Monday, March 15, 2010
Prof, apsal demo PPSMI hari tu takde? 'kecut' ye?
Kalau dah nama 'Profesor Kangkung".. kangkung la jugak!
Mulut berzikir pasal perjuangan melayu.. bahasa melayu..
Lingua franca konon?? Toit!
Mana korang masa demo anti-ppsmi hari tu?
Mana korang masa Mahathir suruh buat PPSMI ni dulu?
Mana korang masa Hishamuddin cakap kena tunggu lagi 3 tahun?
Mana korang masa Sasterawan Negara A Samad Said mempertaruh pangkatnya?
Oh ya! Masa tu korang tengah kira berapa agaknya jumlah duit pencen nanti ye?
Teman kalau si Ramlah Adam ni la bercakap pasal melayu.. pi ra mabuk!
Muka dah macam Rosmah dah teman tengok!
sesekali nampak macam kelibat Shahrizat Jalil!
Dengar cite dia pernah kalah bertanding nak jadi Ketua Wanita UMNO kat Melaka..
syttt!! Ye ke?
chaitt!!
sunsnake 15032010
'Media baru bincang isu sensitif secara provokatif'
Selain Dr Abdul Latiff, tiga lagi tokoh akademik diundang bagi mengupas isu tersebut, iaitu pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Timbalan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek dan pakar pengajian antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.
Dalam pembentangannya, Dr Ramlah menyarankan orang Melayu kembali menghayati sejarah, termasuk bagaimana perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada mereka terbentuk. Katanya, banyak fasal dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin keistimewaan tersebut, antaranya menetapkan Islam menjadi agama rasmi, Yang Di-pertuan Agong sebagai ketua negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan peruntukan tanah rizab Melayu.
Berhubung kedudukan agama Islam, Dr Ramlah berkata, perkara tersebut dirakamkan lebih awal dalam Hukum Kanun Melaka. "Islam didaulatkan oleh kerajaan Melaka, walaupun selepas itu, Melaka jatuh, kemudian Islam diteruskan di negeri-negeri lain dan menjadi amalan (berterusan),” katanya.
berita penuh
Kalau nak jadi pejuang melayu..
Contohilah lelaki tua ini..
Contohilah lelaki berjanggut putih ini..
Berani bercakap..
Berani bersuara..
Berani ke jalanraya!
Berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim!
Bukan seperti Ramlah Adam dan yang lain-lain tu..
Sanggup merelakan diri menjadi
"Burung Kakak Tua'!
Hanya menyebut apa yang diajar..
Hanya bercakap apa yang diizin..
Cakap lebih-lebih kena tarik pencen!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment