua'!
Hanya menyebut apa yang diajar..
Hanya bercakap apa yang diizin..

Cakap lebih-lebih kena tarik pencen!!!

Mohsin anggap pengundinya sbg Kafir Quraisy?


Hok aloh..
Apa niat sebenar YB ni mengaitkan petikan Surah Yaasin dalam hal dia menyembunyikan diri daripada rakyat Bagan Serai?

Teman rasa ayat yang dia maksudkan ialah
"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat"
(Yaasin, Ayat 9)

Adakah dia masih lagi bermimpi?
Tergamak dia mengganggap ataupun cuba mengaitkan ayat ini dengan rakyat yang dikhianatinya?

Bukankah ayat ini yang dibacakan Rasulullah SAW bagi menghadapi kepungan kafir Quraisy ke atas Baginda?
Bukan kah Kafir Quraisy ini memperjuangkan bangsa?
Sama seperti UMNO sekarang ini?

Terlalu jahilkah dia ini?
(kopiah tu tolong tukar dengan songkok ya lepas nie!!)

Moga Allah SWT izinkan doa yang dimohon melalui Solat Hajat Ustaz Ahmad Awang dan rakyat Bagan Serai yang teraniaya!

sunsnake 15032010

Mohsin 'hilang' kerana bimbang keselamatannya


Ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri menjelaskan bahawa beliau tidak dapat dihubungi kira-kira seminggu selepas keluar PKR baru-baru ini kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Sehubungan itu, tambahnya beliau mengambil keputusan tidak turun ke kawasan parlimennya dan menutup pejabat wakil rakyatnya buat sementara waktu.

“Insya-Allah, tidak lama lagi (beroperasi kembali). Saya rasa sudah makin kendur (bantahan orang ramai),” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau sebelum itu membacakan sepotong ayat daripada surah Yasin yang mengisahkan bagaimana Rasulullah dapat meloloskan diri daripada dibunuh kaum kafir Quraish pada zaman permulaan dakwah Islam walaupun rumah baginda telah dikepong.


Mohsin diminta mengulas tindakannya 'menghilangkan diri' selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil bebas pada 3 Mac lalu atas alasan tidak bersetuju dengan pandangan parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Berita penuh